MMLF : 22

263 12 2
                                    


SEMINGGU sudah berlalu, Wajihah sudah sembuh sepenuhnya. Mereka semua sudah selesai  melakukan solat subuh berjemaah tadi.

Selepas beberapa minit berlalu, Helima merehatkan dirinya di dalam bilik. 

Sementara yang lain sibuk di bawah untuk menyediakan sarapan. Dia pula rasa malas hari ini untuk turut serta membantu.

Nak masuk ke cafe, masih terlalu awal lagi. Lebih baik dia ambil peluang untuk berbaring dan membelai tubuhnya di atas katil.

Helima hanya memakai kain batik dan berbaju blouse lengan panjang sahaja. Dia dengan kain batik tidak dapat dipisahkan.

Ketika dia sedang merenung siling itu dengan fikiran kosong, tiba-tiba telefon bimbitnya di atas meja berbunyi nyaring minta diangkat.

Lekas-lekas dia mencapainya. Terpapar nama lelaki itu.

'Kenapa lelaki itu call aku?. Apa yang dia mahu?Lantak dialah. Malas aku nak layan.'desis hati kecil Helima.

Telefonnya berbunyi lagi. Ini sudah masuk kali yang ketika.

Jadi, diangkat sahajalah. Mana nak tahu urgent ke kan.

Tak naya pula.

Namun, lain pula yang jadi setelah telefon vivonya melekat di telinga.

" Shit!!. Kau memang tak reti nak angkat fon ke hahh!! Baik buang je telefon tu. Menyusahkan betul." sembur lelaki di talian sana dengan nada yang agak marah.

Dia lantas menjarakkan telefon kesayangannya dari telinga.

Mahu pekak dia nanti.

" Awak dah kenapa nak marah-marah saya? apa masalah awak ni?"dengan berani Helima melontarkan kata-katanya dengan nada tidak puas hati.

Ini jika berhadapan memang mulut dia terkatup rapat sudah.

" Kau datang rumah aku sekarang. Hail demam panas."

" Ya Allah. Anak aku.!"jerit Helima agak kuat setelah mendengar perkhabaran daripada Hassanal sebentar tadi.

Panggilan ditutup.

Dia berlari mencapai tudung sarungnya seraya dipakaikan ke kepala.

Helima bergegas turun ke bawah untuk memberitahu sahabat-sahabatnya supaya nanti sahabatnya tidaklah risau dan tahu keberadaannya.

" Korang!!"

" Korang !!"

" Aku pergi rumah Hail. Hail demam panas. Has call aku tadi. Aku pergi dulu. Bye."

" Kain kau.."

Helima mencapai kunci kereta myvinya di tempat kunci lalu kaki memakai kasut dan masuk ke dalam kereta.

Kereta dipecut laju.

Hati dia risau  yang amat. Sudahlah Hail baru sahaja menghubunginya semalam mengatakan dia rindu. Tetiba hari ini daddynya kata dia demam. Macam mana tak gundah.







"ANGKATLAH perempuan. Kenapa kau susah sangat nak angkat." Hassanal yang mendail no seseorang beriak berang kerana panggilannya tidak diangkat oleh gadis itu.

Hati dia panas.

Dia cuba untuk kali yang ketiga. Akhirnya panggilan disambut.

" Sial!! Kau ni memang tak reti nak angkat fon ke hahh!! Baik buang saja telefon tu!! Menyusahkan betul!!."sembur dia dengan nada yang sukar dikawal.

MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now