MMLF : 26

260 18 0
                                    


" Kau tengok Aku,Ima. Tengok Aku. Kau cakap." Tasnim menarik Helima daripada dakapan Wajihah dan menekup kedua-dua pipi Helima supaya memandangnya.

Helima akhirnya melihat Tasnim.

"Cakap aku kata!!"marah Tasnim lagi.

Ishma dan Anis mengusap Tasnim manakala Wajihah mengusap belakang Helima.

" Mereka semua tu sebenarnya keturunan tengku. Aku benci penipu. Kau faham tak. Aku benci. Aku bencilah. Arghhh.." Kuat Helima berkata sambil disulami dengan tangisan yang maha kuat menyebakan para sahabatnya terpempam.

Tanpa disedari tubuh badannya mulai melembik dan akhirnya terkulai layu di dalam dakapan Tasnim.

" Ya Allah. Ima. Bangun Ima. Kau kenapa?" Tasnim menepuk-nepuk pipi Helima untuk membangunkan sahabatnya itu.

" Ima!! Bangun!! Ima!!!." Jerit Ishma dan Anis."

" Sekarang kita bawa dia pergi hospital. Hal ni kita settlekan kemudian."

Saran Wajihah untuk menyedarkan para sahabatnya yang tak habis-habis menggoncang tubuh Helima.

Air Mata mengalir di pipi masing-masing. Helima pula mempunyai penyakit semput dan penat.

Tetapi tidaklah terlalu teruk.





SETELAH hampir 20 minit berlalu, akhirnya mereka tiba di sebuah hospital. Tergesa-gesa Wajihah memanggil doktor dan nurse di wad kecemasan tersebut.

Tubuh Yang terkulai itu diletakkan di atas katil dan di bawa masuk ke dalam.

"Korang!!" Laungan daripada seseorang gadis yang amat dikenali suaranya membuatkan mereka menoleh ke arah tersebut. Wajah Tasnim sudah bertukar riak dingin.

Hatinya terlalu sakit.

Wajihah yang melihat riak tersebut membisikkan sesuatu kepada Tasnim seperti kata-kata nasihat.

"Berbincang baik-baik. Lawan diri tu. Jangan ada pergaduhan dekat sini ya,Tas. Tak elok."

Dian Yang berlari ke arah sahabatnya sebentar tadi segera memperlahankan lariannya sewaktu memandang wajah Tasnim itu.

Hatinya menjadi tidak sedap.

Azrif dan para sepupunya yang lain juga kehairanan dengan tingkah dan susana tegang tersebut. Dia mempercepatkan perjalanannya untuk segera sampai kepada isterinya.

"Apa yang kau dah buat ni,Dian?"Tanya Tasnim perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Dian dan yang berada di situ.

" Ak..Aku buat apa? Ak..Aku tak fahamlah." Dian yang mendengar pertanyaan tersebut berada pelik.

Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam itu. Seolah-olah dia penyebab Helima masuk hospital.

" Aku tanya apa yang kau dah buat? Apa yang kau sorokkan daripada kitorang?"jerkah Tasnim tapi tidaklah terlalu kuat kerana dia masih menghormati kawasan tersebut.

"Tolongla.. straight to the point. Aku betul-betul tak faham. Kau nak marah aku ni kenapa? Apa salah aku?" Dian masih tidak memahami.

Azrif yang berada bersebelahan dengan Dian turut kehairanan dan kebimbangan. Apa salah isterinya sampai disoal begitu.

" Kau penipu!! Kau dah mungkir janji kita. Kau lupa apa yang kita janjikan selepas daripada kejadian itu. Kau lupa. Atau aku perlu ingatkan kau. " sinis Tasnim berkata dengan wajah yang ditanyangkan dalam keadaan marah.

Dian yang mendengar akan itu hampir terduduk dibuatnya. Namun,sempat ditahan oleh Azrif.

"Allah..."

" Kenapa menyesal. Kalau kau nak kawin pun dengan dia ni.. lain kali beritahulah kitorang perkara sebenar. Tak perlulah nak berselindung lagi. Sampai hati kau buat kat Ima macam tu. Sampai hati kau... Dian..."

Tasnim yang tidak dapat menahan air matanya lagi terus mengalir membasahi pipi sementara tubuhnya melorot jatuh berlutut diikuti bersama-sama dengan Anis dan Ishma yang menahannya.

Para jejaka yang melihat adegan pergaduhan kecil itu agak terkejut.

Fayyad yang melihat keadaan kekasih hati dalam diamnya rapuh seakan tidak percaya.

Tasnim yang dia kenal tak serapuh ini.

"Aku..Aku minta maaf. Aku tak ada niat nak tipu korang. Kalau aku beritahu yang Azrif ni keturunan tengku. Aku takut korang kecewa. Betul. Aku tak ada niat.  Sumpah. Biy.. apa yang saya dah buat ni. Ima. Maafkan Aku..."mengongoi Dian menangis di dalam dakapan suaminya.

" Memang. Memang kitorang akan kecewa tapi tidaklah sampai Ima macam ni sekali,Dian. Kau tahukan yang dia sakit. Nasib baik cepat tadi. Kalau tidak. Dahlah malas aku nak cakap dengan kau." Ishma Pula bersuara.

Pedih tak terkata.

Para jejaka Yang mendengar perkataan 'tengku' itu baru memahami situasi yang berlaku sekarang. Hal ini kerana, Zack pernah bercerita kepada mereka semasa hari perkhahwinan Zack dengan Dian dilangsungkan.

" Ak.. Aku betul-betul kecewa dengan kau,Dian. Kecewa sangat. Kalau kau tengok keadaan Ima tadi,Aku rasa kau akan faham kenapa aku marah sangat dengan kau."

Tasnim perlahan-lahan bangun daripada duduknya tadi diikuti dengan sahabatnya.

"Sekarang aku nak kau pergi dari sini,Dian. Buat masa sekarang , aku tak mahu tengok kau,suami kau dan Tengku's ni. Pergi!!"tengkingTasnim marah. Dadanya berombak kencang.

Dian,Azrif dan yang lain terkejut dengan perubahan Tasnim Yang mendadak itu.

"Aku tak akan pergi. Korang tetap sahabat aku."

" Tas. Kau tengok aku. Tengok aku, Tas. Aku cakap. Tengok." Wajihah turut mengeluarkan air mata.

Sementara tangannya memegang kedua-dua pipi Tasnim. Seperti Helima tadi. Dia harus menasihati Tasnim.

"Biarlah Dian dekat sini. Diankan sahabat kita. Jangan bagi marah menguasai diri,Tas. Mengucap. Ingat Allah."

Nasihat Wajihah lalu memeluk Tasnim. Dia faham perasaan Tasnim. Dia juga berasa sebegitu. Mungkin Dian ada sebab yang tersendiri. Dia tak boleh buat apa sebab diorang dah sah menjadi suami isteri.

Marah.

Kecewa.

Sedih.

Sayu.

Menjadi satu. Emosi perlu dikawal demi persahabatan mereka.

" Suruh diorang pergi,Waji. Tolonglah..."

Merayu Tasnim seperti anak kecil di dalam dakapan Wajihah. Anis dan Ishma tidak mampu untuk membuat apa. Diorang dikuasai kesedihan yang terlmpau. Dian pula melepaskan pelukan pada suaminya dan menghampiri para sahabatnya. Disebabkan dia, sahabat-sahabatnya menjadi seperti ini.

Dia faham.

Semua salahnya.









Sedih tak. Hahahhaha.. Harap masih tak bosan lagi.🤭🤭memang nmpk tak logik disebabkan hal tengku boleh jadi sampai mcm tu. Tak kisah hidup
seseorang  tak sama. Betul.. heheheheh..😊😊just enjoy it. Jangn lupa vote and comment..tq😘






MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)Where stories live. Discover now