☆彡彡 01 ミミ☆

22.3K 194 6
                                    

Aku menggigit bibir sendiri

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


Aku menggigit bibir sendiri. Mata tekun merenung skrin telefon pintar di tangan. Website 'Find Your Gigolo's Here!' terpampang di situ. Memang kerja gila! Satu persatu profile lelaki-lelaki kacak memenuhi skrin telefonnya.

Tapi tiada yang terkenan di hati!

Aku angkat wajah. Untuk ke 10 kalinya. Suamiku sedang membuat kerja di Ipadnya. Berlunjur kaki di sofa panjang ruang tamu rumah kami. Langsung tiada reaksi cemburu di muka itu.

"Kenapa you asyik pandang ke sini? Kan I dah kata, cari saja mana-mana lelaki yang you nak. I tak kisah. In fact, I boleh tolong langgankan untuk you." Ucap Louis tanpa berkutik sedikit pun. Jari panjang masih membelek Ipad di tangan.

Aku menghela nafas panjang. Hatiku bagaikan direntap kuat dengan muka suamiku yang langsung tiada perasaan itu. Kenapa kami boleh menjadi seperti ini? Walhal waktu zaman persekolahan dahulu, kami bagaikan belangkas. Langsung tak boleh berenggang sesaat pun.

Sudah tiga tahun berlalu semenjak kami menjadi suami isteri yang sah. Sepanjang tempoh itu, suamiku berubah 360°. Tiada lagi kata-kata cinta. Tiada lagi kejutan yang mendebarkan hati. dan... tiada lagi sentuhan yang amat aku dambakan.

Love-making. Bahasa mudah, seks.

Sejurus sahaja kami berkahwin, Louis langsung tidak menyentuhku. Itu merupakan perubahan yang paling drastik kerana...

kerana... sewaktu kami bercinta, kami bagaikan sex addict yang langsung tak boleh biarkan satu hari tanpa melakukan seks. Ya. Kami bagaikan tidak bosan melakukannya hari-hari. Kerana seks bukan sekadar seks bagi kami. Tapi ia merupakan bahasa cinta.

Jadi...

Maksudnya, Louis sudah tidak cintakanku setelah kami berkahwin. Dia enggan menyentuhku. Malah, kami tidur berasingan. Yang paling aku kejutkan, Louis menjadi lelaki yang dikelilingi perempuan. Hatiku menangis setiap hari. Walaupun dia sakitiku, tapi aku tidak boleh membencinya. I'm a fool!

Dengan penuh sambilewa, aku slide profiles yang ada. Tiba-tiba aku tertangkap satu profile lelaki yang memiliki sepasang anak mata yang begitu mendamaikan jiwa. Hijau. Sungguh cantik. Aku mula membaca biodata lelaki itu.

Elijah Evans, 24 tahun. 6 kaki 2 inci.

Namanya cantik. Persis matanya yang mendamaikan hati. Dan, oh? Dia lagi muda dariku. Umurku sudah mencecah 26 tahun. And wow, he's so damn tall. Sama seperti... Louis. Ah! Let's not think about your husband, Bella!

Kemudian, aku baca apa yang dia gemari.

Cooking, sports, working-out.

HER GIGOLO [18+]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt