TMB 5

4.7K 364 106
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

Andrea menjenguk ke luar tingkap kereta. Sebuah rumah banglo berwarna putih menjadi santapan mata. Mama dan papanya yang sedang tersenyum di hadapan pintu rumah membuatkan hatinya meronta-ronta mahu keluar.

Sebaik sahaja Ryan yang merupakan driver itu memakirkan kereta dihadapan banglo tersebut, Andrea terus turun daripada kereta dan menapak ke arah kedua orang tuanya.

"Assalamualaikum! Mama! Papa! I miss you guys so much" ujarnya sambil menyalam tangan mama dan papanya. Tidak lupa juga sedikit kucupan di pipi mereka serta satu pelukan erat.

"Waalaikumsalam. Ya, kami pun rindu Bella juga" ujar mamanya yang bernama Datin Aliya itu. Dato Mikael yang berada di sisinya hanya mengukirkan senyuman.

"Papa, mama. Zander balik ni" Zander datang ke arah mereka dan menyalam kedua ibu bapanya itu.

"Ya Allah anak lelaki mama! Segaknya." Datin Aliya memuji. Tangannya naik mengusap rambut Zander. Zander hanya tersengih mendengar pujian tersebut.

"Assalamualaikum uncle, aunty" Avon dan Ava memberi salam dan menyalami tangan pasangan suami isteri yang sudah lanjut usia itu.

"Waalaikumsalam. Ya Allah bang! Besar dah mereka berdua ni" ujar Datin Aliya teruja. Kegembiraan diwajahnya tidak dapat diungkapkan lagi. Gembira sungguh dengan kehadiran mereka.

"Ye lah. Kali terakhir kita jumpa diorang berdua ni pun 7 tahun lepas" Dato Mikael membalas. Ketika mereka meninggalkan Itali, Avon dan Ava masih berumur 13 tahun.

Dato Mikael dan Datin Aliya sudah pun menetap secara tetap di Malaysia sejak 7 tahun lalu dan memberikan tanggungjawab menjaga syarikat di Itali kepada anak sulung mereka.

Mata Dato Mikael meliar mencari satu susuk tubuh yang masih belum muncul di kornea matanya. Sejak dari tadi dia belum mendengar suara lelaki tersebut.

Andrea yang melihat papanya seperti tercari-cari menyoal. "Papa cari apa?"

"Adik bertuah Bella tu mana?" tanya Dato Mikael.

"Eh?" Kepalanya memandang ke kiri ke kanan mencari bayang lelaki itu. Tiada. Andrea bingung.

"Zander" panggilnya.

"Huh, kenapa?"

"Zeelan mana?" Mana tahu lelaki tersebut tahu keberadaan adiknya yang seorang itu.

Zander menoleh ke kiri ke kanan. Tiada langsung kelibat mahupun suara-suara lelaki tersebut. Selalunya kecoh, ini tiada langsung. Bahu dijongket tanda tidak tahu.

"Aku rasa aku tau dia kat mana" Avon berjalan meninggalkan mereka dan menuju ke garaj milik Dato Mikael itu.

"Takpelah. Mari masuk dulu. Panas kat luar ni" ajak Datin Aliya. Matahari yang terik di atas itu menandakan hari sungguh cerah. Dia dan Dato Mikael mendahului mereka.

Sebaik memasuki rumah banglo tersebut mata Andrea hanya meliar memandang semua pelusuk rumah. Sudah lama dia tidak pulang dan semuanya masih sama kecuali terdapat beberapa perabot yang telah dialihkan dan ada juga yang ditukar dengan perabot yang lebih baharu.

Mereka mengekori langkah Dato Mikael yang menuju ke ruang tamu banglo tersebut. Sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung, Datin Aliya bersama Makcik Minah keluar dari ruangan dapur bersama dulang ditangan.

Dulang tersebut diletakkan di atas meja kopi yang berada di tengah - tengah itu. Terdapat 3 jenis kuih di dulang pertama manakala dulang satu lagi terdapat seteko teh.

E | THE MAFIA'S BRIDEOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz