Chapter 11

505 26 0
                                    

"SIAPA tu?" mata wanita yang agak berusia memerhatikan sekeliling. Nafasnya turun naik. Kilat menyinari dapur.

Bunyi kaca pecah kedengaran. Jantung wanita itu berdengup kencang. Bimbang. Dia cuba beranikan diri untuk mendekati meja makan. Langkah kakinya semakin lama semakin perlahan. Serpihan kaca pecah bersepah di atas lantai. Namun, baru sahaja dia sampai ke meja itu. Seseorang menekup mulutnya dengan sapu tangan.

"Hmm...! Hmm...!" Wanita itu cuba untuk meminta pertolongan. Namun, akibat mulutnya ditekup dengan sapu tangan. Suaranya langsung tak kedengaran oleh penghuni rumah mewah itu. Pandangan wanita itu semakin lama semakin kabur. Akhirnya dia hilang kesedaran.

 Akhirnya dia hilang kesedaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANI melepaskan keluhan berat. Dia memandang keadaan cafenya. Bersepah! Dia teringat kejadian dua puluh minit lepas.

Wanita berusia separuh abad melangkah masuk ke cafe Three Colors Rose dengan angkuh. Kaca mata hitamnya ditanggalkan.

"Mana owner kedai buruk ni?" dengan angkuhnya wanita separuh abad itu bertanya kepada pekerja di situ.

"Kalau buruk. Dah kenapa masuk sini? Semak je." Bisik Masya.

"Saya owner kedai. Kenapa datin? Tak puas hati dengan kedai saya? Tak apa. Dengan senang hatinya datin boleh bla dari sini." Zara tersenyum sinis melihat muka wanita separuh abad itu merah menahan kemarahan. Tak ada datang angin, tak ada datang ribut. Kalau makan pun hingin, jangan buat otak orang serabut!

"So you lah Hani?" Zara mendengus. Hatinya cuba disabarkan.

"Saya Zara. Owner kedua cafe ni. Hani tak ada dekat sini datin," nada suara Zara dilembutkan. Tak sekasar tadi.

"Datin Sri Roshan! Not datin okey!" Bentak Datin Roshan.

"Maaf. Datin..."

"You ni pekak ke! I kata don't call me datin!" Zara mengetap gigi. Tangannya digenggam.

"Hoi orang tua! Aku tak pekaklah! Kau yang potong aku cakap! Dengar sini! Hani tak ada. Jadi kau boleh bla dari sini!" tempikan Zara membuatkan semua perkerja di situ mengigil ketakutan.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" mendengar satu suara dari belakang membuatkan Datin Rosnah menolehkan ke belakang. Hani masih terpinga-pinga dengan apa yang terjadi.

"You siapa?" jari telunjuk Datin Rosnah dihalakan ke wajah Hani. Suara kedengaran sangat marah.

"Saya Hani. Kenapa?" senyuman sinis terlakar di bibir wanita tua itu. Tanpa berfikir. Wanita itu terus menyimbah air ke arah Hani.

Namun, Hani sempat mengelak. Nafas Hani turun naik. Terkejut dengan tindakan datin Rosnah.

"I bagi warning! Jangan dekat dengan Zufar I!" Masya dan Zara menahan ketawa. Tak tahu nak kata apa. Mak cik! Kubur dah memanggil tu. Agak-agaklah nak anak orang kaya.

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now