AZ 5

39.1K 892 13
                                    

Erina berjalan masuk ke dalam Syarikat Airil.

"Puan? Puan nak cari boss ke?" Soal seorang pekerja dengan sopan.

Erina mengangguk. Dia berasa kagum kerana pekerja-pekerja Airil sudah mengenalinya.

"Ye. Dia ada kat sini kan?" Soal Erina.

Pekerja itu menggaru kepala.

"Erkk .. boss dah keluar tadi. Dia kata ada barang tertinggal." Kata pekerja itu.

Erina senyum lalu mengangguk.

"Nah." Erina menghulurkan telefon Airil kepada pekerja itu.

Pekerja itu bingung.

"Puan tak nak tunggu Boss ke?" Soal pekerja itu bingung.

Erina menggelengkan kepala. Memandangkan dia sudah kaya, Dia sudah bercadang untuk berjalan-jalan hari itu.

"Ohh." Pekerja itu mengambil telefon Airil. Erina segera pergi dari situ.

Tidak lama selepas Erina pergi, Airil tiba di pejabatnya.

"Boss. Nah, puan hantarkan tadi." Pekerja tadi menghulurkan telefon dia.

Airil mengambil telefon itu. Dia memandang pekerja lelaki itu tajam.

"Dia pergi mana?" Soal Airil dingin.

"Tak .. tak tahu. Puan tak cakap." Ujar pekerja itu gementar.

"Tch!" Airil menghidupkan telefonnya lalu menghubungi seseorang. Dia berjalan keluar dari situ.

"Cari dia!" Arah Airil tegas lalu memutuskan talian.

Erina duduk mengambil gambar ice cream yang baru dia pesan.

"Cik ada nak pesan apa-apa lagi? Hari ini kami ada special menu." Kata pelayan itu sambil tersenyum manis kepada Erina.

"No thanks. Yang ni pun dah cukup." Balas Erina lalu senyum.

Pelayan itu mengangguk faham lalu kembali ke kaunter.

"Ermmm .. lepas ni nak pergi mana pula ye?" Soalnya sambil makan ice cream itu.

Airil tiba di cafe ice cream itu selepas mendapat lokasi Erina dari orangnya.

Dia tidak melihat Erina di sana.

"Fuck! Aku lambat ke?" Ujarnya gelisah.

Dia menghubungi orang tadi lagi.

"Jejak dia lagi. Faster!" Arahnya marah.

Airil segera naik ke keretanya semula. Dia menuju ke lokasi seterusnya Erina.

"Dia buat apa sebenarnya? Kenapa pergi tempat-tempat macam ni?" Soal Airil.

Dia sampai di shopping mall. Dia terus menjejak lokasi Erina.

"Dia ni nak larikan diri ke shopping je?" Soal Airil keliru.

Dia masuk ke dalam sebuah kedai. Semua orang memandangnya sambil berbisik-bisik.

"Airil? Kenapa awak ada kat sini?" Soal Erina sambil mendongak memandangnya.

Airil menoleh melihat Erina di sebelahnya.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Airil.

"Beli pakaian dalam." Jawab Erina.

"Pa ..." Airil melihat isi kedai itu. Pakaian dalam wanita.

Muka Airil terus merah merona. Dia menutup mulutnya.

Erina sengih.

"Awak kejar saya ke?" Soal Erina lalu menghulurkan bra yang dia mahu beli kepada Airil.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now