Bab 29

22.9K 1.2K 109
                                    

" Mrs. Kiana bilik sebelah Mr. Laaith." Kata Carl. Laaith bangun dari katil ward melangkah keluar dari situ dan mengorak langkah masuk ke bilik sebelah. Laaith mengarahkan agar semua keluar meninggalkan dia dan Kiana sahaja. Perlahan tubuhnya dibaringkan bersebelahan tubuh kecil itu. Sebelah tangannya diletakkan bawah kepala Kiana. Sebelah lagi dipinggang kecil itu. Kepalanya dijatuhkan pada leher sang gadis.

Ini yang dia mahukan. Bauan badan Kiana, menghilangkan peningnya. Seketika tubuh itu tergerak kecil menghentikan tindakannya. Bibir terukir senyum kecil.

" Sayang." Laaith menyeru lembut nama itu. Kiana menoleh menghadap Laaith.

" Abang?"

" Iya sayang." Laaith mengucup puncak hidung mancung gadis itu. Tersenyum kecil Kiana jadinya. Dia membalas pelukkan Laaith.

" Saya rindu awak." Tiba tiba sahaja bahagian dada Laaith terlapik dengan baju itu basah. Menangis ke? Dia mendongakkan wajah Kiana bibir dijatuhkan pada ubun ubun Kiana.

" Sorry sayang, sorry sangat sangat." Kiana menggeleng.

" Janganlah sorry kat saya, nanti saya menangis lagi." Terkelip kelip mata Kiana menghilang air mata yang kian bertakung ditubir mata. Laaith tergelak kecil.

" Abang sakit kepala lagi?" Soal Kiana tiba tiba membuatkan dahi Laaith berkerut hairan. Setahunya dia tidak memberitahu langsung perihal ini pada Kiana. Carl pun tidak tahu. Hanya seorang sahaja yang tahu, takkan dia yang beritahu?

" Siapa beritahu?"

" Kawan awak, Mi-"

" Yo wazzup Michele. How are you? Fine?" Terhenti ayat yang baru Kiana mahu katakan apabila seseorang menyergah masuk ke dalam ward tanpa diundang. Kerusi bersebelahan Laaith dia ambil sebelum punggung dilabuhkan disitu.

Laaith memutarkan bebola mata. Sibuk betul jejaka ini masuk tanpa beri salam tiba sahaja wazzup wazzup. Gila agaknya.

" By the way aku dah letak dia kat tempat aku tunggu kau je." Kata Mike, pisau atas meja dia ambil lalu buah epal merah dia potong satu persatu dan selamat mendarat dalam mulutnya. Dikunyah epal itu lalu epal satu lagi dia masukkan juga dalam mulut. Lapar mungkin.

" Kau buat apa kat dia? Pukul?"

" Belum sentuh lagi, aku cucuk ubat bius aje itu pun dia ingat aku nak tolong dia padahal tak pun." Mike tergelak kecil mengingatkan kejadian yang berlaku sehari lepas.

Hirisan buah epal terakhir selamat mendarat ke dalam mulutnya. Pisau itu dia letak kembali atas meja. Kaki kiri disilangkan atas kaki kanan. Tangan naik diletakkan kebelakang kepala. Malas. Kiana lemparkan padanya senyum manis lalu dia balaskan juga dengan senyuman. Ibu jari naik menyoal lalu Kiana balas dengan anggukkan. Mike mengenyitkan mata kanan sebelum dia pejam erat matanya. Letih juga dia. Semalam sahaja harus melakukan banyak kerja.

" Kau ni Laaith, kalau nak habis battery infrom la nasib aku awal kalau tak tu memang mampos betul dah kau." Mike menjeling Laaith sekilas. Itu pun susah, beritahu aje la kalau dah nak pengsan tak susah pun. Bongok punya kawan.

" Mike jangan mengata aku." Mike mencebik, dia mula bangun dari duduk. Sofa dalam ward peribadi itu tempat dia baringkan badan.

" Aku tidur sini nanti kejut." Mike pejamkan mata. Rapat.

" Pahal sini kau pergi masuk ward aku kat sebelah."

" Taknak malas, night." Mike mengiring ke kiri menghadap badan sofa. Better dia tidur dari melayan si Laaith, malam nanti lagi banyak kerja dia harus lakukan. Heh.

" Otak kau night, petang ni." Kiana menampar lembut bibir Laaith. Dia kecilkan matanya. Otak otak kan orang pula.

" Kenapa tampar mulut aku?" Kening Laaith bertaut. Sakit hati. Tiba tiba sahaja ditampar oleh isteri sendiri.

" Awak tu tak baik cakap macamtu." Kiana menghembus bibir Laaith. Rasa bersalah pula pergi tampar bibir suami sendiri.

" Oi aku nak tidur kalau nak buat drama kat sini sila keluar." Mike menguatkan sedikit ton suaranya membuatkan tindakan Kiana terhenti serta merta.

" Kau tu yang keluar, dahla merempat ward bini aku."

" Kau pun sama."

" Ni bini aku lantak aku la, kau pergi kahwin."

" Taknak. Bini kau pun dah cukup."

" У дураков есть самцы." (bodoh punya jantan). Mike gelak besar.

" Kiana laki kau mencarut dalam russian." Adu Mike. Terus dia menekapkan bantal kusyen ke telinga. Sekarang dia memang betul betul mengantuk. Mata terpejam rapat. Biar padan muka jantan tu kena bebel dengan bini sendiri. Nasiblah aku tiada isteri. Fuh.

Kiana pincingkan mata tepat pada Laaith. Jarinya turun mengutil abdomen Laaith, meringis sakit lelaki itu jadinya. Pedih.

◦────────────────◦

Laaith melangkah masuk dalam bilik bawah tanah milik Mike. Masuk sahaja bilik itu terserlahlah sekujur tubuh elok terikat atas lantai bersama lebam dimerata tempat pada wajah. Laaith menanggalkan baju t shirt putih yang dipakainya menampakkan ketulan ketulan pada bahagian abdomennya serta bahagian biceps. Six-pack.

" Aku pakai baju putih takut nanti darah kau melekat kesian pula bini aku." Hayyan menatap jejaka itu tajam. Dia berusaha mahu meleraikan tautan tali pada bahagian pergelangan tangan tapi tidak terlepas.

" LEPASKAN AKU LA SIAL!" Dua suara tergelak sinis dalam bilik itu kedengaran membuatkan Hayyan terdiam. Satu suara Laaith, dia pasti. Satu lagi...

" Hi uncle." Mike menapak masuk dalam bilik itu, berdiri bersebelahan Laaith. Baju hitam terlekap elok pada dada bidangnya dia tanggalkan.

Laaith memandang jejaka itu hairan. Dah kenapa mahu berbogel disini ke? Bahu Mike dia tumbuk kuat, terbit rengusan kasar melalui bibir jejaka itu. Perit.

" Kau apahal buka baju kat sini?"

" Dah kau buka aku pun nak join." Laaith menggelengkan kepala. Tak sangka jantan ni bengap juga. Malas melayan jejaka bongok itu lama, lantas dia berjalan menghampiri tubuh Hayyan.

" KAU PENGKHIANAT!" Jerit Hayyan lantang. Terangkat kedua dua belah alis tebal milik Mike. Aku ke? Dia tergelak lagi. Lebih kepada sinisan.

" Aku tak khianat pun cuma kau je yang lembab."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C || BELONGS to Mr. LAAITHWhere stories live. Discover now