TMB 9

3.8K 346 63
                                    

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

"Why, Kris? Why?" soal Andrea sendiri. Tangannya digenggam dan diletakkan di dadanya. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan lelaki tersebut. Segala kenangan lama kembali menerjah fikirannya.

Air mata mula jatuh menuruni pipi. Badannya disandarkan ke pintu rumah dan melorot hingga dia terduduk di lantai. Dadanya turun naik mengawal nafas.

"After all the things you have done, you're just appear in front of me like that?"

Andrea mengambil nafas sebelum berura-ura untuk menuju ke biliknya sebelum pintu rumah tersebut diketuk lagi.

TOK

TOK

TOK

"What do yo want Kris? Just go, I don't want to see--" ayatnya terpotong apabila suara tersebut memotong.

"Andrea" panggil suara disebalik pintu tersebut. Andrea yang berura untuk naik tadi terus menuju ke arah pintu semula. Suara itu! Andrea terus sahaja membuka pintu tersebut dengan pantas. Sangkaanya tepat.

"Aiden!"

Aiden menatap wajah dihadapannya itu. Andrea yang wajahnya masih basah dengan juraian air mata itu menjadi tatapan.

"Kenapa awak datang tiba-tiba ni?" soal Andrea sambil tangannya mengelap air mata yang masih tersisa di tubir mata.

"Let's go out" ajak Aiden sebelum menuju ke keretanya terpakir di hadapan rumah itu. Meninggalkan Andrea yang masih bingung itu.

"Andrea. Car. Now" panggil Aiden semula. Lebih tegas suaranya. Andrea yang tersentak itu terus menuju ke kereta tersebut dan masuk ke kerusi penumpang di sebelah pemandu.

"Just tell the bodyguards to look around the house. Bagitahu Avon jugak yang kau keluar" arah Aiden sebelum menekan padel minyak menuju ke luar perkarangan rumah.

Andrea hanya menurut. Telefon di dalam kocek seluar diambil dan jari mula menaip diatasnya. Sebaik sahaja memberi tahu pengawalnya dan Avon, telefon tersebut dimatikan dan dimasukkan ke dalam poket semula. Dagunya ditongkat memandang permandangan di luar itu.

"Are you okay?" Aiden membuka bicara. Memecah kesunyian antara mereka berdua. Kepalanya menoleh sekilas memandang ke arah si penumpang yang duduk disebelah.

"Yeah, maybe" jawabnya acuh tidak acuh. Masih tidak memandang ke arah si penyoal.

"Apa aku cakap? Kalau bercakap tu pandang aku, bukan luar tu" ujar Aiden senada. Andrea terus berpaling menghadap lelaki tersebut.

"Mind to share?" Aiden cuba untuk memberi ruang gadis itu untuk bercerita. Matanya menjeling ke arah Andrea. Andrea masih diam tidak bersuara. Hanya bermain dengan kukunya dan termenung.

"Hey. I'm talking to you" panggil Aiden. Cuba menyedarkan gadis itu daripada lamunan.

"Ah, sorry. I'm just having relapse" Andrea menggelengkan kepala.

E | THE MAFIA'S BRIDEWhere stories live. Discover now