BAB 5

104 16 8
                                    

Sebilah pisau dilibas ke isi untuk dinyah darah. Mayat musuhnya dilihat sekilas sebelum dia menyepaknya ke tepi. Tangan kirinya menyeluk poket seluar. Tercari-cari sesuatu. Dilihatnya ke arah seorang jejaka tidak jauh dari situ. Jejaka itu sedang menyeksa musuhnya sambil bertanyakan soalan.

Dia menghampiri jejaka itu. "Ian. Ada tisu tak? Tisu aku tertinggal."

Ian tidak banyak bercakap. Dia terus menyeluk poket seluar pada bahagian belakang lalu menyerahkan seplastik tisu kepada kembarnya, Vincent. Kembar yang tidak seiras dan tidak sedarah.

Tisu diterima. "Ada dapat apa-apa maklumat?"

Ian berdiri dari bercangkung lalu mengacukan muncung pistol ke arah musuh yang tidak mampu berdiri akibat ditembak sebelum ini. "Tak ada. Mereka hanya orang bodoh yang terima kerja sebab duit."

BANG!

Musuhnya tumbang ke tanah selepas dahi ditembak tepat. Vincent pula bersiul sambil mengelap pisaunya menggunakan tisu.

"Kau pula?"

"Aku lupa tanya." Vincent ketawa.

Ian menyimpan pistol di sebalik jaket jeans yang dipakai olehnya. "Kak Martina ada call aku pagi tadi."

Pisau dimasukkan ke dalam sebuah beg khas pada pinggangnya. Beg itu diperbuat daripada kulit kerana menjadi tempat simpanan empat bilah pisau yang panjangnya  sejengkal itu.

"Kenapa akak call?"

"Tahun depan kita dah boleh balik Kanada. Masalah di sana mungkin akan selesai tahun depan," beritahu Ian kepada Vincent.

Vincent menyerahkan semula seplastik tisu kepada Ian. Tisu yang digunanya tadi disimpan ke dalam poket seluar sendiri. Ian menerimanya lalu simpan kembali ke tempat asal.

"Masalah di sini pun masih belum selesai. Makhluk mana la yang ganggu kita lagi? Mentang-mentangnya minah tomboy yang sepatutnya jaga kita dah kena panggil balik Kanada. Musuh pun rasa bahagia. Padahal, yang sangat bahagia ialah kita." Vincent ketawa.

Ian tersenyum ambil geleng kepala. Mereka mula meninggalkan kawasan kejadian. "Orang bodoh je yang akan cari kita," kata Ian.

"Agak-agak orang yang halang laluan kita ni bodoh atau cerdik?" soal Vincent tatkala melihat seorang manusia keluar dari sebalik pokok.

"Kita tengok dulu," kata Ian.

"Selamat tengah hari. Sorry sebab ganggu kau orang makan tengah hari." Mata lelaki itu melihat ke arah beberapa mayat di kawan hutan itu.

Dia sendiri hairan. Bagaimana mereka boleh tahu lokasi markas musuh yang terpencil di dalan kawasan berhutan ini. Perkara yang sepatutnya dihairankan ialah dirinya kerana sudah seperti 'stalker'.

"Hai, selamat tengah hari manusia. Datang sini ada hajat apa, ya?" sapa mesra daripada Vincent.

"Aku, Saber. Aku datang sini sebab nak rekrut kau orang untuk join kumpulan aku," beritahunya.

Ian segera menarik tangan kanan Vincent untuk pergi dari situ. "Kami tak terima kerja daripada organisasi lain. Jom balik."

"Eh, kejap la. Aku nak tahu juga organisasi apa?" Vincent berdegil. Dia tidak bergerak dari situ.

Arden mengeluarkan dua keping kad berwarna hitam. Kad-kad itu dihulurkan kepada mereka. "Kalau nak tahu. Datang ke lokasi pada malam esok, jam 9:00 malam."

Vincent pantas menerima sekeping kad. "Welcome to Eagle Eyes Spectral. Codename, Silent Blade," kata operator kad tersebut.

"Wah. Hebatnya," Vincent teruja.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now