18 ↬

50 11 4
                                    

𝗔ku melihat youngmi yang perlahan-lahan menghilang dari pandanganku.

dia bencikan aku

Aku tak sangka youngmi yang dahulunya selalu ceria dan gembira akan tetapi sekarang, sudah berubah.

Senyuman dan ketawa riang yang selalu dia pamerkan kepadaku sudah tiada. Aku seumpama orang asing dalam hidupnya.

Kenapa dia benci sangat dengan aku?

Kalau pasal malam itu, aku sudahpun melamarnya untuk bertanggungjawab tetapi dia sendiri yang menolak. Kenapa, youngmi?

Aku tak kesah. Mungkin pada mulanya aku rasa simpati pada anak aku, itu sebab aku nak kahwin dengan youngmi. Tapi sekarang, aku nak kahwin dengan youngmi sebab aku cinta dia.

Aku nak hargai dia setelah sekian dia berkorban demi yejin.

Walaupun dia bencikan aku, tetapi aku akan pastikan dia akan cintakan aku lepas kami kahwin nanti.

"waiter! ", Panggilku. Pekerja itu menghampiriku. "Nah, keep the change", kataku memberikan duit kepadanya lalu pergi meninggalkan cafe itu.

esoknya

"welcome, seungcheol!", Kata joshua menyambut kedatangan ku dengan riang.

Aku memeluknya. Dia membalas pelukanku.

"seungcheol lama dah aku tak jumpa kau", katanya. Aku mengangguk tanda setuju dengan katanya.

"Yup, dekat lebih 3 tahun kan? Kau sekarang apa cerita?", Tanyaku mula melabuhkan punggung pada sofa.

"alah, macamtu je lah", katanya. "ha kau? Dah kahwin?", Tanya dia. "Tak lama lagi", kataku.

"wait what? Seungcheol, kau tak bagitahu aku pun?", Kata Joshua terkejut." Kan aku tengah bagitahu kau sekarang ni", jawabku sambil menghirup kopi panas itu.

"Siapa do perempuan tu?", Tanya Joshua curiga.

"nanti kahwin aku kenalkan lah kau dengan dia", kataku ringkas. "alah kau nak rahsia ii pulak", cebik joshua. Aku hanya ketawa kecil.

Selepas beberapa jam berbual bersama joshua, aku meminta diri ingin pulang. Dan aku nak jumpa youngmi. Aku akan paksa juga dia kahwin dengan aku.

Sampai sahaja dia tingkat 6, aku masuk ke dalam jabatan pengurusan itu. "excuse me, youngmi dekat mana?", Tanyaku kepada beberapa pekerja wanita di situ.

Mereka kelihatan terpegun denganku. Well aku tahulah aku tampan. (Ye, author setuju)

"dekat pantri", jawab salah seorang dari mereka tergagap-gagap.

"terima kasih", kataku kedengaran agak gentleman di situ.

Aku menghampiri pantri. "lawaklah encik wonwoo ni", aku terdengar youngmi tergelak ketawa di dalam.

Encik wonwoo? Apa yang diorang berdua buat dalam tu?

Aku menerjah masuk. Sudah semestinya youngmi kelihatan terkejut dengan kehadiranku.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Donde viven las historias. Descúbrelo ahora