BAB 27

71 14 18
                                    

Jauhari segera ke bilik Syam setibanya dia dan Faiz di rumah Falcon. Syam pula sedang menyiapkan kerjanya sebagai seorang editor pada ketika ini. Vincent dan Ian keluar sebentar selepas mendapat panggilan daripada seseorang.

"Ada apa-apa nak bincang ke?" tanya Syam yang hairan melihat wajah serius milik ketuw yakuza itu.

Faiz menutup pintu bilik lalu menguncinya dari dalam. Jauhari pula berdiri di hadapan Syam. Syam mula kecut perut apabila dia merasakan bahawa dirinya berada dalam masalah apabila teringat tentang identiti mereka berdua.

"Saya ada buat salah apa-apa ke? Saya minta maaf kalau saya buat salah. Saya tak ingat pun," katanya bersungguh-sungguh.

Jauhari duduk di atas katil. "Kau kenal Arma?"

"Arma? Siapa? Tak kenal."

"Betul kau tak kenal? Kau tak boleh sorok apa-apa kalau kau nak hidup lama," kata Faiz pula.

Syam geleng kepala. "Betul. Saya tak kenal."

"Macam mana dengan alter kau yang lain?" tanya Jauhari lagi.

Syam terdiam seketika. "Mungkin. Tapi kenapa dengan orang tu?"

"Bukan urusan kau kalau kau tak tahu," ujar Faiz yang kelihatan biadab.

Syam tertunduk lemah. Benar kata Faiz. Ini bukan dunia kehidupan dia. Dia hanya seorang editor dan penulis novel.

"Kalau nak tanya RaSIS. Dia tak boleh keluar sekarang ni."

"Kenapa pula?" tanya Faiz.

"Dia ada urusan dengan Issac. Tapi kalau ada ancaman. Mungkin dia akan datang segera. Tapi saya tak jamin."

"Ancaman, ha? Tak ada masalah." Faiz mengeluarkan kunai miliknya lalu menyerang Syam yang berada di atas kerusi. Jauhari hanya memerhati.

DUM!

"Arghhhh!" Faiz menjerit kesakitan.

Jauhari juga tergamam melihat kejadian sekelip mata itu. Matanya tidak lepas daripada melihat ke arah Syam. Syam berjaya menepis dan merampas kunai dari tangan Faiz lalu mencabut lengan Faiz sebelum dilipat tangan Faiz ke belakang. Faiz pula tertiarap di atas lantai.

"Oh, assalamualaikum. Malaikat maut cuba cabut nyawa orang yang belum tiba masa rupanya. Cukup memberangsangkan. Agaknya apa hajat malaikat maut berkumpul dalam bilik ni?" Matanya melihat ke arah Jauhari yang masih terkejut itu.

"RaSIS?" tanya Jauhari kepada manusia di hadapannya itu.

Dia melepaskan Faiz yang mengerang kesakitan itu lalu duduk kembali di atas kerusi. "Adik aku sibuk. Apa kau nak daripada dia? Hasut dia? Pergunakan dia? Atau suruh dia bunuh orang? Aku sebenarnya tak suka adik aku bunuh orang. Kalau boleh aku sendiri yang buat tapi aku takut dosa sebab tu aku hanya memerhati."

Faiz menjauhkan dirinya dari manusia itu. Dia duduk di sebelah kanan Jauhari sambil memegang bahu kanan.

Qashmir. Dia memang bahaya. Aku langsung tak sempat elak.

"Kau siapa?" soal Jauhari.

Qashmir menyilangkan lengan pada dada. "Aku, Qashmir. Gatekeeper dalam sistem D.I.D milik Syam. Tugas aku, jaga keamanan. Disebabkan adik aku sibuk. Aku ganti kerja dia. Ada masalah?"

Jauhari menenangkan diri sebelum mula bicara tentang niatnya ke sini. "Kami tak berniat untuk bermusuhan. Syam kata, kalau ada ancaman. RaSIS akan datang sini. Tapi..."

"Jadi?" soal Qashmir sebelum ayat Jauhari dihabiskan.

"Kau kenal Arma?"

