27

25 6 0
                                    

" MAKKK BABIIII !!! " jerit Haechan sekuat-kuatnya sambil kakinya berlari dengan laju. Binatang yang mengejarnya itu berhenti. Pelik dengan perangai manusia yang dikejarnya itu. Segera binatang tersebut sambung kembali bergayut di atas pokok membiarkan Haechan yang masih lagi menjerit itu

" kau kenapa ni ? " soal Jeno pelik. Air mineral yang ada di sebelahnya itu dibuka lalu dihulurkan kepada jejaka tersebut. Haechan yang masih termengah-mengah itu cuba mencari nafas. Bagai nak pitam rasanya apabila dia berlari dari hujung dusun sampai ke pondok ini tidak henti kerana dikejar. Penat woi !

Jaemin yang baru tiba bersama Renjun di belakang sudah tergelak terbahak-bahak memandang rakannya itu ketakutan. Lupa pula nak record ! Kalau record tu boleh buat modal siut !

" kau gelak apa gila ! " marah jejaka itu. Mana tidaknya ? Dahla dia kena tinggal dengan dua manusia ni tadi ! Erh. Dasar member tak guna

" apasal ni ? " soal Jeno sekali lagi. Dua air mineral yang ada di sebelahnya itu diberikan kepada kedua jejaka tersebut. Kot kot haus kan. Bagi jelahh. Kedua lelaki Korea itu yang masih tergelak itu mula mencari nafas. Ha kau. Tahu tak bernafas ! Dari tadi gelak macam orang tak betul je. Eiy

" monyet kejar je pun. Itupun diingat babi. Dusun harabeoji tak ada babi okay ! " kata Renjun lalu meneguk air mineral itu rakus. Peh, macam dia pula yang berlari kena kejar. Tch

Ya, mereka berempat kini berada di dusun milik atuknya Jeno. Katanya nak ambil durian- eh bukan hanya tiga orang sahaja yang masuk ke dalam dusun manakala Jeno hanya duduk di atas pondok makan kuih. Dasar. Senang betul mamat tu buat duit

Haechan membulatkan mata

" babi lahh !! Aku dengar bunyi oink oink tadi ! " kata Haechan tak mahu kalah. Dia belum pekak lagi okay ! Dah sah ii dia dengar bunyi makhluk berwarna pink tiada leher tu tadi ! Sempat jejaka itu meniru suara binatang yang baru di dengarnya sebentar tadi

Oink oink

Jejaka itu sudah mula menggigil ketakutan apabila terdengar bunyi tersebut. Dia menampar mulutnya kuat. Itulah ! Siapa suruh kau pergi ajuk bunyi binatang tu ?! Kan dah muncul !

" w-weh. Dia datang sini lah wehhh !! Arghhh " dengan laju dia tanggalkan seliparnya lalu naik ke atas pondok dan bersembunyi belakang Jeno yang sedang mengunyah kuih itu. Dan sekali lagi kedua lelaki Korea itu tergelak terbahak-bahak. Telefon Jaemin yang berbunyi oink oink itu ditunjukkan kepada jejaka yang menyorok di belakang Jeno itu

Haechan mendengus geram

" bodoh ! Aku doakan korang kena sondol dengan babi ! " katanya sambil berlalu pergi dari situ. Sakit hati ! Jeno yang memerhati dari tadi hanya menggelengkan kepala. Apa lah masalah tiga ekor ni ?

Oink oink

Kedua lelaki Korea yang masih tergelak itu serta merta terdiam. Mereka tak salah dengar kan ? Segera Jaemin memandang kembali phonenya itu. Dia dah off kan audio tu ! Habistu bunyi tadi tu apa ?

" w-weh. T-tu bunyi p-phone kau k-kan ? " tergagap-gagap Renjun bertanya. Dapat dia melihat Jaemin menggelengkan kepalanya menggunakan ekor mata. Alamak !

" panjang umur babi harabeoji " ujar Jeno lalu tersenyum manis memandang ke arah kedua jejaka yang sudah cuak dihadapannya ini

" h-harabeoji bela b-babi ? " soal Jaemin pula dan mendapat anggukan dari Jeno. Apa ? Fikir dia dah lama balik dia lupa ke pasal babi atuk dia ? No okay no ! Brotherhood tu !

Oink oink

" MAKKKKKKK " dengan laju mereka berdua lari dari situ apabila dapat merasakan babi tersebut mula mengejar. Ha padan muka kau ! Kenakan orang lagi kan !

foodpanda » huang lucasWhere stories live. Discover now