2.0

216 69 94
                                    

Cullen duduk disebelah bondanya di atas sofa kerana ada benda dia ingin bualkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Cullen duduk disebelah bondanya di atas sofa kerana ada benda dia ingin bualkan.

"Bonda, bila Zullien nak balik? Berapa lama dia nak kena perhatikan si Maya tu? Untuk apa dia lama-lama dekat bumi?" soal Cullen.

"Untuk pastikan Maya lupakan Asta." Balas Pemaisuri Althilia iaitu bonda kepada Zildan Asta dan Cullen Emrys.

"Beria."

"What do you mean, 'beria' what?" Ratu Althilia mengangkat kening kirinya.

"Yelah...beria nak kena pastikan Maya lupakan Asta. Ayahanda dah buat Asta hilang ingatan, lepastu nak hilangkan ingatan Maya dengan cara macam tu? Ergh...i think this family very stupid-"

Ratu Althilia sudah menjegilkan matanya dan ingin membebel tetapi dipotong oleh Cullen.

"-kecuali bonda dengan Asta." Cullen tersengih.

"So, you nak kata yang your ayahanda and your big brother are stupid?" Cullen mengangguk.

"How dare you? Why you so rude my young son?" Berkerut dahi bonda Cullen.

"Eh betul apa? Cullen berani kerana benar. Siapa yang ajar? Yes, ayahanda. Kenapa ayahanda sanggup ambil ingatan yang paling berharga bagi Asta? Tu kan kenangan terindah dia? Apa salah Asta? Sebab dia disentuh oleh manusia bumi? Tapi sebenarnya ayahanda yang menukarkan Asta menjadi debu selepas dia menyaksikan perbuatan Maya malam itu kan? Betul tak bonda? Asta jadi debu hari itu sebab itu kuasa ayahanda kan? Ayahanda hukum Asta kan?" soal Cullen bertubi-tubi.

"Yes. Itu kuasa beta." Suara garau yang mendalam itu membuatkan kedua anak-beranak itu sedikit terkejut. Cullen menoleh memandang Raja Altair yang berdiri megah di belakang sofa yang mereka duduki itu.

"Kenapa anakanda? Cullen ingin membangkang segala perbuatan beta, ke?" soal Raja Altair.

"Yes. Kenapa ayahanda buat semua ni? Bagi penjelasan." Cullen berdiri memandang ayahnya. Ketinggian Cullen lebih tinggi daripada Raja Altair. Dia memeluk tubuh.

"Beta nak nikahkan Zildan Asta dengan Arthemis Elara."

"Who is she?"

"Moon Princess."

"Tapi orang yang cintakan Asta tu Maya. Kenapa kena ada orang lain yang datang dalam hidup Asta? Why ayahanda nak kena atur hidup dia? Asta dari dulu tak pernah susahkan ayahanda. Dia pun ada hidup dia sendiri. Selama ni, Asta memang dah cintakan Maya. Siapa pulak Arthemis tak guna tu?" Dengan berani Cullen berkata.

"Jadi, kamu nak gantikan tempat Asta? Kamu nak berkahwin dengan Arthemis?" soal Raja Altair dengan tenang.

"No."

"Kalau kamu kata nak sekalipun, dia tak nak dekat kamu. Dia mahukan Asta."

"Kenapa pula? Sepatutnya ayahanda kahwinkan Elara tu dengan Zullien! Zullien kan anak sulung? Dia bakal raja, kan?" soal Cullen geram.

"Ini soal perasaan. Perasaan Arthemis Elara ada dekat Asta. Dia pilih Asta."

"Soal perasaan? How about Asta's feeling? Siapa anak ayahanda sebenarnya?" Sinis.

Raja Altair terdiam. Ratu Althilia menahan gelak. Dia tidak menyokong sesiapa tetapi dia memang tahu perangai anak bongsunya yang kuat berdebat dan selalu nak menang. Tetapi bila dengan bondanya, Cullen Emrys akan kalah dan selalu mengalah.

"Siapa Arthemis?"

Mereka bertiga memandang ke arah Asta.

"Oh, dia bakal-"

"Tak payah dengar. Jom main ngan bintang." Cullen menarik tangan Asta dan sempat menjeling Raja Altair.

"Jom! Jom! Jom! Aku rasa macam dah 5 tahun tak main." Asta bersorak gembira dan mengikut langkah Cullen.

Jangan pelik kenapa abang lagi childish dari adik. Memang tu fakta kalau in real life. Adik lagi matang dari abang tu benda biasa.

Raja Altair mengeluh geram dan memandang suri hatinya.

"Awak tengoklah anak aw-"

"Anak awak juga." Ratu Althilia terus bangun dari sofa dan berlalu pergi.

💫💫💫

Maya bergambar bersama Zein dibawah pokok bunga sakura. Debunga yang berguguran itu membuatkan latar belakang gambar mereka menjadi lebih cantik.

Ketika berselfie pula, Zein menarik bahu Maya supaya merapatinya agar nampak lebih mesra. Maya berdebar rasanya apabila Zein bertindak seperti itu.

"Nak makan waffle panas tak? Sekarang tengah sejuk, best apa kalau makan waffle." Cadang Zein.

"Boleh juga, tapi kat mana ada jual?" soal Maya.

"Tu..." Zein memuncung ke arah Food truck yang baru buka di hujung sana.

"Wah...jom pergi sana!" Maya menarik tangan Zein dengan teruja.

Zein mengikut sahaja langkah Maya. Dia menyembunyikan senyuman sinis.

💫💫💫

Cullen merenung tajam ke arah Zein dari jauh. Sakit sahaja hatinya melihat Zein yang cuba mendekati Maya.

"Kau pandang siapa tu? Orang bumi? Kau berminat ke nak turun ke bumi?" soal Asta. Bintang-bintang mengelilingi Asta dan seakan menari gembira. Walaupun di bumi sekarang waktu siang. Di langit mereka sekarang waktu malam. Siang akan datang setahun sekali sahaja.

Sejak Asta kembali pulih, bintang turut kembali berkerdipan.

"Kau tak ingat dia?" Cullen menunding jari ke arah Maya yang sedang gelak ketawa bersama Zein sambil makan waffle.

Asta memandang ke arah Maya.

"Oh...tu Maya, kan?" Asta memandang Cullen.

"Kau ingat dia tak?" soal Cullen lagi.

"Erm...ingat, tapi macam tak ingat. Kenapa?"

Cullen berdecit. "Ish! Dia tu adalah orang yang paling kau cinta!" Jawab Cullen dengan geram.

"Ha? Paling aku cinta? Aku jumpa dia pun tak. Aku kenal nama je."

"Lembab. Cuba kau fikir, macam mana kau boleh tahu nama dia? Sebab apa kau nak tahu nama dia dulu? Sebab kau sendiri yang siasat kan? Sebab kau dah cin-"

Asta tiba-tiba pengsan dan Cullen pula ditahan oleh pengawal istana. "Lepaskan aku lah!" Cullen memberontak ingin dilepaskan. Asta dibawa ke dalam biliknya.

"Maafkan patik, kami hanya menuruti perintah Raja Altair. Dia mengarahkan kami untuk menahan Tuan Putera Cullen Emrys jika membuka cerita tentang manusia di bumi pada Tuan Putera Zildan Asta." Kata salah seorang pengawal istana.

"Ceh." Cullen mengeluarkan magicnya. Mata kirinya berubah menjadi ungu terang bercahaya. Dia meneleport kan diri ke dalam bilik Asta.

Cullen tersenyum sinis, hanya dia mempunyai pelbagai kuasa kerana dia pewaris terakhir kerajaan langit. Sepatutnya keluarga mereka dipanggil sebagai kerajaan bintang. Tetapi disebabkan atuk pin mereka taksub sangat dengan langit, sampai nama kerajaan pun dia tukar langit.

Cullen memandang Asta yang terbaring dan tidak sedarkan diri.

'Aku akan kembalikan ingatan kau Asta.'

1:05am , 19 oct 2021

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now