Bab 20

24.4K 1.2K 46
                                    

" Bosan lagi?" Laaith memperbetulkan tudung yang dipakai Kiana, lalu dia turut melabuhkan punggung ditempat kosong bersebelahan Kiana. Pemandangan laut terpampang indah hadapan mata Kiana, bibir gadis itu terukir senyum manis. Gembira? Ya, sangat!

" Tak bosan dah, seronok sangat!" Riang suara itu kedengaran dicuping telinga Laaith, terjongket sebelah hujung bibir Laaith. Matanya yang tadi menghadap laut tersergam indah itu terkalih pula pada kanak kanak yang bermandi manda disitu. Sesaat, bibirnya yang tadi terloret senyum kecil mati. Matanya tertancap pada sebatang tubuh lelaki yang asyik memandang pada isterinya.

Seketika, lelaki itu menyedari seseorang sedang memandangnya pantas dia memboloskan diri masuk kedalam kereta. Dalam sesaat kereta itu hilang dari mata kasar.

" Kiana, let's go." Kiana balas dengan anggukkan kepala. Jari jemari Laaith bersatu dengan jari jemari kecil milik Kiana Jestina. Tersenyum gadis itu melihat jari jemarinya hilang dalam genggaman suaminya.

" You can sleep if you want." Tudung Kiana sudah Laaith lurutkan lalu diletakkan tudung itu dikerusi belakang. Tempat duduk Kiana diturunkan sedikit agar mudah untuk berbaring.

" Saya tidur tau." Laaith mengangguk sebelum bibirnya dijatuhkan pada puncak hidung gadis itu.

Laaith memberhentikan keretanya betul betul berhadapan dengan syarikat miliknya. Enjin kereta dimatikan lalu kepala diteleng kesebelah. Nyenyak benar gadis itu tidur, tudung dibelakang dia ambil lalu disarungkan pada kepala Kiana.

Laaith mula keluar dari kereta menghampiri pintu kereta pada bahagian Kiana. Perlahan dia membuka pintu kereta sebelum dia bertindak mengangkat tubuh kecil tersebut. Setelah memastikan kereta dikunci, dia mula melangkah masuk kedalam pejabat.

" Carl, come in." Pintu bilik kerja dibuka lalu tubuh Kiana dibaringkan atas sofa.

" Why Mr. Laaith?" Carl menghampiri tuannya, tangan diletakkan dibelakang badan. Laaith melepasi Carl sebelum punggungnya dilabuhkan atas kerusi kerja miliknya.

" Cari maklumat pasal kereta wira nombor plat 5822, aku nak lelaki tu esok malam." Carl balas dengan anggukkan sekilas sebelum dia berlalu keluar dari bilik kerja Laaith. Baru sahaja Laaith ingin menaip sesuatu pada MacBook bunyi kuakkan pintu dari luar menyentakkan dirinya lantas kepala diangkat menghadap sang gerangan.

" Laaith Michele!" Laaith pincingkan mata tepat pada Mike.

" Diam Mike." Mike mencebik, matanya terkalih pada sekujur tubuh yang enak diulit mimpi. Seketika bibirnya terukir senyum sinis. Heh..patutlah suruh orang diam.

" So how Laaith? Dah kira kira?" Kerusi kosong berhadapan Laaith tempat dia labuhkan punggung. Jarinya mencapai sebatang pen hitam. Petah jari itu memusingkan pen tersebut di antara jari panjang miliknya.

" What do you mean?" Laaith mula melakukan kerjanya yang tergendala tadi, jarinya laju sahaja menari dipapan kekunci.

" Anak saudara, aku nak perempuan." Terhenti jari jemari Laaith, matanya fokus kembali pada Mike dihadapan. Kaki Mike dibawah meja dia tendang sebelum suara rengusan kasar dari arah depan kedengaran.

" Sakitlah Laaith!"

" Watch your mouth before I cut your tongue." Mike memutarkan bebola mata. Apa? Aku minta anak saudara aje. Bukannya apa pun, itu pun susah.

" Kau ni pilih kasih Laaith." Mike menayangkan wajah cemburut. Kepala dilentokkan atas meja kerja Laaith, pen ditangan tetap sahaja digerakkan. Bosan.

Kata kata daripada Mike membuatkan dahi Laaith berkerut, hairan. Pilih kasih? Huh?

" What's wrong with you, Mike?" Tangan Laaith naik memperbetulkan rambut berantakan milik Mike. Dah macam suami hilang bini lagaknya padahal kahwin pun belum. Masalahnya jodoh pun tidak ada lagi. Haih..

" Kau dengan bini kau elok aje layan, tapi dengan aku kau layan macam kawan." Mike mengangkat kepala dari meja.

" Kau memang kawan aku kan? Hilarious." Tawa kecil meniti keluar dari bibir Laaith membuatkan Mike memutarkan bebola mata. Dasar punya hempedu, jangan minta tolong aku lepasni.

" Lupakan, kau ni batu betul la Laaith." Mike menjatuhkan pen dalam pegangan.

" Well, i admit it." Ternaik sebelah hujung bibir milik Laaith Michele. Ya, dia mengaku dirinya begitu. Sudah lali dengan panggilan sebegitu daripada Mike.

" Ugh- by the way Hayyan pernah call kau ke sebelum ni?" Terus pudar senyum yang terukir dibibir.

◦────────────────◦

" Oh.. so you're-- Alif?" Kertas dalam pegangan dia letakkan di atas meja. Kaki melangkah hampiri lelaki terikat elok atas kerusi itu. Wajah lesu.

" Aku- aku dengar cakap boss je." Terus terang dia berkata. Termengah mengah dia mencari nafas baharu setelah dipukul teruk oleh orang bawahan Laaith.

Laaith menarik kerusi kosong sebelum punggung dilabuhkan atas kerusi itu. Kepala lelaki itu dilangutkan agar menghadapnya. Ikatan tali pada kaki Alif dileraikan lalu ikatan pada pergelangan tangan dia juga Laaith leraikan. Terus jatuh melutut di atas lantai lelaki itu jadinya.

Letih.

" Aku takkan pukul kau, but tell me why you help Hayyan." Tangan Laaith naik memeluk tubuh. Wajah malas dia tayangkan dihadapan Alif.

Alif diam tidak membuka suara. Dia cuba menangkap apa yang diperkatakan oleh Laaith, walaupun dia dengar dengan jelas namun tetap dia mempercayainya. Ini bukan Laaith.

" Talk."

" Dia-" Terhenti kata kata Alif. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu menerangkan perkara ini kepada Laaith. Ahh!

" Tell me the truth."

" Dia bunuh mak aku." Ternaik hujung bibir Laaith. Wajah Alif dia tatap lama sebelum wajahnya kekal membeku seperti sediakala.

" Straight to the point."

" I want to kill him, but-"

" But you can't?" Pintas Laaith laju tanpa sempat Alif ingin menyambung kata katanya. Wajahnya yang tadi menekur lantai kini sudah diangkat agar berhadapan dengan Laaith.

Dia mengangguk lemah sebelum matanya mula kabur, pitam. Suara tawa seseorang kedengaran sebelum ayat terakhir dia dapat dengar daripada Laaith menghentam sistem pendengarannya.

" I'll help you, young man."


C || BELONGS to Mr. LAAITHWhere stories live. Discover now