Epilog.

52 15 7
                                    

Maya mencelikkan matanya, dia tertidur sambil menggenggam tangan Asta. Dia sedikit terkejut kerana kepalanya diusap lembut oleh Asta.

Asta tersenyum manis memandang Maya yang sudah sedar dari lena, "Hi—" Maya terus memeluk erat tubuh Asta sambil menangis.

"Yosh, yosh. I'm here." Asta membalas pelukan dan mengusap kepala Maya dengan lembut.

"Aku sayang kau tahu tak?!"

"Tahu, tahu."

"Kau dah lah hilang macam tu je, 5 tahun aku tak move on tau!"

"Hm, hm." Asta tersenyum dan masih memeluk Maya.

"Pastu jumpa balik kau lupa dekat aku, sakit hati aku tahu tak!"

"HAHAHA! Bukan salah aku, salah ayahanda la, kan Cullen?" Asta memandang Cullen yang berdiri kaku di depan pintu bilik Asta.

"Eh, Cullen?" Maya baru perasan bahawa Cullen sudah lama berdiri di sana.

Cullen mengangguk dan tersenyum nipis.

"Cullen sinilah." Panggil Maya.

"Nak pergi dapur jap, lapar." Cullen tersengih dan terus meninggalkan mereka berdua.

Cullen berdiri di balkoni halaman taman bunga sambil merenung langit lalu tersenyum dan terduduk.

"Aku yang buat dorang kembali balik, kenapa hati aku yang sakit." Dia tertawa hambar.

"Cullen."

Cullen tidak menoleh kerana tahu itu suara bondanya. Dengan tiba-tiba badannya ditarik ke dalam pelukan Ratu Atilia. Cullen semakin sebak kerana mungkin reaksi wajahnya mudah diteka.

"Bonda dah agak Cullen mesti sukakan Maya jugak."

"Bondaaaaa..." Cullen memeluk Ratu Atilia dengan sangat kuat dan menangis.

"Cullen— Cullen taknak suka dekat Maya, tapi Maya selalu baik dengan Cullen walaupun Cullen selalu jahat dekat dia."

"Dah, dah...shh, takpe bonda faham, bonda ada kat sini untuk Cullen okay?" Ratu Atilia mengusap lembut badan Cullen.

"I love you bonda. Bonda always be my first love."

"Aww bintang kecil bondaaa...dah jangan nangis okay! Jom teman bonda buat biskut." Ratu Atilia meleraikan pelukan dan mengesat air mata Cullen.

Mereka berdua berjalan ke dapur sambil berpegangan tangan dan kembali ceria seperti biasa.

Asta dan Maya berjalan-jalan di tempat kegemaran Asta. Tempat dimana dia selalu bermain dengan bintang dan memerhatikan Maya dari langit.

Mereka berdua bergurau, bernyanyi dan mengimbau masa lalu yang indah bersama sambil ditemani bintang.

"Banyak kan bintang? Maya pilih la satu, nanti boleh berkawan dengan dorang." Katanya sambil mengusap kepala Maya.

"Maya nak...yang ni." Jarinya ditunding ke arah Asta sambil tersenyum manis.

"My Star is you...Asta."

"COMEL GILAA!" Asta mencubit kedua pipi Maya sambil tertawa riang.

"Maya. When the night comes, will you be my sweet dreams? As a wife you should sleep beside me and we can cuddle so the nightmares don't bother us."

Maya terdiam.

"I mean, will you be my bride, wife and mother of our children in future?"

"Pft! HAHAHAHAHAAHAAH!" Maya sudah tidak tahan lagi menahan ketawa.

Maya : The Sweet Dream ✔︎Where stories live. Discover now