6.0

115 22 17
                                    

"Ini rumah kau ke? Kau tinggal seorang je ke?" soal Cullen.

"Dah besar, tinggal seorang jela."

"Kenapa tak tinggal je dekat rumah lama tu?" soalnya lagi.

"Banyak memori yang membuatkan aku susah nak move on. Lagi-lagi dekat atas atap bilik rumah aku tu."

"Oh faham." Cullen mengangguk sekali.

"Duduklah dulu dekat meja makan tu. Kau boleh makan makanan manusia tak?" soal Maya.

"Boleh. Tapi tak pernah."

"Nanti kau makan eh masakan aku. Aku nak pergi mandi kejap."

"Oh ok-"

"Meow." Cullen melompat ke atas kerusi kerana terkejut ada seekor kucing putih menggeser bulunya di kaki Cullen.

Cullen memandang Maya. "Benda apa ni? jauhkan dari aku. Geli."

Maya tertawa kecil lalu mendukung kucingnya itu.

"Nama binatang ni kucing. Dia manja sikit." Kata Maya.

"Oh."

'Comel nak mampus kucing tu.'

"Jangan risau, dia tak ganas. Aku masuk bilik dulu." Maya meletakkan kucingnya dibawah dan terus berlalu pergi.

"Woi kucing! Kau boleh bercakap tak?" soal Cullen naif.

"Comel la kau ni, nak bagitahu bonda...hm." Cullen mendekati kucing itu dan menggosok kepalanya.

"Eee gebunyaaaa...!" Cullen memeluk kucing itu erat.

Cullen bermain dengan kucing itu dengan gembira, tiba saja kemunculan Maya terus dia mencampakkan kucing itu ke tepi.

"Dah siap mandi! Nak tolong aku masak tak?" Soal Maya.

"Tak nak."

"Baiklah tuan putera."  Maya terus berlalu ke dapur untuk memasak.

Setelah beberapa puluh minit Maya berperang di dapur untuk menyediakan makanan untuk Cullen akhirnya siap juga terhidang.

"Apa benda kau masak ni?"

"Salmon creamy butterscotch." Jawab Maya sambil tersenyum manis.

"Pelik pelik je nama." Cullen terus mengambil garfu dan mencuba makanan yang dimasak oleh Maya tersebut.

Cullen terdiam. Matanya bersinar dan mulutnya tidak mengeluarkan kata-kata, yang bergerak hanya tangan menyuap dirinya makan tanpa memandang kiri dan kanan.

"Kenapalah kat istana takde makanan macam ni! Patutnya kau jadi tukang masak kat tempat aku."

"Ewah engkau." Maya bercekak pinggang dan menjeling Cullen. Cullen hanya mengabaikan jelingan Maya dan meneruskan makan.

💫💫💫

"Kanda, tolonglah pujuk Cullen pulang." Rayu ratu Athilia.

"Biarkan dia hidup dengan pilihan dia. Macamlah dia boleh bertahan dengan kehidupan di bumi yang tidak seberapa tu."

"Nampak sangat tak kenal dengan perangai anak sendiri. Cullen sekali dia berkata dan bertindak dia tak akan pernah berpatah balik kecuali dia sudah mencapai tujuannya." Ratu Athilia menjeling tajam pada Raja Altair.

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now