AZ 37

17.7K 488 6
                                    

Matahari semakin lama semakin terbenam menandakan petang sudah mahu berakhir dan berganti dengan Malam.

Seorang lelaki berhoodie hitam berdiri di hadapan sebuah Cafe. Matanya meliar mencari seseorang. Selepas menangkap susuk tubuh orang yang dicarinya dia terus berjalan mengekorinya dari jauh.

Airil memerhatikan Detektif Zack dari jauh sambil memikirkan rancangan.

Drrrfffff ..

Telefonnya berbunyi. Dia menyambut panggilan itu selepas melihat nama yang tertera.

"Hmmm? Saya balik malam ni. Sayang tak payah tunggu tau." Ujarnya dengan nada lembut.

Dia memutuskan talian selepas mendapat balasan ringkas dari Erina.

Detektif Zack masuk ke dalam sebuah bangunan. Dia sengih sinis.

"Let's end this." Gumamnya sinis.

Dia berjalan menuju ke bangunan yang sama yang dimasuki oleh Detektif Zack.

Dia masuk ke dalam. Sebaik saja dia masuk dia terus mencari Detektif Zack.

Dia sengaja membuat Detektif Zack melihatnya.

"Encik!! Tunggu!" Sebaik saja Zack melihatnya dia terus memanggil Airil.

Airil sengaja melarikan diri ke tingkat atas bangunan itu.

"Encik berhenti!" Jerit Zack sambil mengejar Airil.

Airil mengelak semua CCTV yang dia lihat. Membuat seperti Zack saja yang berada di sana.

Airil terus berjalan dengan pantas menuju ke rooftop bangunan itu.

Memandangkan bangunan itu merupakan bangunan Mall yang baru masih kurang orang yang ada di dalam.

"Heii!" Jerit Zack tidak berhenti mengejar Airil.

Airil keluar ke rooftop. Dia terus berjalan menuju ke tepi bangunan itu. Dia meletakkan kasutnya di sana lalu bersembunyi.

Zack keluar ke sana.

"Heii!!" Jerit Zack sambil melihat sekeliling. Dia ternampak kasut yang Airil letakkan di hujung atap bangunan itu.

Kelihatan seperti dia sudah melompat dari sana.

Zack segera berlari untuk melihat. Dia berhenti di hujung atap itu sambil melihat ke bawah.

"You took the bait." Kata Airil lalu menolak Zack.

Zack terjatuh dari hujung bangunan itu, tapi dia sempat berpaut pada pagar keselamatan.

"Kau!!" Jerit Zack terkejut. Jantungnya berdegup kencang kerana terlalu takut.

Airil melihat Zack dari atas sambil tersenyum sinis.

"Tarik aku naik! Aku akan pastikan kau masuk penjara! Kau tak boleh buat macam ni lagi!!" Kata Zack tegas.

"HAHAHAHA!!" Tawa jahat Airil bergema. Zack terkedu. Tidak mungkin Airil akan menyelamatkannya.

Zack mencuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri tapi dia tidak dapat kerana tiada tempat pijakan.

"Kau tak sepatutnya masuk campur hal aku." Kata Airil lalu memijak jari-jemari Zack yang berpaut pada pagar.

"Any last words?" Soal Airil sinis.

'gila! Aku memang akan mati macam ni ke?!' Zack tidak dapat berkata apa-apa kerana terlalu takut.

"No? Kau sepatutnya berterima kasih sebab aku dah bantu kau untuk dekat dengan Tuhan." Ujar Airil sinis.

Zack senyum pasrah.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now