Chapter 7

628 35 9
                                    

SYAHIRA membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dahinya berkerut. Matanya meliar melihat sekeliling. Sekarang dia berada di dalam kotak kayu. Melihat cahaya memasuki lubang kotak itu. Syahira terus menggunakan peluang untuk melihat keadaan di luar.

Raungan kesakitan kuat kedengaran. Peluh mula membasahi dahi Aryana. Nafas Aryana turun naik. Perlahan-lahan Aryana menarik senyuman sinis.

"Ada lagi nak rasa air tangan aku? Sedap ni." Pisau belati digenggam kuat. Melihat musuh menggelupur ketakutan membuatkan Aryana melangkah ke hadapan.

Mendengar derap kaki dari belakang membuatkan Aryana memusingkan badannya ke belakang. Pisau belati terus dilemparkan. Musuh meraung kesakitan apabila pisau menikam bahunya. Baru sahaja musuh ingin menarik pisau itu. Terkejut dibuatnya apabila Aryana di hadapannya. Jaraknya dengan Aryana tadi sangat jauh! Macam mana Aryana boleh ada dihadapannya?

Aryana menujah abdomen musuh. Tikaman di bahu musuh ditolak semakin dalam. Musuh meraung kesakitan. Pisau ditarik keluar oleh Aryana. Kemudian dia menggunakan belakang pisau untuk menghentak belakang tengkuk musuh.

Melihat musuh terlentang membuatkan Aryana tersenyum mengejek. Belum sempat dia menoleh ke belakang. Seseorang menembak betis Aryana.

"Mak Long!" Syahira menumbuk pemukaan kotak. Perasaan takut hadir dalam diri Syahira apabila musuh telah mengunci pergerakan Aryana. Lelaki bertopeng hitam memusing-musingkan Glocknya. Senyuman kejam terlakar disebalik topeng. Dia mencengkam dagu Aryana dengan kuat.

"Sayang juga ye kau dekat anak murid a.k.a anak saudara kau ni ASP Aryana." Aryana mengetap giginya. Melihat lelaki bertopeng hitam membuatkan dia bertambah marah.

"Aku dah 'lumpuhkan' kaki kau. Jadi, kau tak boleh guna gerakan The speed of moonlight kau." Sinis sahaja lelaki bertopeng hitam berkata.

"Lepaskan dialah bangsat! Dia tak ada kena mengena!" tengking Aryana.

"Diam!" Lelaki bertopeng hitam itu terus menikam abdomen Aryana. Mata Aryana terpejam. Air mata Syahira mengalir deras. Melihat lelaki itu menikam Aryana bertubi-tubi membuatkan Syahira menendang kotak kayu dengan kuat.

"Mak Long! Hentikan! Hentikan!" Jeritan Syahira semakin kuat. Melihat Aryana ditikam dan ditembak bertalu-talu membuatkan Syahira menekup telingannya. Matanya terpejam rapat.

"Hentikan!"

"Syahira. Kenapa ni?" Syahira mencelikkan matanya. Matanya meliar memandang sekeliling. Kemudian, kepalanya menoleh ke kanan. Matanya memandang wajah risau Hani.

"Kau dah kenapa! Gila! Bangun-bangun terus jerit!" marah Zufar. Matanya memandang tajam wajah Syahira. Namun, dahinya berkerut apabila melihat air mata Syahira mengalir laju di pipi.

"Kau dah kenapa budak? Tiba-tiba menangis. Hati tisu!" Zufar memandang Hani. Mukanya terus berubah pucat apabila Hani memandang wajahnya dengan pandangan tajam.

"Mak Long mana?" Syahira melontar soalan. Dia terus memeluk tubuh Hani. Soalan Zufar langsung tak masuk dalam gegendang telinganya. Perasaan takut mengusainya. Badan Syahira menggigil ketakutan. Teringat pembunuhan kejam ASP Aryana membuatkan Syahira kecewa.

"Hira takut... Kenapa dia orang buat macam tu? Mana Mak Long? Dia janji nak jumpa Hira. Kenapa dia tinggalkan Hira?" rintihan Syahira membuatkan mata Hani berkaca.

"Ibu dah tak ada Hira. Jangan macam ni. Ibu tak suka nanti." Bisik Hani. Hani membalas pelukan. Belakang tubuh Syahira diusap lembut.

"Jom keluar. Kita dah sampai." Hani meleraikan pelukan. Air mata Syahira dikesat perlahan.

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now