Bab 14

12 4 4
                                    

Hari ni, Aqila bersemangat ingin ke kolejnya. Mungkin tak sabar mahu berjumpa dengan Tengku Raden. Aqila mengenakan solekan nipis sahaja kerana dia tidak suka solekan yang tebal. Rimas...

" Wahhhh, sedapnya bau nasi lemak. Akak ke yang masak. " soal Aqila lantas menuju ke meja makan.

" Haah. Akak yang masak.. Hari ni, Mak Mah jadi Mem besar. Tak payah masak. " Kata Kak Aina lantas menarik kerusi untuk Mak Mah.

Bukan mereka tak tahu Mak Mah sering mengelat nak makan bersama mereka. Segan katanya. Kak Aina menarik lengan Mak Mah menyuruhnya makan bersama.

" Ishh, kamu ni Aina. Segan Mak Mah dibuatnya. Mak Mah nak buat apa kalau tak masak. "

" Mak Mah bermanja dengan kebun Mak Mah. " gurau Aqila

' Ada-ada kamu ni Qila. Dah makan, nanti lewat sampai kolej. " kata Mak Mah

Setelah siap makan, Aqila mengeluarkan lebihan kek dari peti lalu meletakkan di dalam bekas. Nak letak dalam tupperware, takut dibebel oleh Mamanya yang hantu Tupperware. Nasib baik dia sempat lari sebelum telinganya panas. Aqila pun pelik dengan mamanya, lebik baik guna daripada simpan.

Flashback

10 tahun lepas

" Qila, Sara balik dulu tau. Ayah Sara dah tunggu. " kata Sara.

" Bye Sara, jumpa esok. " Aqila melambai-lambai ke arah Sara.

" Bye. "

" Ishh, mesti abang dah tunggu. " Aqila mengambil begnya lalu menuju ke luar kelas.

Tanpa sedar, Aqila terlupa memasukkan tupperware ibunya ke dalam beg.

" Mama, Qila dah balik. " Aqila meletakkan beg sekolah di atas sofa lalu berbaring keletihan.

" Woii budak, mandi dulu.. Dah la hodoh, takkan nak busuk pulak. " Syafiq berlari ke tingkat atas setelah di baling kusyen oleh Aqila.

" Wekkk, tak kena. " laung Syafiq dari atas.

" Huhhh, sibokk je dia tu. "

" Kut ye pun letih, pergi la salin baju dulu. Mana tupperware, mama nak basuh. Nanti berbau nasi goreng basi dalam beg sekolah. "

" Ada dalam beg tu. Mama tengoklah. " kata Aqila dengan mata terpejam.

" Mana.. Takde pun. " Puan Suri menyelongkar beg Aqila.

" Ada. Mama ni, Qila mengantuk ni. " Aqila mengambil begnya lalu menyelongkar.

Aqila menepuk dahi. " Sebenarnya...... Mama jangan marah tau " kata Aqila tersengih

" Apa? Hilang? " Puan Suri mencekak pinggang

" Ehh tak.. Tak hilang.. Ke situ pulak.. Qila ter.. Tertinggal atas meja dalam kelas.. Ter ok.. "

" Kamu ni, kamu tahu tak tupperware mama tu mahal.....  " belum sempat Puan Suri memberi ceramah motivasi, Aqila berdesup lari ke luar rumah.

" Haa, nak ke mana tuuuu.. Pulangkan tupperware mama. Ishhhh, aku belum habis cakap lagi. Bertuah punya budak. "

" Huhh, huhhh. Harap-harap bekas mama ada lagi. " Aqila mengayuh laju basikalnya menuju ke sekolah. Basikalnya dia dibiarkan jatuh tanpa rasa ingin mengangkatnya.

Aqila berlari laju menuju ke kelasnya. " Fuhhh, nasib baik ada. Selamat kau Qila, ni last aku guna bekas mama. Aku kena beli bekas sendiri. Kedai rm2 berlambak. "

End flashback

" Mak Mah, Akak... Qila pergi dulu. Kek dalam peti ada sikit lagi. Makan lah. " laung Aqila dari luar rumah.







