8.0

73 17 1
                                    

"Maya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Maya. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau." Cullen menarik tangan Maya untuk duduk di meja kosong bahagian belakang cafe.

"Pahal? Nanti ada customer macam mana?"

Tanpa basa basi Cullen menggunakan kuasanya untuk menghentikan masa. Hanya dia dan Maya sahaja yang dapat bergerak dan bicara.

"O-ok." Maya terdiam seketika dan menarik kerusi untuk duduk.

"Ada dua berita dari kerajaan langit yang aku dapat. Satu berita buruk dan satu lagi berita baik. Berita baik tu, Asta tak jadi kahwin dengan puteri bulan, sebab Zullien yang gantikan tempat Asta."

"Serious ke ni? Maknanya aku ada peluang besar la nak dapatkan Asta balik?" Soal Maya dengan teruja.

"Jangan suka sangat, berita buruknya Raja Altair nak lenyapkan ingatan Asta buat selamanya." Cullen menyerabutkan rambutnya kerana runsing memikirkan hal yang dia tidak mahu terjadi.

"Habis tu takde cara ke nak hentikan ayah kau tu?" Soal Maya yang mula risau.

"Aku tak tahu. Tapi aku pasti bukan sekarang ayahanda akan lenyapkan ingatan Asta, sebab nak lenyapkan ingatan seseorang kena pada tarikh kelahiran target tersebut."

"Bila hari jadi Asta?" Soal Maya lagi.

"Minggu depan." Cullen menunduk.

Maya terdiam.

"Arghh serabutnya fikir pasal ni. Nak tak nak aku kena halang ayahanda buat kerja gila ni." Tiada respon diberikan untuk Cullen.

Cullen mengangkat kepalanya dan melihat Maya teresak menangis. Segera dia bangun dan memeluk Maya.

"Shh, aku ada. Aku akan tolong kau walau apa cara sekalipun. Aku tak suka la tengok orang nangis macam ni." Cullen mengesat air mata Maya.

"Aku punca. Kalau aku tak sentuh dia haritu, semua ni takkan jadi."

"Kau salahkan diri kau pun, takkan dapat ubah takdir dan tak boleh putarkan masa, Maya." Cullen memujuk Maya dengan lembut, sambil itu dia membantu Maya untuk mengikat rambut.

"Dah, gi dapur sana." Maya akur dan terus bergerak ke dapur. Cullen memetik jarinya dan keadaan kembali seperti biasa.

Cullen memandang tangannya yang mengikat rambut Maya itu tadi, lalu dia menghidu tangannya sendiri dan tersenyum.

Bau sakura.

💫💫💫

"Bonda, semalam kita ada berbual ke?" Soal Asta.

Sudu yang dipegang Ratu Athilia terlepas dari tangannya kerana sedikit terkejut mendengar soalan Asta tadi.

"A-asta? Kamu lupa atau bergurau je?" Soal Ratu.

"Asta tak ingat." Asta menunduk.

"Maya ingat?"

"Maya? Siapa?" Asta memandang bondanya dengan hairan.

Ratu Athilia bangun dari bangkunya dan mendekati Asta lalu dahi Asta dikucup olehnya.

"Sayang, manusia di bumi yang kamu pernah jumpa tu, nama dia Maya. Kamu tak ingat sedikit pun?" Soal Ratu dengan lemah lembut.

"Oh! Maya! Asta hampir lupa nama dia bonda. Untung bonda ingatkan." Asta memeluk bondanya erat.

Ratu Athilia menghela nafas lega. "Okay sayang makan dulu, bonda nak naik atas kejap, okay?"

Asta mengangguk dan menyuap makanan ke mulutnya. Wajah Ratu Athilia berubah garang dan segera menuju ke biliknya. Setelah masuk ke dalam bilik, dia melihat Raja Altair duduk di atas katil sambil membaca sebuah buku.

"Kanda. Adakah kanda benar-benar bertindak untuk melenyapkan ingatan Asta tentang Maya?"

