Seindah Akad Kedua

358 10 2
                                    

CINTA KEDUA - KISAH EMIIR dan AYU akhirnya dibukukan dan bakal masuk di pasaran. InsyaAllah bakal temui anda di kedai buku popular berdekatan dalam pertengahan bulan Oktober nanti.

Mana2 yg mahu dapatkan melalui sy, sila PM sy utk masukkan dalam senarai booking.
https://wa.link/bxuae0

Yg suka cuci mata di shoppee, boleh follow kakinovel_official utk pembelian novel di Shoppee.

#Repost @kakinovel_official
...
REVIEW  KAVER NOVEL TERBAHARU TERBITAN KAKI NOVEL
....

Tajuk: Seindah Akad Kedua
Penulis: Lily Rose
Eksklusif : POPULAR Bookstore
....

#sinopsis :

IRDINA RAHAYU  tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di hari pernikahannya. Paling parah, Ayu sedang mengandungkan anak Firash!

Firash hilang tanpa jejak. Ayu jadi buntu! Ayu dihalau dari kediaman Firash, dianiaya oleh ibu Firash sendiri. Yang paling parah, NINA KARMILA tunang sebenar kepada Firash sendiri datang mengancam hidup Ayu sehingga hampir mati!

Di saat nyawa Ayu di ambang maut, dia dipertemukan dengan Emiir Haiqal.

EMIIR HAIQAL - Si duda yang dulunya PERNAH berjaya dalam hidupnya. Hanya kerana tersilap langkah, kariernya menjunam - bekas isteri menuntut penceraian.

Emiir dipertemukan dengan Ayu dalam keadaan separuh mati di pembuangan sampah, lantaran perbuatan Nina. Sehingga satu masa, keduanya terperangkap dalam insiden ‘tangkap basah’.

"Aku tak rasa Ayu boleh hidup susah bila kahwin dengan aku. Dari jenama pakaiannya, beg yang dia pakai, telefon bimbit yang dia guna, Ayu takkan betah hidup dengan aku. Aku bukan kemaruk sangat nak kahwin dengan Ayu kalau bukan sebab permintaan Nek Piah. Kalau kami kahwin pun, cukup nama kami sekadar di atas kertas. Bila dia dah lahirkan anak dia, hidup dia dah stabil, itulah masanya aku lepaskan dia.. Cukup! Aku tak nak ada kaitan dengan Ayu.." – EMIIR.

“Abang jangan silap. Ayu terima semua ni sebab Ayu nak balas budi abang selamatkan Ayu dulu. Takkan lebih dari itu...” – AYU.

"Ash nak tuntut semula hak Ash! Ash nak tuntut semula Yusuf! Dia anak Ash!" – FIRASH.

Semakin banyak konflik yang terjadi, semakin banyak rahsia silam tentang Ayu yang terbongkar!

Dalam diam, lahir 'cinta kedua' antara Emiir dan Ayu yang tak pernah terungkap. Sayangnya buat anak Ayu, YUSUF AIDAN, semakin mendekatkan dirinya dengan wanita malang itu.
Mampukah keduanya mempertahankannya di saat Zara cuba menagih kembali kasih Emiir, dan Firash merayu mahukan Ayu dan Yusuf kembali?
.......

#kakinovel
#SeindahAkadKedua
#lilyrose

#kakinovel#SeindahAkadKedua#lilyrose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)Where stories live. Discover now