BAB 29

81 12 10
                                    

Buku diari ditutup sebaik sahaja pembantunya masuk ke dalam kereta. Dua plastik roti canai diserahkan kepada Amra atau Hyu. Kereta mula dipandu.

"Ada apa-apa lagi maklumat penting dalam diari Cik Arma?"

Plastik roti canai dibuka. "Pasal SABER. SERA-A akan cari SERA-B untuk dapatkan SERA-C. Arden. SERA-A akan bertindak sendiri kalau tujuh kali salah masuk password. SERA-A jadi macam tu sebab sabotaj. Orang tua tak guna tu cuba kawal SERA. Ayah terpaksa pecahkan kepada dua untuk elak kawalan penuh."

"Tapi kenapa dia nak bunuh Arden?"

Roti canai dikoyak. "Zetta. Kau tahu pasal Robotic Brain pada Arden, kan?"

"Tahu sebab Tuan Viscount yang suruh aku design benda tu masa awal dulu sebelum kejadian tu," kata Zetta.

"SERA-C ialah controler. 'Si pemandu' yang mampu kawal seluruh sistem SERA. Kalau Arden mati. Dia akan ambil Robotic Brain. Kau pun mesti tahu pasal satelit EES. Tu sebenarnya mata SERA-C. Sistem ID EES pula gedung maklumat SERA-B."

"Maksudnya, selama ni SERA-B dan SERA-C dah lama ada dalam EES?" soalnya sambil memandu.

Makanan disuap masuk ke dalam mulut lalu dikunyah sebelum menjawab soalan itu. "Ya. Yang direbut tu sebenarnya SERA-A. Server Eliminate Recontrol Activated-All. Benda tu sepatutnya dijaga rapi dan tak boleh diaktifkan tapi manusia yang gila kuasa tahu apa je?"

"Maksudnya, Tuan Rafi pun tergolong la?"

"Ya. Manusia keras kepala macam dia bukan faham situasi sebenar.EES sekarang tak sama macam zaman ayah dulu. Entah kenapa ayah pilih dia tu jadi ketua. Hairan juga." Roti canai dimakan lagi tanpa dicicah kuahnya.

Zetta melihat majikannya melalui cermin pandang belakang. Dia kelihatan seperti sedang mengeluh.

Mungkin sebab anak sulung Tuan Viscount ni keras kepala juga. Tak nak join EES. Nak bebas dengan cara sendiri. Cik Arma pula dah cukup berat beban dia tanggung. Lindungi adik yang tak tahu apa-apa. Tapi sikap suka bersembunyi Tuan Amra ni la yang buatkan dia tak wujud dalam keluarga ni. Siapa je tahu pasal dia ni?

"Kita nak pergi mana?" tanya Zetta kepada Amra.

"Balik. Aku mengantuk. Penatlah." Satu lagi plastik roti canai dibuka.

"Aik? Tadi cakap macam nak selesaikan malam ni."

"Ya ke? Aku ada cakap ke?"

Zetta tepuk dahi. "Aduh, bos aku ni. Makin tua dah ke?"

"Aku dengar. Aku tak pekak."

"Oppss..."

***

Matanya terasa pedih apabila melihat cahaya di dalam bilik rawatan ini. Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat suasana sekeliling. Pandangannya terhenti ke arah Zhong dan Dr. Molina.

"Saber. Kau dah sedar," Zhong kelihatan gembira melihat rakannya sudah sedarkan diri selepas beberapa jam pengsan.

"Ada sakit mana-mana?" soal Dr. Molina.

Arden bangun dari baringannya dan duduk bersandar pada katil. "Kepala saya sakit sikit. Mungkin migraine." Dia tersengih.

Zhong pula berwajah serius. "Kau tak perlu sorok apa-apa lagi dari kami. Bos pun dah tahu pasal kau, SERA-C."

"SERA-C?" Arden terpinga-pinga.

Zhong pula bertambah terpinga-pinga. "Kau tak tahu?"

"Tak. Apa maksud kau?" soalan dibalas soalan.

"Habis tu kalau kenal diri kau sebagai siapa?"

"Aku hanya SABER," jawabnya.

Suasa sepi. Hilang kata-kata kerana masing-masing sedang berfikir panjang tentang kejutan hari ini.

"SABER? Kejap. Aku rasa aku tahu sesuatu. Kau ni, SERA-B?"

"Tak. Aku, SABER."

"Atau otak kau dah masuk virus dan kena reset jadi hilang ingatan?"

Arden pula naik geram. "Lance. Kau ni, demam atau gila?"

"Betul la?"

Dr. Molina hanya geleng kepala.

***

Bray terkaku apabila sepucuk pistol melekat pada dahinya dan sebilah pisau hanya seinci dari lehernya. Di hadapannya berdiri seorang manusia bertopeng dengan corak naga. Begitu juga manusia di belakangnya. Nasibnya malang kerana Safuan ada urusan di kem GUARD. Hanya dia sendirian di rumah.

"Apa kau orang nak?"

"Apa hubungan SG dengan FBI palsu?" tanya manusia di belakangnya, Vincent.

"FBI palsu?"

"Kau tak tahu kau berurusan dengan siapa?" soal Ian pula.

"Aku ada periksa maklumat mereka tapi tak ada yang palsu."

"Memang la sebab SG masih mentah," kata-kata pedas daripada Vincent kepada Bray.

"Ni mesti pasal SERA, kan? Sejak akhir-akhir ni orang asyik masuk rumah aku. Mungkin aku patut pindah. SG dah tak ada kaitan dengan SERA. FBI tu hanya pelanggan," kata Bray.

"Hairan. Kau anak orang kaya. Tapi dalam kawasan rumah ni tak ada satu pun pengawal. Kau tak takut mati ke?" Ian menurunkan senjatanya.

"Aku tak suka diawasi. Kebetulan pengawal peribadi aku ada urusan keluarga."

Vincent menyimpan pisaunya. "Berani juga kau ni. Tak hairanlah boleh bertahan hidup lama dengan Syam. Kalau aku la. Aku dah kurung dia dalam sangkar. Bahaya."

"Syam? Macam mana kau kenal dia? Kau orang ni siapa?" Wajahnya mula serius.

Ian mengeluh. Kepala Vincent diketuk. "Bodoh."

"Adoi, sakitlah!"

"Apa kau dah buat dengan Syam?"

"Kami kawan je. Relax la, bro," kata Vincent.

"Aku kenal Syam. Dia tak akan kawan dengan orang macam kau orang melainkan kau orang yang heret dia."

"Uish, garang. Serius, kami tak buat apa-apa pun. Tak beranilah. Lagi pun dia tu bukan seorang," kata Vincent acuh tak acuh.

Sejak bila pula Syam kawan dengan mereka ni? Atau mungkin kawan Aron? Tapi kenapa sebut nama Syam? Biasanya kawan Aron atau RaSIS akan sebut nama mereka. Bukan nama Syam. Aku kena siasat. Mungkin RaSIS atau Aron bawa masalah lagi.

"Kita bukan musuh tapi kalau ganggu kerja kami. Secret GUARD tak akan lama wujud. Kami Double Killer dari Crown Legacy. First class assassin, Dream and Illusion, " beritahu Ian sebelum mengheret Vincent keluar dari rumah itu.

A.K.U : BLACK CATKde žijí příběhy. Začni objevovat