TMB 3

5.2K 378 36
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

Aiden menatap lama skrin IPhone ditangan. Panggilan daripada Xean tadi membuatnya berfikir sejenak.

"Tuan nak kau balik. Jenguk dia katanya. Bawa yang lain sekali"

'Why so sudden?'

Soalan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Kepalanya digeleng. Sudahlah, dia tidak mahu fikir dahulu. Sekarang ini objektifnya ialah untuk tidur. Dia mahu mengganti tidurnya yang beberapa hari ini tidak teratur akibat kerja yang menimbun. Ditambah lagi dengan masalah ugutan daripada musuh mereka. Ah! Dia lali!

Baru sahaja dia mahu menutup mata, matanya celik semula. Melihat ke kerusi sebelah. Keluhan jecil terbit di bibirnya.

'Oh god. Kau nak tengok apa juga kat luar tu sampai semua tingkap kau buka?'

Matanya tertancap pada si penumpang. Seorang perempuan. Sedang sibuk menaip di MacBook miliknya. Wajahnya tidak dapat dilihat akibat partition yang dinaikkan. Namun cahaya daripada tingkap yang terbuka itu masih mengganggunya untuk tidur.

Tanpa berfikir panjang, Aiden bangkit dan menghampiri si penumpang yang berada di tempat duduk tersebut.

"Miss, could you close one of the window please?" soal Aiden. Namun tiada reaksi daripada penumpang tersebut. Aiden bingung. Dia cuba berdehem sedikit dan memanggilnya semula.

"Hello?"

Tiada reaksi. Tindak balas pun tiada.

"Hei. Are you hear me?" soal Aiden. Timbul pula persoalan lain dikepalanya. Ke dia pekak?

Penumpang tersebut tidak memberikan respon. Masih fokus dengan MacBook dihadapannya. Tidak dihiraukan sama sekali Aiden yang memanggil.

'Okay, sah dia tak dengar' Aiden bingung. Apa lagi yang boleh dilakukakannya?

Matanya menangkap akan airpod yang terselit di telinga kanan penumpang tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia menariknya.

"What are you doing?" ujar gadis dihadapannya itu sebelum menolehkan kepalanya. Matanya membulat.

"Oh, it's you again" ujar Aiden. Agak terkejut tapi riak mukanya cuba dikawal. Tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan gadis tersebut.

"Apa awak nak?" soal Andrea senada. Matanya kembali memberi fokus kepada MacBook dihadapannya. Malas mahu melayan lelaki tersebut.

"Nasib jumpa orang melayu, senang sikit nak cakap" ujar Aiden. Berbasa-basi. Langsung tidak menjawab persoalan Andrea.

"Cepatlah. Awak nak apa?" soal Andrea lagi. Muka dibuat menyampah.

"Kau tutup sikit tingkap kau ni boleh tak? Silau kau tau?" Aiden mendekati tingkap tersebut dan semuanya diturunkan bagi menghalang cahaya masuk.

"Awak siapa nak arah saya? This is my place okay? Suka hati saya lah" Andrea menaikkan semula tingkapnya tadi. Tidak menghiraukan Aiden.

"Okay, okay. Tapi at least tutup satu. Can you?" Aiden menggangkat kedua tangannya gaya menyerah dan menyoal lagi. Cuba berlembut.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now