☆彡彡 15 ミミ☆

10K 235 6
                                    

"Shit! Shit! Shit!" Elijah berasa sungguh kesal. Saat dan ketika inilah teksi langsung tidak lalu di kawasan itu! Bas? Lambat lagi! Patutnya dia ambil sahaja kereta yang ditawarkan oleh Bella. ARGH!!!

Segala kekesalan mula menandang di hatinya. Kalau saja dia tak confess perasaannya terhadap Bella, pasti sekarang ini Bella selamat bersamanya!

Elijah! You're stupid man!

Dia mula menendang tiang di situ. "Apa patut aku buat ni?" Dia menarik kuat rambutnya sendiri. "My darling..." Dia betul-betul berharap tiada apa-apa yang akan berlaku kepada kekasih hatinya itu. Dia hampir saja ingin berlari ke sana tetapi,

Bagaikan tuhan mendengar rintihannya, sebuah kereta berhenti tepat-tepat di depannya.

"Encik Elijah?"

Seorang wanita menurunkan tingkap keretanya. "Awak nampak macam perlukan tumpangan?"

"Cik Christina?"

Wanita itu mengangguk.

Walaupun Elijah merupakan seorang atheist, dia tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuhan kerana menghantarkan pertolongan kepadanya di saat-saat genting seperti ini. "Oh God! Yes! Yes! Thank you so much!" Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu.

"Macam mana you boleh tahu I ada kat sini? More importantly, macam mana you kenal rupa I?" Elijah pelik kenapa Christina mudah mengenalinya walaupun mereka hanya bercakap melalui panggilan telefon sahaja.

"Saya rasa... ini bukanlah masa tepat untuk bahas soal ini. Don't you think?" Christina jungkit alis matanya.

"Right! Let's go now!!!" Dia dengan laju memakai tali pinggang keselamatan.

Christina tersenyum sekilas dan mula menekan pedal minyak. "Pegang kuat-kuat."

‧͙⁺˚*・༓☾ ☽༓・*˚⁺‧͙

"Aahh!" Bella meringis kesakitan. Dia cuba memegang perutnya yang ditendang oleh Sandra tapi tersedar yang kedua-dua lengannya sudah dikunci oleh si sado berdua ini. Hujung bibirnya yang berdarah dijilat sedikit. Secara perlahan-lahan, dia tersenyum walaupun keadaannya tidak mengizinkan. Dirinya sudah dibelasah dengan agak teruk oleh dua beradik ini. Kalau tiada mamat dua ketul ini memegangnya, dah lama dia balas.

"Mmm. You mesti dah lama simpan dendam dekat I kan?" Dia tak boleh tunjuk lemah!

"YA! I MEMANG DAH LAMA MENYAMPAH TENGOK MUKA YOU! LEPAS YOU, GILIRAN CHRISTINA PULAK! ENTAH UBAT APA LAH YANG KORANG INI KASI DEKAT LOUIS SAMPAI NAKKAN BETINA MACAM KORANG NI!" Pandangan Sandra penuh dengan rasa benci dan meluat.

"Hmm. Macam terbalik je? Patutnya I cakap macam tu. Untuk apa Louis nakkan korang yang perangai macam syaitan ni? HUH?" Bella ketawa kecil.

Elisa mengepal penumbuk dan melayangkan buku limanya ke pipi Bella yang sudah lebam teruk.

"PFFTHAHAHAHAHAHA!!!" Bella keluarkan tawa kuat walaupun agak perit untuknya berbuat begitu. Dua beradik itu sudah saling berpandangan dan berkata 'gila'. Mereka cuba ingin belasah diri Bella tapi terbantut bila Bella membuka mulut.

"Biar I bagitahu korang satu rahsia." Bella cuba tenangkan diri. Dia tahu selepas ini mungkin dia akan... di... dipaksa untuk melayan dua orang lelaki ini. Jadi, dia perlu lengahkan waktu. Beg yang dia bawa sudah dirampas awal-awal lagi. Jadi...

"Louis takkan biarkan korang terlepas kalau korang apa-apakan Christina. I kenal Louis orangnya macam mana. Dia akan cari you alls sampai ke lubang cacing!" Penyataannya agak benar. Pernah sekali tu, dia dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan. Keesokan harinya, mereka semua diberhentikan sekolah.

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now