31

17 3 0
                                    


" Hee ? Hee !! Jangan lah tinggal kan Jeno sorang ii kat sini ! Hee ! Junghee !! " jatuh terduduk budak lelaki itu bersama ais krim di tangan menangis memanggil adik kembarnya yang tidak menyahut dari tadi

" hey. Jeno. Kenapa ni ? " soal Puan Lee apabila melihat anak lelakinya itu menangis di tengah ii taman. Matanya juga turut melilau mencari kelibat anaknya lagi seorang

" Junghee mana- "

" Hee hilang ! Hiks. T-tadi dia main gelongsor tu lepas tu dia jatuh. Lutut dia darah Mama !! Jeno tinggalkan lah dia kejap sebab nak beli ais krim ni. Bila Jeno balik je.. dia dah hilang !! " raungnya di dakapan ibunya itu.

Hampir luluh jantung Puan Lee apabila mendengar aduan dari anak lelakinya itu.

" Jeno ? Kenapa nangis ni sayang ? " tegur Tuan Lee pula. Lelaki itu memandang isterinya yang sedang menahan tangis itu dengan pelik.

" kenapa- "

" Junghee hilang, Papa ! " adu Jeno ke Tuan Lee pula. Lelaki itu bagai terpana seketika lalu memandang isterinya. Puan Lee hanya mengangguk.

" k-kita balik dulu ya sayang ? Esok kita cari Junghee ya ? " pujuk tuan Lee.

" k-kalau orang jahat amik dia macam mana ? "

" tak sayang. Jom kita balik. Nanti papa cari ya ? "

" hiks. O-okay " kata Jeno sambil mengelap hingusnya itu lalu berjalan ke arah kereta ayahnya.

" kalau tak jumpa macam mana ? " kini Puan Lee pula bertanya. Tuan Lee tersenyum memandang isterinya itu lalu mengusap bahu Puan Lee. Cuba untuk memberi kekuatan kepada isterinya itu.

" pasti jumpa. Jangan risau. Okay ? "

" okay- "

PINNN !!

BOMM !!!

" JENOOO !! "

" Hi bestie ! Macam mana semalam ? Seronok dating ? " soal Younha sambil menuang cereal ke dalam mangkuknya

" kepala atok kau dating ! "

" atok aku dah mati " ujar Younha membuatkan Junghee diam. Gelap ya. Sungguh gelap. Sehingga Junghee tidak dapat mencari jalan keluar. Jdjdjsjs

" habis kalau bukan dating. Korang buat apa ? " soalnya sebelum cereal disumbat ke dalam mulut

" jalan jalan " Younha yang mendengar itu menggulingkan biji matanya malas

" daripada aku layan kau. Baik aku pergi kerja ! Sudah lah ! " ujar lalu bangun dari duduk

" mangkuk kau ni siapa nak basuh ? Kau fikir aku kuli kau ke ? "

" ya ya yaaaa. Nak basuh lah niii " ujar gadis itu malas. Baru nak lari dari basuh pinggan. Hiks

" Jeno "

" apa ? " Jaemin menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum duduk di hadapan rakannya itu. Jeno memandang rakannya itu dengan muka yang hairan. Dah kenapa mamat ni ?

" aku dah fikir masak ii. Aku dah cakap dengan parents kau and diaorang okay but aku tak pasti apa aku buat ni betul ke tak- tapi ini untuk kebaikan kau juga ! Nak tak nak aku kena bagitahu !! "

" ya ya ! Sabar gila. Kau kenapa ? Gelabah je dari tadi aku tengok " soal jejaka itu. Mana taknya. Dari tadi dia perasan bahawa Jaemin sudah beberapa kali ulang alik di hadapan pintu pejabatnya itu.

" dah ready nak tahu ? " soal Jaemin dan Jeno menganggukkan kepala

" k-kau.. k-kau. Ah macam mana ni ?! Aku tak bolehh !! " jerit Jaemin lalu mengetuk kepalanya beberapa kali. Manusia ii yang berada di luar pejabat sudah mula memandang Jaemin pelik. Gila agaknya doktor sorang ni.

