"Sayang,kau dah selesai beli barang. Ke ada apa-apa lagi nak beli? Kau ada mengidam nak makan apa-apa tak?"
Soal Ridzuan prihatin sambil tangan diletakkan di bahu isterinya manakala sebelah tangan lagi memegang beg barangan yang dibeli oleh isterinya.
Wajihah berfikir sesuatu. Sudah lama dia nak makan makanan tu. Cuma dia takut nak mintak.
"Saya teringin nak makan ayam goreng berempah. Tapi saya nak abang yang buatkan boleh.?"
Mendengarkan itu,Ridzuan tercegang habis. Sudahlah dia tak pernah masak. Tambah lagi nak memotong ayam apa semua tu. Kalau tetak orang dia pandailah.
Adehh.. kau ni sayang.
"Seriouslah kau. Kau jangan. Aku mana pandai masak."
Ridzuan mengarukan belakang kepalanya. Buntu.
Melihat wajah sedih Wajihah dia memcari jalan lain untuk menunaikan permintaan isteri tersayangnya.
"Apa kata kita pergi beli? Boleh sayang.? Kita beli yea."
Pujuk Ridzuan lagi.
"Saya tak nak. Saya nak abang yang masak. Kalau tak saya tak mau makan. Lama dah tahu saya tunggu abang tanya nak makan apa. Akhirnya,abang tanya juga. Jadi,saya nak yang tu je takkan tak boleh."
Wajihh beriak sedih. Dia betul-betul teringin nak rasa air tangan suami sendiri. Kenapa suaminya sukar nak tunaikan.
"Masalahnya sayang. Aku tak tahu masak
Kau faham tak. Aku tak pandai masak. Macam mana aku nak masak dekat kau."Jelas Ridzuan gigih untuk mencuba membuatkan Wajihah faham situasinya saat ini.
"Saya tak kira. Saya nak juga. Saya nak abang yang masak. Abang faham tak."
Tanpa sengaja Wajihah menaikkan suaranya kepada Ridzuan. Dia tak sangka dia boleh naikkan suara saat ini.
Ridzuan tercegang mendengar antonasi suara Wajihah. Tiba-tiba rasa marahnya muncul.
"Yang kau nak marah-marah ni dah kenapa? Aku cakap aku tak pandai. Tak pandailah. Kenapa degil sangat. Jangan nak mengada-ngada. Aku tinggal kau dekat sini kang baru kau tahu.
Ridzuan juga melampiaskan marahnya tanpa sengaja. Dia cukup pantang ada orang naikkan suara dengannya.
Dia rasa tercabar.
Dia terkedu sesaat. Apa yang dia cakapkan ni. Dia marah isterinya sebab hal kecik je.
Sekarang isterinya sudah menangis disebabkan dia. Aduhh..
Satu hal pula nak kena pujuk. Yang dia pun satu,dah tahu isterinya sensitif sejak mengandung pergi marah tu dah kenapa.
"S..sayang.."
"Sudahlah. Awak memang tak sayangkan saya. Selepas ini saya tak minta dah."
Wajihah berjalan pantas menuju ke kereta milik suaminya. Hatinya sakit saat ini. Salahkah apa yang aku minta tu. Terlampau sangat ke.
"Sayang tunggu aku."
Arghhh!!
Sayang!!!
"Kau lepaskan isteri aku sekarang. Kalau kau tak nak mati.!"Tegas nada suara Ridzuan.
"Kau ingat aku takut. Setapak kau melangkah aku kelar leher isteri kau."
Pisau yang berada di bawah dagu wanita itu ditekan sedikit sehingga ada cecair merah keluar daripada bahagian tersebut walaupun berlapik dengan tudung.
"Ab..abang.."
Panggilan daripada isterinya membuatkan dia bertmabh berang apabila isterinya diperlakukan di depan matanya sendiri.
YOU ARE READING
MR DEVIL'S & THE LADIES FRIENDSHIP (C)(RE-EDIT)
ActionMenceritakan enam orang sahabat yang paling erat sejak dari kecil lagi. Mereka ini ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Suatu hari mereka dipertemukan dengan dengan seorang lelaki yang tidak mereka kenali yang bernama, Tengku Azrif Zack Lee...