Bab 2

360 36 22
                                    

Haider melangkah keluar dari kereta Mazda Hitam miliknya. Kini dia berada di Hospital Besar Daerah Bentong. Dia berada disitu semua kerana kes mayat yang dijumpai di Highway Karak tempoh hari.

Kakinya laju melangkah ke bilik bedah siasat.

Orang awam dan jururawat yang sedang bekerja terus hilang tumpuan tatkala melihat susuk Haider yang gagah itu.

Dia berkemeja putih yang lengannya di lipat hingga je siku dan butang baju di biar terbuka dibahagian atas menampakkan sedikit dada bidangnya, seluar slack hitam straight  cut dan cermin mata hitam yang tak pernah lepas di batang hidung. Rambut hitam berkilat lebatnya dibuat style Up menampakkan dahi.

Siapa saja yang lihat. Pasti cair.

Namun, Haider langsung tidak mengendahkan tumpuan orang ramai terhadap dirinya itu.

Sampai bilik bedah siasat, dia menunjukkan kad jawatannya. Dengan segera jururawat menghulurkan sarung tangan getah berwarna putih kepada Haider. Tak lupa juga mask untuk melindungi penafasan Inspektor itu dari terganggu dari bau yang tidak menyenangkan.

"Macam mana?" soal Haider kepada doktor perempuan yang ada di situ.

Nametag doktor itu dipandang oleh Inspektor Haider sekilas.

Dr Huda

Untung saja dia mengenakan cermin mata hitam. Tiada siapa bakal mengetahui arah mana anak matanya sedang melihat.

Hey, bukan maya keranjang ye!

"Ikutkan pemeriksaan dari anak buah saya. Mangsa mati sekitar 10:45 malam pada hari Rabu, iaitu 2 hari yang lepas,"

Haider menatap kosong sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu. Tubuh lelaki itu diselimuti dengan kain putih dari kepala hingga ke hujung kaki.

"Tiada cap jari yang dijumpai pada tubuh mangsa. Pada bahagian dada ada kesah luka seakan dirobek dengan kasar. Sama seperti mangsa yang lain,"

"Tch, aku yakin mesti orang yang sama buat kerja kotor ni," desis Haider.

Inspektor Haider menyelak kain yang menutupi tubuh kaku si mangsa dengan selambanya. Haider Afreen al-Bashir ini dah terlalu biasa dengan mayat dan darah. Daging berkecai? Pun dia dah biasa. Sesuailah dengan pangkat 'inspektor' nya itu.

Bahagian yang terobek itu dipandangnya lama. Kenapa semua mangsa mesti ada kesan robekkan pada dada kiri mereka? Mesti ada sesuatu yang sedang disorokkan atau hanya sekadar penanda bahawa 'dia' yang melakukan semua ini.

"Pihak polis dah dapat kesan identiti mangsa?" giliran Huda pula yang bertanya.

"Ahmad Lutfi bin Rashid. 26 tahun. Bekas penagih dadah yang baru dilepaskan. Masih bujang. Mak ayah dia dah meninggal dunia sejak dia kecil," jawab Inspektor Haider senada. Dia sibuk membelek-belek tubuh si mati itu.

"Kau ada syak siapa-siapa?" soal Inspektor Haider setelah sekian lama dia dan doktor perempuan itu mendiamkan diri. Tangannya menyentuh jahitan yang ada dimata si mati.

"Pada pendapat inspektor? Jahitannya terlalu kemas. Bukan senang nak jahit baju, inikan pula kulit manusia," ujar Dr Huda memberi pendapat.

"Maksud kau... Orang yang lakukan jenayah ni seorang yang profesional?"

"Yup,"

Inspektor Haider merenung lama wajah pucat si mati. Nampaknya esok dia kena berangkat ke Kuala Lumpur semula. Banyak benda yang dia kena siasat.

×××××

"Urgh!!! Apalah nasib aku ni ha? Kena jaga kau ni pulak. Asallah mummy kau tu nak kena merajuk sampai berambus ke Melaka eh? Menyusahkan akulah! Bapak kau pun satu, lembab," bebel Zafran Althaf kepada si kecil Zafrel Naufal yang tertidur lena di dalam sangkar kucing berwarna pink itu.

IN EDITING | Mrs.Zafran AlthafWhere stories live. Discover now