Bab 1

37.2K 1.8K 106
                                    

Gadis itu mengoyak langkah masuk ke dalam bilik selepas sahaja majlis pengebumian ibunya selesai, habis sembab mata gadis itu akibat menangis dari pagi hingga malam. Hanya ibunya sahaja dia bergantung harap sekarang semuanya sudah tiada.

Meninggalkan dia keseorangan.

Telekung disangkutkan kembali pada penyangkut baju lalu badan direbahkan atas katil single tersebut. Baru saja mata hendak terkatup bunyi pintu dikuak dari luar menyentakkan keberadaan dalam bilik.

Seorang lelaki tua melangkah masuk dalam bilik itu menghampiri katil Kiana Jestina, walaupun lampu bilik sudah terkatup namun cahaya malap malam itu menerombos masuk dari jendela terpampang sosok tubuh lelaki itu dalam samar cahaya.

Ayah?

" Yaallah ayah! Ayah nak buat apa ni?!" Kiana menolak kuat tubuh ayah tirinya yang hendak menindih tubuh kecilnya itu namun gagal apabila tangannya ditekap kuat oleh sang lelaki tua itu. Hati terasa kian pecah sekarang. Takut? Ya. Sebelum ini pun dia tidak pernah bersembang dengan bapa tirinya kerana dia tidak biasa dengan lelaki selepas sahaja kematian ayah kandungnya lima tahun lepas.

" Aku nak rasa kau la, sebelum ni aku tak dapat rasa kau sebab mak bodoh kau tu." lembut ton suara lelaki tua itu menuturkan kata, tangan berkedut itu naik menyisir helaian rambut menutup wajah comot dengan air mata itu. Tubuh itu menggigil hebat.

" Ayah! Ayah tahu tak benda ni dosa!" Makin menjadi jadi tangisannya, baru sahaja tadi dia menangis disebabkan ibunya kini dia menangis pula pasal ayah tirinya.

Cruel!

" Kau tak payah nak berlagak alim, bukan aku suruh kau buat apa pun suruh puaskan aku ja." Kiana mengecilkan tubuh, sentuhan tangan lelaki tua itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya meronta ingin melepaskan diri.

PANG!

Terasa seperti cecair mengalir keluar dari pinggir bibir gadis itu.

Darah.

" Kan aku cakap diam. DIAMLAH!" Terhenjut bahu Kiana akibat jerkahan tersebut, tak semena mena makin lebat air mata merembes keluar. Baju dibahagian bahunya sudah terkoyak akibat rentapan kasar dari ayah tirinya.

Baru sahaja lelaki tua itu hendak mendekatkan wajahnya pada leher jinjang gadis itu tiba tiba Kiana menendang bahagian intimnya kuat hingga terjatuh dia ke atas lantai cepat cepat gadis itu bangkit lalu berlari keluar meninggalkan ayah tirinya meringis kesakitan seorang diri.

Telapak tangan naik menyeka air mata, pintu hadapan dibuka lantas dia berlari keluar dari rumah lusuh itu, tanpa dia sedar dirinya diekori dari belakang.

" KAU NAK PERGI MANA HAH BETINA! SINI KAU!" Jerkahan itu membuatkan Kiana makin laju berlari walaupun kaki dia sudah letih namun dia gagahkan juga. Bahagian bahu yang terdedah tika itu dia hiraukan sekarang paling penting harus larikan diri dari lelaki tua itu. Makin lama makin perlahan lariannya, suara ayah tirinya dari belakang juga sayup sayup kedengaran.

Kepala gadis itu terasa berpinar, sesaat terasa seperti seseorang merangkul erat pinggang kecil itu mahu sahaja dia melangutkan kepala ingin melihat gerangan tersebut namun sakit kian menyengat bahagian kepala terus terbantut niatnya.

" Are you okay little girl?" suara maskulin itu menerjah masuk gegendang telinga sang gadis dan itu juga ayat terakhir Kiana Jestina dengar sebelum matanya terkatup. Rapat.

faint.

" Mr. Laaith-" Terhenti kata kata yang baru hendak dilontar keluar oleh jejaka muda itu apabila tuannya menggelengkan kepala. Gadis dalam pelukkan tuannya menyapa pandangan sang jejaka. Pale.

Exhausted.

" Catch that old man."

◦────────────────◦

Perlahan lahan kelopak mata itu terbuka. Kornea mata terasa perit apabila dibuka, mungkin kerana dia pengsan terlalu lama. Siling bilik berwarna koko gelap menyapa pandangan gadis itu.

Kepala yang terasa sakit dia pegang. Semalam dia melarikan diri dari bapa tirinya tiba tiba dunianya terasa kelam sekarang dalam bilik mewah.

Pelik.

Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan gadis itu menyulubung badan masuk dalam comforter. Jantung rasa mahu kian pecah apabila bunyi derapan kaki seseorang menghampiri katilnya. Hujung katil itu jatuh kedalam rasa seperti seseorang sudah pun melabuhkan punggung disitu, lagi membuatkan gadis itu menikus ketakutan.

Sesaat comforter itu jatuh menyembah lantai kini terpampang seorang jejaka depan mata Kiana Jestina. Pecah air mata yang sekian lama dia tahan. Lengan tangan gadis itu naik menekup mata, teresak esak dia menangis bagai menunjukkan yang dia benar benar takut.

Lengan gadis itu ditarik, wajah semalam dia lihat kering dengan air mata kini kembali basah akibat air mata bercucuran keluar.

" Stop crying. " suara jejaka tersebut mencecah gegendang telinga milik Kiana Jestina, terus terdiam gadis itu.

Tatapan tajam jejaka itu membuatkan Kiana tekur memandang tangan. Jari kecil itu bermain antara satu sama lain pada comforter.

Takut.

" Pergi mandi lepastu turun makan." usai berkata jejaka itu keluar semula dari bilik tersebut.

Teragak agak Kiana hendak turun ketingkat bawah, sudahlah dia seorang sahaja lambat inikan pula buat macam rumah dia sendiri padahal dia tidak tahu dimana dia kini.

" Sit." Sepatah ayat itu keluar lantas Kiana melabuhkan punggungnya diatas kerusi tersebut.

" Cik Mah bagi dia makan." sedingin ais kutub jejaka itu berkata sebelum dia berlalu keluar dari ruangan dapur meninggalkan Kiana dan Mak Mah berduaan.

" sedingin ais kutub jejaka itu berkata sebelum dia berlalu keluar dari ruangan dapur meninggalkan Kiana dan Mak Mah berduaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C || BELONGS to Mr. LAAITHWhere stories live. Discover now