BAB-1

129 35 35
                                    

SUDAH seminggu Ayash berada di Hospital besar Kuala Lighter (HKL), Doktor telah mengesahkan Ayash mengalami penyakit pneumonia tahap kritikal.

Pneumonia adalah sejenis penyakit paru-paru berair, akibat serangan kuman dalam badan.

Ayash dulu adalah seorang penagih dadah, dan gemar menghisap rokok dek kerana itulah dia telah mengalami penyakit pneumonia.

Dia sering batuk berdarah, sakit dada dan sukar bernafas malah dia turut mengalami penyakit buah pinggang.

Pada minggu yang lalu sebelum ditahan ke wad, Ayash tiba-tiba sahaja rebah ke lantai selepas batuk yang tidak henti-henti, mulutnya turut mengeluarkan darah yang membuak-buak.

Lalu Ayash dibawakan segera ke Hospital besar Kuala Lighter, dan kini Ayash dalam keadaan separuh nazak.

Isterinya puan Emma sungguh kecewa terhadap suaminya itu. Dia merasakan terlalu menyesal akan sikapnya yang tidak tegas dalam menasihati suaminya yang tersayang.

Malangnya nasi telah menjadi bubur, dia tidak dapat berbuat apa-apa sekarang melainkan hanyalah menatap sayu wajah suaminya yang terbaring lemah tidak bermaya itu.

Ayash sebenarnya sudah memberhentikan kegiatannya itu setahun yang lalu, akan tetapi kesan sampingan itu masih tetap tersisa bahkan semakin merebak didalam tubuhnya.

Puan Emma hanya mampu berdoa kepada ILLAHI supaya mengangkat penyakit pneumonia suaminya itu. Dia tidak sanggup anaknya kehilangan seorang Ayah yang sangat penyayang.

•••

Sinaran matahari dari jendela telah memancarkan cahayanya ke wajah mulus Mikayla yang baru berusia 4 tahun yang sedang nyenyak tidur di biliknya.

Bunyi kicauan burung pipit dari luar jendela belum cukup menyemangatinya untuk bangkit dari tempat beradunya itu.

Walaubagaimana pun, air matanya yang telah membasahi cadar katil dek kerinduan ayahnya itu membuatkan dirinya merasa tidak selesa dan terus bangkit untuk meneruskan kehidupan sehariannya.

Baru sebulan yang lepas Mikayla menyambut ulangtahunnya yang berusia 4 tahun dan dia sekecil ini sudah menghadapi ujian seberat segini, dia sungguh tidak mampu untuk menanggung keperitan berjauhan dari Ayahnya.

Mikayla lebih rapat dan manja dengan Ayahnya berbanding dengan ibunya, Puan Emma.

Begitulah setiap hari demi hari, Mikayla terpaksa hadapi peritnya rasa rindu dan berjauhan dari Ayahnya yang tersayang itu.

•••

Di dapur, Mikayla sedang menatap kosong nasi goreng yang berada dihadapannya itu sambil menguis-nguis nasi tersebut. Seleranya sudah hilang.

Sesekali air matanya yang ingin mengalir diseka dengan cepat.

Kak Anis yang sedang menyusun pinggan itu juga turut merasa hiba melihat anak buahnya itu.

Tiba-tiba..

"RING.. RING.."

Bunyi deringan telefon bimbit Kak Anis memecahkan kesunyian, dia memberhentikan kerjanya itu dan segera berlari anak mendapatkan telefon bimbitnya yang sedang berbunyi.

Selepas sahaja panggilan telefon dimatikan, Kak Anis segera mendapatkan Mikayla sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Mikayla, hari ini Mikayla dah boleh jumpa Ayah tau." Beritahu Kak Anis.

Wajah mikayla yang tadi muram kini kembali ceria, dia lantas memeluk Kak Anis dengan eratnya.

Gembira yang tidak terkata.

-

( don't forget to press the vote button, thank you)

ᯓ₊° CHANGESWhere stories live. Discover now