Laaith kembali fokus pada kertas kerjanya, Mike dihadapan dia hiraukan. Baru dia ingin menaip sesuatu pada papan kekunci bunyi pintu dikuak perlahan dari luar menyentakkan mereka berdua. Pantas dua kepala itu berpusing menghadap pintu.
" Coffee boss." Dengan lenggok gadis itu berjalan menghampiri meja kerja Laaith lalu dua coffee atas dulang dia letakkan di meja kerja itu. Bersama senyum manis dia lemparkan pada laaith dan Mike manakala Mike pula menatap perempuan itu hairan.
Atas bawah dia memandang gadis itu sebelum
" Kau memang takda pakaian lain ke?" Terus pudar senyum yang terukir di bibir merah itu apabila ditegur oleh Mike.
Mike menjatuhkan pen Laaith dalam pegangannya dan sepenuhnya dia beralih pada perempuan tersebut.
" Aina, kau boleh keluar." Mike menggeleng mendengar suruhan daripada Laaith. Dia menjegilkan mata pada Laaith namun Laaith balas dengan ketukkan kepala. Mike berpaling semula menghadap Aina. Kena ketuk sikit sahaja, jangan risau.
" Kau pakai baju elok sikit sebelum badan kau tu kena sentuh dengan jantan tak guna kat luar sana." Mike menghalau gadis itu dengan tangan lantas sahaja Aina berlalu keluar dari bilik kerja Laaith. Habis merah wajahnya menahan malu.
" Sayang muka lawa tapi-"
" Sudah Mike." Mike memutarkan bebola mata. Jari jemari bermain semula dengan pen.
Suasana di antara mereka berdua sunyi, hening. Hanya bunyi jari menekan papan kekunci sahaja kedengaran. Mike bangun dari duduk lalu sofa hujung bilik itu dia tuju sebelum dia bertindak membaringkan tubuh disitu. Mengantuk mungkin.
" Kau takda kerja ke?" Kening Laaith mula bertaut geram. Sejak pagi lagi jejaka ini melepak dalam pejabatnya. Dah macam penganggur lagaknya.
Tangan kanan Mike letakkan atas dahi mata terpejam rapat. Kaki dilunjurkan pada sofa, namun disebabkan ketinggiannya yang memenuhi sofa itu membuatkan kakinya terpaksa naik diletakkan pada hujung kepala sofa.
" Ada tapi aku mengantuk, nanti kejut aku."
◦────────────────◦
Laaith menutup pintu hadapan rumah agamnya, baru ingin melangkah naik ke tingkat atas satu susuk tubuh lena diulit mimpi menyapa halwa pandangannya. Langkah kaki dibawa menuju ke gadis itu. Tali leher dia longgarkan sebelum ia selamat mendarat diatas meja kaca ruang tamu rumahnya. Jari jemari dilarikan pada butang baju kemejanya lalu dibuka tiga kancing dari atas. Panas.
Puncak hidung Kiana dikucup sekilas sebelum dia bertindak mendukung tubuh itu naik ke tingkat atas.
" Awak?" Kiana mencelikkan sebelah matanya. Kantuk masih lagi menguasai diri.
" Iya sayang." Dia tayangkan senyum manis pada Kiana hanya sesaat sebelum bibir itu kembali pada yang asal. Tiada senyuman. Tombol pintu bilik mereka berdua dipulas, sebelum pintu kembali tertutup.
" Kau mengantuk lagi?" Soal Laaith tiba tiba. Dahi Kiana berkerut seketika dia mengangguk. Jari naik menenyeh matanya. Tersengguk sengguk mata itu menahan dari terkatup.
Laaith membaringkan tubuh Kiana di tengah tengah katil sebelum dia bertindak menindih tubuh kecil itu. Rambut Kiana yang menutup separuh daripada wajah cantik itu dia selak ketepi. Bibir merah merekah miliknya elok sahaja mendarat pada kedua belah pipi Kiana. Tidak dengan itu dahi Kiana juga dikucupnya sekilas. Tersenyum kecil Kiana jadinya.
