Kamilia dan cita citanya yang tidak kesampaian

68 0 0
                                    

Dia pandang aku dengan pandangan yang mencurigakan. Bikin aku kurang tafsir akan apakah maksud pandangan itu. Aku membalas "apa dia" dengan mengangkat kepalaku . Kemudian dia senyum dengan senyuman yang boleh meruntuhkan sebuah bangunan dalam hatiku.

"Kalau I jadi model bikini ok tak?" dia akhirnya melontarkan suara.

Aku perhatikan dia dari atas ke bawah dan kembali ke anak matanya.

Kesimpulan yang kudapat ialah dia tidak sesuai untuk menjadi seorang model bra. Pertama adalah kerana mukanya yang jelas kemelayuan dan aku tahu yang dia tidak terfikir akan apa yang dia akan lalui sebagai seorang melayu dan model bikini. Kedua adalah kerana sosok tubuhnya dengan muka cengkung, orang pasti akan anggap dia anorexic.

Dia bukan awek aku, walaupun kami rapat dan sering bersama. Pada aku, sama ada dia atau aku yang tidak mahu berganjak daripada hubungan ini, atau aku sendiri terlalu takut untuk ditolak. Tapi dia bukan awek aku.

Aku masih lagi mencari satu sebab logik tentang mengapa dia ingin menjadi model bra. Dia telah melakukan bermacam kerja termasuk, modelling, paid promoting di Instagram (dengan raut wajah yang cantik dan penampilan yang menggiurkan, dia dapat jadi instafemes dengan mudah), menjadi duta untuk beberapa produk dan kadang kadang dia menjadi gadis pemegang payung untuk penunggang motor gp.

Dia bukan seorang gadis yang boros dan mata duitan. Aku rasa yang aku cukup kenal peribadinya. Jadi dengan segala alasan itu, aku tanya kepadanya keperluannya untuk menjadi seorang model bra?

Senyumannya melebar. Kemudian dia mencampakkan pandangan ke hadapan jauh daripada anak mataku lalu menjawab:

"Saja, nak cari duit lebih," senyumannya menyembunyikan maksud kata katanya.

Dia seorang perahsia. Setiap langkahnya mampu buatkan kau berfikir sama ada dia benar jujur atau berdrama. Dia punya kelebihan seorang perempuan untuk bersandiwara.

Jawapan yang diberikan tidak memuaskan aku, tetapi aku tidak mahu kelihatan seperti mengongkongnya dan menghalangnya daripada berbuat apa yang mahu dia buat. Jadi aku balas kepadanya:

"It's up to you. Sebab ia melibatkan hidup awak. Kalau awak nak, buatlah."

Dia tertawa kecil sambil menutup mulutnya. Matanya mengecil oleh lebarnya mulut ketika ketawa. Saat itu dia kelihatan sungguh comel berbanding kecomelan yang sedia ada. Setelah mengawal dirinya, dia kata:

"I gurau je lah. U ni cepat betul siriyes. Tak nak lah I jadi model bra kat Malaysia ni. Mesti kena kecam teroks. Tapi lepas apa yang u kata, ok jugak kalau I jadi model bra kat luar negara, Thailand ke Indonesia ke." kemudian dia ketawa lagi.

Fuck. Patutnya tadi aku kata yang dia tak sesuai jadi model bra.

Air epal asam boi di hadapan, kusedut sedikit, sensasi manis dan masamnya bermain di lidahku. Kemudian dia kata lagi, "Jom pergi pantai?" dan aku tersedak sedikit.

***

Jadi, aku ikut cakapnya yang ingin ke pantai. Aku telah berkira kira ingin ke mana dan bagaimana dan beberapa perkara penting lain. Hari sabtu itu selang seminggu daripada pertemuan kami, dengan kereta kami ke  sana, Pantai Bagan Lalang, Selangor. Perjalanannya tidaklah jauh tetapi sangat menyenangkanku.

Radio sedang memainkan lagu daripada cd yang aku burn sendiri dan label 'pop' dengan salotape. Aku buatnya tiga tahun lepas dengan satu siri lagu pop yang terkenal pada tahun itu. Hampir kesemuanya adalah lagu berbahasa Inggeris kecuali lima buah lagu yang aku rasakan ia popular yang buat aku rasa tidak mahu menjadi manusia yang ketinggalan zaman kerana tidak mengetahui lagu tersebut.

Dia kata yang dia bosan dengan lagu lagu dalam senarai aku. Jadi dia selongkar dashboard untuk cari lagu yang sesuai dengan seleranya. Tapi pencariannya tidak mendatangkan hasil apa apa kerana kebanyakan lagu yang aku dengar bukan lagu yang selalu didengar orang zaman sekarang. Dia putus asa dan masukkan cd dengan label nirvana.

Cerita Saya dan Gadis GadisWhere stories live. Discover now