15↬

48 11 4
                                    

choi seungcheol pov

Selepas beberapa tahun bekerja dan menubuhkan syarikat sendiri, aku dapat membeli semula rumah lama kami sebelum kami pindah ke London 6 tahun lalu.

Aku membuka pintu rumah tersebut. Gelap menghiasi keadaan sekeliling rumah itu.

Aku naik ke tingkat atas di mana terletaknya bilik tidur lamaku.

Tombol pintu bilik itu aku pulas. "uhuk ii", batukku apabila masuk ke dalam bilik. Habuk terlalu banyak.

Bilik tidurku masih sama seperti sebelumnya cuma agak berhabuk dan perabot di dalam ditutupi kain putih agar tiada habuk melekat padanya.

Meja belajarku aku usap. Sudah lama aku tidak menulis di meja ini.

Mataku tertancap pada sebuah kotak kayu berwarna putih di sebelah meja. Aku ambil kotak itu lalu membukanya.

Terdapat beberapa pucuk surat dan gambar ii kenangan lampau di dalamnya. Surat-surat itu aku keluarkan.

"uhm? Daripada mingyu? 2015? Eh, tu enam tahun dulu. Macam mana surat ni boleh ada dekat sini?", Tanyaku sendiri.

Surat itu aku buka.

Dear seungcheol,

Apa khabar? Kau sihat? Aku kat sini dengan youngmi rindu kau sangat ii. Bila kau nak balik Korea? Kau tak rindu kitorang ke?

Sebenarnya tujuan aku hantar surat ni adalah aku nak bagitahu kau sesuatu. Walaupun orang yang memberikan amanah kat aku suruh jangan bagitahu, tapi aku rasa aku kena jugak bagitahu kau. At least kau kena tahu.

Kau tahu kan youngmi? Aku tahu kau suka youngmi. Tapi kau tahu tak yang youngmi pun sukakan kau?

Dia sukakan kau sejak kau tolong dia masa dia jatuh dari basikal dulu. Kau ingat tak?

Malam masa kau patutnya jumpa youngmi tapi kau tak jumpa dia, semuanya sebab kau nampak youngmi peluk aku kan?

Well, tu sebab dia tengah comfort aku. Aku baru kena reject waktu tu. Sedih kut. Alah kau ni.. lain kali tanya dulu. Jangan rushing ii. Kan dah salah faham.

Aku nampak kau masa aku peluk youngmi. Tapi tak sangka pulak kau akan salah faham. Kau tahu tak betapa kecewanya dia bila kau kata tak jadi nak jumpa malam tu?

Malam yang hujan lebat tu, dia datang jumpa kau. Dia kata dia kena juga jumpa dengan kau sebab dia risaukan kau.

Aku tak sangka plak malam tu kau buat benda tu dengan youngmi. Dan sekarang dia dah mengandung. Aku harap kalau kau baca surat ni , kau jumpalah dengan youngmi.

Aku akan kahwin dengan dia demi bayi dalam perut dia tu.  Aku harap kau cepat ii lah pulang, kau perlu bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat, seungcheol.

Itu je aku nak cakap. Aku sertakan sekali kad kahwin aku dengan youngmi untuk kau. Harap ii majlis tu kau datang supaya kau boleh ambil youngmi dan jaga anak kau.

dari, kawan baik kau,
Kim mingyu


Jadi mimpi pada malam tu bukan sekadar mimpi?  Youngmi betul-betul sukakan aku? Aku tak pakai baju and 'wain' yang tumpah tu...

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now