"Adinda sayang, melenyapkan ingatannya hanya boleh digunakan pada tanggal lahirnya sahaja, dan kenapa muka awak merah merah ni?" Soal Raja Altair.

"Asta hampir lupa nama Maya."

"HAHAHA bagus lah tu, tak payah susah susah beta nak gunakan kuasa beta ni."

"Saya takkan biarkan awak buat macam tu dekat Asta. Sampai hati awak nak buat macam tu dekat anak sendiri? Kenapa awak benci sangat dengan Maya? Sebab dia manusia bumi? Bukan ke abang angkat kesayangan awak dulu kahwin dengan man-"

"Athilia! Cukup!" Ratu Athilia tersentak dan sangat terkejut dengan jerkahan suaminya itu.

"Disebabkan dia berkahwin dengan manusialah dia pergi tinggalkan beta! Dia dilarang kembali ke istana dan mendapat khabar dia dibunuh oleh tentera di bumi sana! Beta bukan suka suka membenci akan sesuatu. Beta benci manusia yang merampas orang kesayangan beta selama ini. Dia satu-satunya abang yang beta ada."


"Abang Arlett, kenapa kita tak boleh turun ke bumi? Altair teringin nak tahu apa ada disana." Soal Altair ketika berumur 10 tahun.

"Boleh je kalau nak turun, tapi jangan sampai ayahanda tahu." Arlett iaitu abang angkat Altair mengenyit matanya dan tersenyum.

Dia membawa Altair turun ke bumi untuk bersiar-siar. Wajah Altair jelas gembira kerana banyak taman permainan yang berbeza dengan di istana.

Arlett terpana melihat seorang gadis cantik dan mula jatuh cinta dengan manusia. Arlett tidak pernah memberitahu perasaannya kepada sesiapa termasuk Altair.

Sejak mereka pulang ke istana, Altair jarang bertemu dengan Arlett kerana abangnya itu sering diam diam turun ke bumi untuk bertemu dengan gadis yang dicintainya.

Beberapa tahun berlalu...

Usia Altair ketika ini beranjak 17 tahun dan Arlett pula berusia 21 tahun. Keadaan istana riuh rendah dan 2 pengawal membawa seorang gadis bumi berhadapan dengan Raja Arippin.

"Jadi, inilah gadis yang kau suka?" Soal Raja Arippin kepada Arlett. Arlett mengangguk ia.

"Kamu tahukah bahawa kita tidak boleh bercampur darah dengan makhluk lain selain makhluk di angkasa ini?"

"Ayahanda, patik tahu semua itu. Tetapi patik mohon. Izinkan patik bernikah dengan Marlyna."

"Tidak!"

Arlett bersujud dan memohon.

"Patik mohon..."

"Jika itu yang kamu mahukan, nyahlah engkau dari sini dan jangan pernah lagi engkau menjejakkan kaki ke langit lagi. Turunlah ke bumi dengan hina!" Mereka berdua dibawa pulang ke bumi.

Sebenarnya itu silap besar Raja Arippin yang tidak mahu mendengar penjelasan dari Marlyna, sekiranya dia tahu bahawa Marlyna ialah seorang puteri diraja dibumi pasti mereka mendapat restu dan boleh mengubah generasi berikutnya.

Sejak hari itu, Altair tidak lagi pernah bertemu dengan Arlett. Dan lebih menyedihkan lagi dia mendapat berita bahawa Arlett dibunuh oleh tentera kerajaan Marlyna sendiri.

Dia berdendam dengan manusia kerana pengkhianatan.

"Sedangkan, abang beta cinta mati terhadap Marlyna. Namun itu yang dia dapat dari gadis yang dia cintai." Raja Altair mengeluh berat.

"Tetapi kanda-"

"Cukup Athilia! Tinggalkan beta sendirian disini." Tegasnya.

Ratu Athilia hanya akur dan keluar dari bilik meninggalkan Raja Altair sendirian.

18:17pm , 13 April 2023

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now