8↬

37 14 1
                                    

"Bluek", aku mengeluarkan segala isi perutku. Kebelakangan ni, aku selalu berasa mual dan juga lemah.

Period aku pun dah lama tak datang. Aku buat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

" Lee youngmi", panggil jururawat yang bertugas di kaunter itu. Aku bangun dari dudukku dan masuk ke dalam bilik doktor Jeonghan.

Selepas doktor Jeonghan selesai memeriksaku, wajahnya berubah. "cik youngmi ada buat persetubuhan ke sebelum ni?", Tanya doktor jeonghan membuatkanku terkedu.

"uhm.. ", aku hanya mengangguk. "Cik mengandung 2 minggu", kata doktor itu menanggalkan kaca matanya. Aku tersentak.

Jadi.. bayi ni bayi seungcheol?

Ya tuhan, macam mana ni ? Apa perlu aku buat?

Keluar sahaja dari hospital itu, aku masih dalam keadaan terkejut. Tidak aku sangka hanya dengan satu malam bersama seungcheol, aku boleh mengandung. (Well,  *smirk* )

Seungcheol dah takde. Siapa yang aku boleh bagitahu? Aku dahlah tak kahwin lagi, macam mana aku nak bagitahu ibu? Mati lah aku.

Gelanggang bola keranjang Namhi High School 🏫

aku berjalan masuk ke dalam dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih, kecewa dan juga buntu.

Setelah beberapa langkah ku berjalan memasuki dewan ini, dari jauh sudah aku nampak mingyu yang sedang berlatih bersama rakan sepasukannya.

"erm, mingyu!" Panggil ku lantang.

Mingyu pun memandang ke arahku lalu berlari ke anak-anakan kepadaku. "ouh, youngmi. Kenapa? Ada apa?" tanya minggu sambil mengelap peluh menggunakan tangannya.

Hujung bibirku digigit. Terasa berat mulut untuk memberitahunya tentang perkara ini.

"aku.. aku.. aku mengandung" akhirnya kata-kata itu keluar juga dari mulutku. 

"apa?" sudah aku pasti bahawa reaksi mingyu jugak sama seperti ku iaitu terkejut dan tergamam. "aku just nak bagitau kau tu je" kataku sambil mata berair. "aku tahu aku ni akan menyusahkan kau je. Takpe, aku nak pergi gugurkan anak ni. Bye" kataku lalu mula meninggalkan gelanggang tersebut.

Air mataku  jatuh. Mungkin kerana aku berasa kasihan terhadap bayi di dalam perut ku ini.

Aku memegang perutku. "aku minta maaf" kataku kepada bayi di dalam perutku sambil tersedu-sedan menangis.

Sedang aku menuju ke hospital untuk menggugurkan bayi ini, perlakuanku terbantut apabila mingyu tiba-tiba muncul di hadapan ku.

"Siapa bapa budak ni?", Tanya mingyu termengah-mengah. Aku hanya menunduk memandang lantai.

"seung.. seungcheol", kataku sambil menahan air mata daripada jatuh. Mingyu terkejut. "what?", Mingyu menutup mulutnya tanda terkejut.

"sejak bila?", Tanya mingyu lagi.

"malam masa kau kata yang aku tak balik rumah tu", kataku bermain hujung skirt ku.

"Tapi seungcheol..", kata mingyu meleret. "Aku takkan bagitahu dia. Aku akan menyusahkan dia nanti. Jadi, sebelum terlambat.. aku kena gugurkan kandungan ni", kataku dengan mata yang berkaca-kaca.

Mingyu mengelap air mataku yang mengalir.

"jangan gugurkan bayi tu" kata mingyu. "hah?" kataku pelik. "kita jaga bayi ni? Jom jadi ibu bapa yang baik untuk dia" kata mingyu menggapai kedua-dua tanganku.

"takpe ke? Impian kau? Kalau kita jaga bayi ni, kita kena lepaskan cita-cita kita, mingyu", tanyaku sedikit gusar. Kalau kami berdua putuskan untuk jaga bayi ini, mingyu perlu melepaskan impiannya untuk menjadi atlet bola keranjang.

Aku taknak mingyu jadi pak sanggup hanya disebabkan bayi ni.

"takpe, aku sanggup korbankan impian  aku. Aku akan jaga kau dan bayi ini dengan baik. Boleh kan, youngmi?" kata mingyu mengusap perutku. Air mataku mula jatuh. Terharu dengan tindakan mingyu.

"boleh kan youngmi?" tanya mingyu sekali lagi. Aku mengangguk sambil air mataku tak tumpah-tumpah jatuh. Mingyu merangkulku ke dalam dakapannya.  

"ermm.. mingyu" panggilku apabila teringat sesuatu perkara. Mingyu melepaskan pelukan. "kenapa? Kau nak apa ii ke?" tanya mingyu. "macam mana kita nak bagitahu parents kita?" tanya ku sedikit gementar.

❛ end flashback ❜

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now