☆彡彡 23 ミミ☆

5.9K 235 17
                                    

Elijah termenung sendiri di balkoni apartment milik Bella. Banyak perkara yang dia fikirkan sejak Bella tinggal bersamanya. Dia sedar hati wanita itu masih lagi milik Louis. Mungkin? Atau sudahkah wanita itu mula belajar mencintainya?

"Hey." Bella menyapa Elijah dari belakang sambil memberikan ciuman halus di pipi lelaki itu.

"Hey. You dah bangun?" Elijah tersenyum kecil sambil menarik Bella ke atas ribanya. Pahit terasa di dada mengenangkan wanita ini menangis setiap malam di dalam pelukannya.

"Mhm." Balas Bella dengan pendek. Dia sandarkan pipinya di dada Elijah. Lelaki ini... sungguh penyabar. Dia ingin mencintai Elijah. Mungkin dengan itu, kesakitannya akan berkurangan. Dia sudah melepaskan segalanya. Dia lepaskan Louis, suami yang amat dia cintai. Hanya untuk belajar mencintai lelaki ini.

"You nak ikut I pergi tengok diorang renovate our restaurant?" Tanya Elijah. Paha Bella diramas lembut. Sesekali, dia akan daratkan ciuman di atas kepala Bella. Tak mengapalah walaupun dirinya masih belum berada di hati wanita ini. Semua ini sudah cukup baginya.

"Mmm. Boleh jugak." Bella angkat kepalanya. Dia mencari anak mata hijau yang mampu menenangkan resah gelisahnya. Dia renung mata itu dengan penuh mendalam. Dia ingin rasakan perasaan berdebar yang selalu dia rasakan apabila bersama Louis.

Tapi tak ada!

Perasaan seperti itu langsung tidak wujud.

"Eli..." Panggil Bella dengan nada sebak.

"Yes, darling?" Elijah dapat mengesan mata Bella yang mula berkaca. Dia senyum sumbing. "Tak apalah kalau you masih belum boleh menerima I sepenuhnya. Jangan desak hati you, okay?" Ibu jarinya menyapu lembut air jernih yang terbit dari mata cantik itu.

Bella tak tahu apa yang boleh dia katakan lagi jadi dia memeluk erat tubuh sasa itu. "I'm trying my best here." Dia eratkan lagi lingkaran lengan di leher Elijah. Air matanya tumpah lagi.

"I know, darling." Bisik Elijah sambil mengusap-usap rambut itu. "Take your time, okay? You baru saja keluar dari sangkar cinta dia. Jadi, it's normal to take time to moveon." Dia cuba memujuk hati Bella yang berduka kerana tidak mampu untuk memberinya cinta.

"I betul-betul tak layak untuk you."

"Siapa cakap? Seeing you smile already enough to make me happy. So, jangan mengarut yang bukan-bukan." Elijah jauhkan sedikit tubuh mereka dan menatap anak mata Bella.

"You nak tahu sesuatu? Walaupun you bukan milik I sepenuhnya, berada di sisi you sudah cukup untuk I. I takkan jadi tamak. I'm contented even I'm just staying by your side." sambung Elijah lagi dengan lembut.

Bella sudah terharu. Dia memeluk kejap leher lelaki itu. "Kalau I jumpa you beberapa tahun yang lalu, mungkinkah kita akan mencintai satu sama lain?" tanya Bella di ceruk leher lelaki itu.

Elijah mengeluarkan keluhan halus. "Tak. Sebab dulu I kaki perempuan."

Bella bulatkan matanya. Dia angkat wajahnya dari ceruk leher Elijah. "Seriously?"

"Mhm." Elijah tersenyum-senyum melihat riak terkejut Bella.

"Dulu I anak orang kaya. Boleh dikatakan I gunakan kemewahan keluarga I sehabis yang mungkin. I tak kisah soal hati atau perasaan gadis-gadis yang pernah bersama I. Jadi, I lebih lega kita berjumpa sekarang. Sebab I yang dulu memang agak kejam." jelasnya lagi.

"Wah... should I be scared?" Bella turut tersenyum.

"Maybe." Elijah tersenyum simpul. Alis matanya diangkat tinggi.

Bella tertawa perlahan. Dia gelengkan kepalanya berkali-kali dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. "kita semua pernah buat salah. Asalkan... kita tahu perkara tu buruk dan hentikan perbuatan tu. Walaupun bukan serta merta, tapi kalau kita masih berusaha untuk stop benda tu. That's still a progress to me."

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now