" Awak pergi la mandi, busuklah." Kiana menolak tubuh Laaith tapi pantas Laaith menangkap tangan kecil itu lalu hilang dalam genggaman tangan besarnya.
" Aku nak kau." Laaith menjatuhkan kepalanya pada leher Kiana manakala si gadis masih lagi tidak dapat menangkap apa yang cuba suaminya katakan. Tangan naik menggaru kening yang tidak gatal.
" Kan saya memang awak punya." Laaith tergelak kecil disebalik leher jinjang itu. Dia mengangkat kepalanya lalu menghadap wajah sang gadis. Dikucup berkali kali puncak hidung Kiana sebelum matanya bertaut dengan Kiana.
Lama.
Hingga..
" Awak, kalau saya hilang satu hari nanti awak cari saya tak?" Berkerut dahi Laaith mendengar soalan daripada Kiana.
" Why you ask me that question?"
" Entah, saya nak tanya je." Kiana mengangkat bahu. Tiba tiba sahaja soalan itu terlintas dalam fikiran.
" I'll find you."
" Erm..kalau awak kahwin lain macam mana? Awak suka perempuan lain ke? Atau ada perempuan lain suka awak ke? Kalau awak ceraikan sa-"
" Woh, too much questions young lady." Potong Laaith laju.
" Saya tanya aje, takpala." Kiana menelengkan kepalanya ke kanan. Mata terpejam rapat. Tidak mahu membalas tatapan mata jejaka itu. Laaith tersenyum kecil. Aih...dia mengucup pipi kiri Kiana.
"Calm down baby girl I'm yours."
◦────────────────◦
Sedang asyik dengan laptop, tanpa dia sedar dirinya diperhati oleh seseorang. Terhenti jari jemarinya yang bermain atas keyboard. Kepala telengkan ke kanan dan kiri namun tiada orang. Seketika matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang berdiri dibelakang tiang restaurant itu perlahan kakinya melangkah menghampiri sang lelaki.
Tangannya naik mencekak kolar baju lelaki itu lalu dengan kasar ditarik lelaki itu hingga masuk ke dalam tandas berada tidak jauh darinya.
" Laa-laaith." Tergagap lelaki itu apabila nama itu meniti keluar dari bibir sendiri. Terkejut dia tiba tiba sahaja ditarik hingga ke sini. Hatinya menyoal sendiri bagaimana jejaka itu dapat mengecam dirinya dari jauh.
" Yea, it's me. Laaith Michele." Terlakar senyum sinis di bibir Laaith. Hati lelaki itu kini diserbu rasa gelisah, cemas. Semua bercampur baur.
Laaith menolak kasar tubuh lelaki itu hingga terhempap pada dinding tandas. Terbit dengusan kasar dari lelaki itu akibat hempasan kasar daripada Laaith. Dia berusaha ingin meleraikan tangan Laaith yang mencekak kolar bajunya namun Laaith mengetatkan lagi cekakkan menyebabkan lelaki itu tercekik.
" Ugh-"
" Siapa hantar kau?" Lelaki itu menggeleng. Laaith menolak tubuh lelaki itu kasar hingga jatuh terdorong lelaki itu, kepala lelaki itu terhempap sinki tandas darah mula mengalir keluar dari bahagian belakang kepalanya.
" Siapa hantar kau-" Laaith menerpa laju ke arah lelaki itu tetapi langkah kakinya terhenti apabila satu nama meniti keluar dari bibir lelaki itu.
" Mike- Mike andrew."
YOU ARE READING
C || BELONGS to Mr. LAAITH
Romance𝐋𝐚𝐚𝐢𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐜𝐡𝐞𝐥𝐞 ~ 𝐊𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚 " Goodnight my little lady..." LAAITH MICHELE. Jejaka berusia 26 tahun. Mempunyai perwatakkan dingin serta aura yang membuatkan orang sekeliling takut akan dirinya. Seorang jejaka bercampuran R...