Setelah sampai di kolej. Aqila berjumpa dengan gengnya.

" Hai aweks. " sampuk Que

" Sape awek kau. " sampuk Diana

" Ishh, korang ni. Bergaduh tak kira tempat. "  Aqila menyampuk sebelum mereka merapu panjang lebar.

" Nah, ni kek untuk korang. Makanlah, jangan puji sebab aku tahu aku buat memang sedap. Makan tu diam-diam je ye. " kata Aqila sambil flip hair.

" Ermm, Que.. Kau dengar tak bunyi cengkerik bercakap tadi. " kata Diana tertunduk-tunduk mencari suara yang bercakap tadi.

" Haahlah, nanti aku tolong kau cari suara tu. Lepas aku makan kek. " Que merampas bekas dari tangan Aqila lalu berlari menuju ke kelas mereka.

" Woii, tunggu aku. Aku pun nak jugak. " Diana melarikan diri daripada Aqila yang bila-bila masa boleh meletus.

" Tak guna punya kawan. " Aqila menghentakkan kakinya setelah mendengar bunyi hilaian ketawa daripada mereka berdua.

" Hai Qila, kenapa berdiri dekat luar pintu dengan muka masam ni. " kata Kimi dengan sengihan nakalnya.

" Takde ape. Ni korang dah nak masuk kelas ke. " kata Aqila menukar topik.

" Haah, ape tu kat tangan. " soal Danish pula.

" Ohhh, nah kek untuk korang. Makanlah, Qila buat sendiri tau. " Aqila menyerahkan bekas kepada Danish. Mata Aqila bertembung dengan mata Tengku Raden yang dari tadi mendiamkan diri.

" Yang ni bagi dekat Arif tau. Kenal kan Arif? "

" Kenal sang..... Auchh " terasa sakit di bahu Danish akibat cengkaman kuat oleh Kimi.

" Ok lah. Qila masuk kelas dulu. Bye korang...."

Mereka bertiga menuju ke kelas mereka lalu Danish menyerahkan bekas kepada Arif.

" Yoo Arif. Kau nak kiri ke kanan. " soal Danish dengan muka selamba.

" Alahai bangang betul kau ni. Kawan sape ni, mari kutip jap. Dah sah-sah tangan kanan kau pegang bekas tu. " Kimi menunjal kepala Danish.

" Aku gurau jelah. Jangan jadi pembaris sangat. " Danish menunjal semula kepala Kimi.

Maka berlakulah sesi menunjal kepala sehingga tercabut. Ehhhh, ehhh gurau je.

" Sape yang bagi. " Soal Arif kepada Tengku Raden.

" Qila. " mendengar je nama pujaan hatinya itu, terus Arif menyambar bekas yang berisi kek. Terpejam matanya menikmati kek buatan Aqila sehingga habis licin.

" Sakit lah, dah stop.. Biul kepala aku. Nanti aku tak dapat nak jadi pewaris syarikat papa aku. " kata Kimi memegang dahinya yang kelihatan merah.

" Aku pun letih. Dah aku nak makan kek Qila. " kata Danish pula.

" Wehh, Kenapa kau makan habis kek tu. Sikit pun kau tak tinggal dekat aku. " berair mata Danish memandang bekas kosong di tangan Tengku Raden.

" Sampai hati kau Raden. Bukan ke kau tak makan manis ke. " soal Kimi hairan.

" Entah, aku lapar.. Jadi aku makan. " kata Tengku Raden tanpa rasa bersalah.

" Kau pun sama Arif. Licin kau makan. Tak nak kawan dengan korang. " kata Danish merajuk.

" Dah korang kata untuk aku. Aku makan jelah.. Tak kata suruh simpan. " Arif membuat muka tidak bersalah.

" Dah, aku pun taknak kawan dengan korang. Nish, tunggu aku. Kita kawan dua.. " Kimi duduk di tepi Danish.

" Macam budak-budak. " kata Arif dan Tengku Raden serentak lantas mereka berdua ketawa.

Cintai Aku Seadanya (Hiatus)Where stories live. Discover now