" kau kenapa ? Kau kau kau. Aku bagi kau makan tapak kasut aku kank- "

" kau dengan Junghee adik beradik ! "

" ha ? "

" kau jangan buat kerja gila lahabau ! Ada yang kena maki kejap lagi karank ! "

" habis sekarang ni bukan kau tengah memaki aku ke ? "  Xiaojun yang mendengar itu terdiam.

" ah apa ii lah ! Kereta kau ni slow sikit ! Nak mati awal ke ?! Kau kalau nak mati awal. Mati sorang ii. Aku nak hidup lagi " ujar Xiaojun. Hendery di sebelah sudah buat tak tahu. Malas nak dengar bebelan pengecut rakannya itu.

" perlahan lah sikit ! " ujar Xiaojun lagi lalu cuba memegang stereng kereta. Niatnya ingin membuat Hendery takut namun, benda lain yang terjadi.

" WEH WEH WEH ! "

" DERY DEPAN TU ADA ORANG ! "

" TANGAN KAU TEPII ! "

" HENDERY ! "

BOOM !!

" ha ? Ouh "

Jaemin yang mendengar jawapan yang tiada perasaan itu memandang rakannya pelik.

" k-kau tak terkejut ? " soalan Jaemin mendapat gelengan daripada Jeno.

" aku dah tahulah " Jaemin yang mendengar jawapan selamba daripada rakannya itu memandang Jeno tidak percaya

DAH TAHU ?!

dah tu ?! Apa function dia call parents Jeno malam ii buta semata-mata nak bagitahu Jeno pasal ni dah kalau mamat tu dah tahu ?!

" SUDAH LAH KAU ! " segera dia bangun dari duduk dan segera keluar daripada pejabat rakannya itu.

Jeno yang memandang itu pelik

Aik ? Marah ?

" ish mana perempuan ni ? Aku call tak reti betul nak angkat " marah Younha. Mana taknya ? Dah nak dekat 10 kali dia call Junghee tapi tak di angkat ii

" Younha ? Buat apa kat sini ? Tak pergi lunch lagi ke ? " sapa Taeyong tiba ii. Untung secretary dia ni tak ada penyakit jantung.

" eh ? Bos ? Ouh saya nak pergi lunch la ni. Tapi tulah. Saya call Junghee dari tadi tak dapat ii. Katanya tadi nak pergi beli roti kejap. Sampai sekarang tak muncul ii ni " adu Younha. 

" lunch dengan saya jelah. Kesian saya tiada kawan nak borak " ajak Taeyong secara tiba ii

Younha memandang bosnya itu pelik. Sakit ke bos dia ni ?

" kalau awak tak nak sudah. Saya baru ingat nak makan sushi- "

" okay bos. Jom ! " segera dia tarik tangan Taeyong pergi. Sushi kot ! Mana boleh dibiarkan !

Sorry Junghee. But sushi number 1 !

" awak kenapa ? Tak sihat ke ? " soal Tuan Lee hairan. Dari tadi dia perhati. Isterinya ini asyik termenung sahaja.

" tak. S-saya rasa tak sedap hati lah... "

" perasaan awak je tu. Takde pape lah. Jangan difikirkan sangat. Jom makan. Saya laparlah " ajak Tuan Lee. Cuba meredakan kerisauan yang melanda isterinya itu

Baru sahaja kedua pasangan itu mahu bergerak ke dapur. Tiba ii telefon milik Puan Lee berdering.

" Ya Jeno ? kenapa tiba ii call ni ? " soal Puan Lee bersama senyuman di wajah. Tuan Lee di sebelah sudah memandang isterinya pelik. Ha sudah. Kenapa muka macam nak nangis ni ?

" K-kamu dah jumpa Junghee ? " soalnya bersama air mata yang sudah mengalir. Puan Lee tekup mulutnya tidak percaya. Begitu juga dengan Tuan Lee

" tapi apa sayang ? " Soal Puan Lee pelik. Apa tiba ii tapi tapi ni ?

Tuan Lee yang setia menunggu isterinya berbicara itu mula panik apabila Puan Lee tiba ii melepaskan telefonnya jatuh ke lantai. Bagai tiada daya lagi, Puan Lee turut jatuh ke lantai bersama air mata yang kian mengalir. Apa yang terjadi kepada anak perempuan mereka ?

foodpanda » huang lucasWhere stories live. Discover now