Bab 9

149 23 15
                                    

Zafran menghempas badannya ke atas sofa dalam pejabat. Tiga hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan untuk dirinya.

Kenapa?

Kerja tu dah satu. Disebabkan dia hanya membenarkan Farah untuk menguruskan jadualnya, jadi kerja Ariffin, Zafran kena handle. Nasib baik juga Aydin dah masuk kerja. Tak rasa terbeban sangat.

Tapi yang paling tak boleh di bawa bincang ialah satu hari dia kena hadap 5 meeting! Ya Allah. Dia pun tak sedar bila masa dia ada client dengan syarikat pelik-pelik ni.

Anatansia Company

Kakiku Kakimu Jua SDN Berhad

Green Mom Interperas.

Waduh... Apa Farah buat sampai lelaki tu didatangi dengan bermacam-macam client ni? Mujurlah semua syarikat tu tak mintak pelik-pelik sepelik nama syarikat mereka. Kalau tak,

Memang Zafran tolak mentah-mentah.

"Awak! Kejap lagi awak ada meeting dengan Single Daddy Club!" ujar Farah tanpa memandang Zafran yang sedang terkulai di atas sofa.

Mata dia fokus pada iPad pemberian Zafran kepada dia bagi memudahkan kerja gadis itu menyusun jadual. Semalaman tau dia susun dan hias jadual dalam iPad tu. Berbunga-bunga, kemas dan yang paling penting, aesthetic!

"Arghhh..." Zafran meraup wajahnya. Tak sampai 10 minit habis meeting ketiga bersama Green Mom Interperas. Sekarang ada lagi satu halah.

Single Daddy Club?

Mesti CEO dia duda ni. Halah halah. Bubuhlah nama sedap sikit. Duda Untuk Disewa ke? Duda Hot ke? Duda Sebelah Rumah ke. Aik... Ni nama drama, bukan nama syarikat.

Dude...

"Saya akan teman awak mesyuarat kali ni," ujar Farah sambil tersengih. Tergoyang-goyang dia dekat muka pintu tu.

Tch, mood gatal dia dah on lah tu. Bisik Zafran dalam hati sambil memandang Farah atas bawah dengan muka menjengkelkan.

"Ye saya?" Farah memegang area telinganya. Barangkali pegang earphone dia yang disumbat ke dalam telinganya. Mungkin staff lain menghubunginya.

Zafran hanya mendengar perbualan antara Farah dan staff perempuan yang menjaga kuanter ditingkat paling bawah. Senang cerita, penyambut tetamu.

"Awak! Mr Hansol dah sampai!"

Mr Hansol Chwe. 27 tahun. Pengasas kepada syarikat Single Daddy Club. Tiba-tiba Zafran rasa cringe dengan 'Daddy' tu. Tak boleh ke guna 'Father' ? Waduh...

"Jom jom cepat!" Farah mula mengarah. Tanpa menunggu Zafran yang sedang membetulkan rambut lebatnya, gadis itu terlebih dahulu bergegas ke bilik mesyuarat.

Makin bertambah menyampah Zafran dengan sikap gadis tu. Gatal dia memang tak boleh bawa bincang! Sebelum ni, gadis tu sekadar mengingatkan dia tentang mesyuarat. Tak pernah nak teman dia. Sebab apa?

Sebab CEO tua! Yang sekarang ni 27 tahun, gadis tu pula 26 tahun. Terus jadi ulat bulu naik daun. Urgh, menyampah!

×××××

"Nice to meet you, Tuan Althaf," Mr Hansol Chwe menghulurkan tangannya.

Zafran menyambut huluran tangan milik Mr Hansol Chwe.

"Nice to meet you too, Mr..."

"Hansol Chew," Farah membisik.

Memang sepanjang dia jadi pembantu Zafran. Kerja dia membisikkan nama seseorang itu pada Zafran. Kadang kala dia memberikan gambaran fizikal seseorang itu kepada Zafran. Agar lelaki itu lebih mudah mengingat.

IN EDITING | Mrs.Zafran AlthafWhere stories live. Discover now