"Tak," jawapan yang pantas daripada Qashmir kepada Jauhari.

"Aku tahu. Kau tipu, Qashmir," kata Faiz yang kelihatan marah.

Qashmir senyum manis. "Menipu tu berdosa."

"Tapi kau tipu."

"Jadi, kau boleh buktikan aku tipu atau tak?"

"Aku tak ada bukti tapi aku boleh rasa sebab tu memang kelebihan aku."

"Rasa? Hmm... Kalau cakap pasal rasa. Kau sebenarnya takut dengan aku sejak awal, kan? Aku rasa je. Kenapa?"

Faiz terdiam.

"Aku rasa aku dah sembunyikan semua perasaan negatif dengan sempurna. Kenapa masih ada yang takut dengan aku? Aku bukan macam adik aku. Dia boleh kawal minda orang. Dia lagi menakutkan tapi kau tak takut pun," katanya tanpa rasa bersalah.

"Qashmir. Aku datang sebab nak berunding. Bukan nak bergaduh," tegas Jauhari.

Qashmir berdiri. "Aku pun tak suka bergaduh. Tapi kalau terpaksa. Nak buat macam mana?"

"Aku tanya sekali lagi. Kau kenal Arma?"

"Tak. Aku tak kenal mana-mana manusia bernama Arma. Aku hanya kenal Falcon," jawabnya.

Mereka terkejut. "Falcon?"

"Tapi jangan harap aku akan buka mulut. Kalian tak ada kaitan."

"Apa hubungan kau dengan dia?" soal Faiz yang cuba beranikan diri.

Qashmir menghampiri Faiz. "Hanya pelanggan SG. Rasanya tak. Sebab SG tak tahu. Mungkin lebih tepat. Pelanggan kami."

"Dia ada beri apa-apa dekat kau?" tanya Jauhari.

Qashmir tiba-tiba memegang bahu Faiz. Hal ini membuatkan Faiz terkejut dan ingin lari tetapi dia merasakan dirinya terpaku. "Tak ada kaitan dengan kalian."

Faiz menjerit kesakitan. Pada masa yang sama, dia dapat merasakan tulang bahunya kembali ke tempat asal. Ternyata Qashmir hanya mahu merawatnya walaupun menyakitkan.

"Jadi, kau memang terlibat dengan SERA la?"

"Kenapa nak tahu?"

"Benda tu bahaya dan milik antarabangsa. Sepatutnya dilindungi," tegas Jauhari.

"Kau pasti SERA milik antarabangsa dan bukan diambil sebagai senjata peperangan?"

Jauhari terkedu. Qashmir duduk di atas katil dan baring tanpa pedulikan kemungkinan dirinya diserang oleh mereka. Faiz merapatkan dirinya pada abangnya. Konon merajuk dengan Qashmir.

"Maaflah sebab aku tak boleh beri kerjasama dengan kalian. Aku berpegang kepada janji dan kerahsiaan. Kewujudan aku pun masih jadi kerahsiaan. Belum tiba masa untuk aku dikenali sebab aku tak suka diganggu. Aku lagi selesa jadi diri aku yang sekarang," kata Qashmir.

"Kau kata kau tak pernah bunuh orang tapi aura membunuh kau tu sesiapa je boleh rasa kalau kau marah," kata Faiz sambil sorok muka di belakang Jauhari.

Qashmir ketawa. "Ya ke? Aku tak tahu pula. Susah juga berlakon jadi baik ni. Tapi aku memang nak jadi baik. Berdiri di jalan agama yang benar. Hidup penuh kesabaran. Kemarahan hanya hasutan syaitan. Cukuplah ada empat syaitan aktif dalam badan Syam. Aku tak nak jadi yang ke lima."

Suasana sepi seketika. Qashmir memejamkan matanya. "Dah tak ada apa yang perlu dibincangkan. Tak semua perkara kau perlu masuk campur. SERA biarkan para pewaris yang selesaikan masalah. SG terlibat sebelum ni tak ada kaitan dengan Falcon. Ni rahsia kita. Aku tak suka orang mungkir janji, katanya.

A.K.U : BLACK CATWhere stories live. Discover now