Suatu Hari Dia Bangun dan Berubah Menjadi Robot

7 0 0
                                    

Hari itu Syamal bangun pada ulang tahun kelahirannnya yang ke 17, dalam bentuk sebuah robot dan perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya selepas menyedari fizikalnya yang berubah adalah adakah ibu bapanya akan terkejut dan masih menganggapnya sebagai anak kandung mereka.

Selepas beberapa minit memikirkan apa akan terjadi kepada hidup manusia normalnya, dia bingkas bangun daripada katil danpintu bilik dibuka. Ibunya, masih dalam bentuk manusia normal. Sekurang kurangnya orang kesayangannya tidak mengalami sebarang perubahan seperti dirinya. Biliknya pun masih dalam keadaan biasa dengan katil dan meja belajar yang sama masih di kedudukan yang dia ingat sebelum dia tidur semalam, di penjuru kanan sebaris dengan pintu. Tapi dia masih risau adakah dia akan diterima lagi dalam keluarga ini atau dibuang ke tempat pelupusan sampah.

"Selamat pagi Syamal, jom sarapan." Ibunya tidak terkejut dengan keadaan fizikalnya.

"Mak tak pelik ke nampak Syamal macam ni?" Syamal memandang ke dalam mata ibunya mencari jika dia menyimpan sesuatu. Tetapi yang dia jumpa hanya perasaan ibu terhadap anak dan sedikit kelelahan daripada matanya.

"Kamu mimpi apa malam tadi? Marilah cepat turun, nanti kamu lambat pula ke sekolah," ibunya tergelak sedikit dan menyambungnya dengan senyum sebelum berpaling pergi.

Jadi dia masih perlu bersarapan seperti manusia biasa. Cuma tanpa pakaian membalut badannya.

Dia membuntuti bayang ibunya yang bergerak ke ruang makan. Ayahnya sedang menunggu di ruang makan. Sedang bersarapan dengan nasi goreng dan secawan teh Strawberi. Aromanya masih diketahui, dia masih mempunyai deria bau.

"Sarapan, lepas itu ke sekolah," Kata ayahnya, tegas seperti biasa. Setakat ini tiada apa apa perubahan drastik kecuali dirinya yang bertukar menjadi robot.

Selepas sarapan, dia ke sekolah dengan bas. Masih tanpa pakaian. Bau hapak bas menderup masuk ke derianya. Pemandu yang kelihatan mengantuk tidak mengambil kisah berkenaan Syamal yang melangkah masuk.

Kawan kawan yang berada di dalam bas seperti tidak peduli dengan keadaan fizikalnya. Malah, hanya separuh yang di dalam bas itu yang berada dalam bentuk manusia normal. Mungkin revolusi robot telah bermula.

Kebanyakan yang kekal dalam fizikal organik seorang manusia hanya pelajar pelajar yang sebelum itu dia kenal nakal dan hanya melalukan perkara mengikut kepala otak mereka. Mereka duduk di bahagian paling belakang perut bas. Pelajar pelajar yang dia kenal sebagai pelajar berjaya dan menduduki kedudukan teratas dalam kelas, sudah berubah kepada bentuk robot sepertinya. Kebanyakan mereka lebih mempelopori ruang hadapan bas dan kebanyakannya adalah perempuan. Yang lebih mengagetkan adalah satu kumpulan di bahagian tengah kiri bas dalam keadaan boneka. Tiga baris daripada kesuluruhan bas. Mungkin keluarga mereka susah dan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan bahan elektronik.

Perjalanan ke sekolah sepi seperti biasanya. Selama ini dia memang tidak bercakap dengan sesiapa pun. Selain kerana dia memang jenis yang susah membuat kawan, dia juga telalu sibuk belajar dan mengejar cita cita.

Satu satunya perkara yang amat dia senang untuk pagi yang cukup ganjil ini adalah Raisya. Dia masih lagi dalam bentuk manusia normal. Tiada sebarang mutasi mahupun perubahan ke bentuk robot seperti yang terjadi kepada dirinya.

Sewaktu lihat Raisya dalam keadaan normal dan masih lagi mampu tersenyum kepadanya di tempat duduk biasa di kerusi kedua bas, hati mekaniknya melepas nafas lega. Lega yang amat sangat.

Raisya juga sempat mengucap "Selamat pagi Syamal," sambil sambil tersenyum dengan senyuman yang mampu memutuskan wayar wayar dalam badannya.

Hari itu bergerak seperti biasa seperti hari hari sebelumnya dan terus melangkah seperti biasa sehingga dia tamat sekolah. Sebenarnya tidaklah seteruk yang dia sangkakan. Sekurang kurangnya Raisya masih mampu tersenyum kepadanya setiap kali dia menjongolkan kepala ke dalam bas.

Cerita Saya dan Gadis GadisWhere stories live. Discover now