BAB-3

44 19 0
                                    

"KAU sedut benda ni sekarang jugak pengecut!" bentak seorang lelaki yang berbadan gempal.

Kejadian ini berlaku disebuah lorong yang agak gelap, hanya di sinari dengan cahaya bulan yang kian muram.

"Kenapa n..nak paksa aku sedut," tanya seorang lelaki yang menjadi mangsa sekumpulan lelaki tersebut.

"BIADAP!"

"Kalau aku suruh sedut tu sedut jela! Banyak tanya pulak kau ni ye!" Satu tamparan dihadiahkan dipipi lelaki yang berlesung pipit sebelah itu.

"Man, kau ambik pistol sekarang, budak ni memang meminta maut betul la." Arah lelaki yang dikenali sebagai ketua kepada kumpulan tersebut, Zul.

Man akur sambil tersenyum sinis.

Sekelip mata sahaja hujung pistol tersebut telah pun berada didahi lelaki malang tersebut.

"Kau nak tengok otak kau bersepai dulu ke atau kau nak sedut benda ni sampai habis?" soal Zol dengan sinis bersama riak ganasnya, asap rokok sengaja dihembuskan ke wajah lelaki malang itu.


Lelaki malang itu sudah mula menggigil ketakutan, serbuk putih yang seperti tepung itu dipandang lama.

Jujur dikatakan,
Jauh disudut hatinya pernah juga terlintas untuk merasai, tetapi rasa takut asyik sahaja menyelubungi diri.

Manakan tidak, dirinya sendiri yang bekerja sebagai pembungkus 'benda' itu.

Samseng-samseng ini adalah pelanggan lelaki malang itu sendiri, mereka kini ingin memaksa dirinya untuk menyedut 'benda' itu.

Mereka benci melihat dirinya yang tidak menyentuh benda yang dia sendiri menjualnya.

"KAU TERMENUNG APA LAGI!" Zul menghempapkan pistol itu ke kepala lelaki malang itu lalu membuatkan lelaki malang itu tersentak dan mengeluh sakit akibat hentakan dikepalanya tadi.

Dengan penuh keterpaksaan, dia berani kan jua, demi menyelamatkan dirinya yang bila-bila sahaja bakal melayang.

'Gulp'

'.......

Serbuk dadah itu sudah hampir disedutnya, tetapi..

"TUNGGU!"

Semua mata kini tertumpu pada seorang gadis yang tercegat tidak jauh dari mereka.

"Lepas kan dia!" jerit gadis itu.

Dua orang lelaki samseng itu saling berpandangan sambil mengerutkan dahi mereka.

"Kau siapa hah! nak menyibuk ni asal?" tengking zol.

Gadis itu mengambil langkah berani dengan menuju lagi beberapa tapak kedepan. Sesampai sahaja tepat di hadapan lelaki yang bernama Zol itu, leher si gadis itu terus diacukan senjata.


Air liurnya ditelan.

[POV GADIS MISTERI]

Entah kuasa apa yang menusuk ke dalam otot-otot ku sehingga aku dengan beraninya dapat memulas tangan lelaki yang mengacukan pistol dileher ku tadi.

Man tercengang, riak wajahnya tampak bengis. Kakinya terus menuju ke arah aku.

Peluh sudah menintis, mujur sahaja kayu berada di situ, lantas aku mencapainya lalu melibas kan ke kepala lelaki itu.

"ARGHHHH!"

Man akhirnya jatuh tersungkur.

Dalam diam Zol perlahan-lahan mengangkat pistolnya, dari jauh dia mengacukan pistolnya dibahagian kepalaku.

Belum sempat dia mahu menarik picu, lelaki malang itu mengambil tindakan cepat dengan menyiku di kepala Zol sekuat hatinya.

Akhirnya mereka berdua tewas jua, syukur padamu Ya Allah.

-

( don't forget to press the vote button, thank you)

ᯓ₊° CHANGESWhere stories live. Discover now