Bab 4

16.5K 1.1K 130
                                    

"Hi Arden." Arden toleh ke kanan saat mendengar suara gadis menegurnya. Oh, Irdina.

Tidak membalas sapaan itu, hanya reaksi kosong yang menghiasi wajah tampannya. Kening diangkatkan.

"Harini class kita habis awal. Kalau kita lunch together nak? Awak selalu tolak bila saya ajak."

"Aku busy." Dan sejurus itu terus sahaja Arden bangkit dari duduknya dan bergerak keluar dari kelas.

Hilmy, kawan rapat Arden juga turut bangun. Irdina dipandang, "Try again later." Sempat Hilmy memberi kata-kata semangat sebelum dia juga mengikut jejak langkah Arden dari belakang.

"Kau ni, tak payah lah layan dia macam tu." Ujar Hilmy dan berjalan disebelahnya.

"Layan macam mana?" Soal Arden. Antara sengaja buat-buat tidak tahu ataupun memang tidak pernah mahu ambil tahu.

"Macam tadi tu lah. Cuba ada perasaan sikit."

"Tak reti." Balas Arden selamba. Dia memang tidak pandai berinteraksi, lagi-lagi bersama kaum hawa.

"Haish," Hilmy mengeleng kepala. "Dah ni sekarang, kau nak pergi mana?"

"Library. Study."

"Kau tak nak pergi makan ke?" Soal Hilmy. Kalau nak, dia mahu mengajak Arden sekali. Kalau Arden ikut, pasti dia dapat makan free.

"Aku makan karang."

"Teman aku makan jom." Ajak Hilmy. Lengan Arden ditarik manja.

"Tak nak."

Hilmy memuncung apabila mendapat gelengan daripada Arden, "Ala sekejap je."

"Tak nak."

Hilmy memutarkan bebola mata ke atas. Annoying. "Okay fine. Aku gerak dulu, bye."

"Hm." Arden hanya sekarang gumam dan kemudian langkah dibawa ke perpustakaan.


"Kenapa...Kenapa susah sangat?!" Aku berbisik kepada diri sendiri. Dari tadi aku cuba fahamkan, tetapi tak ada satu benda pun yang masuk kepala.

"Okay..." Aku mengambil kalkulator saintifik milikku, "Kalau x tolak y...Maksudnya y jatuh. Mana z? Z tak nak tolong ke?" Kepala yang tidak gatal digaru.

"Bodoh Ryana. Argh!" Kertas soalan itu aku angkat dan menekup wajahku. Ya aku sengaja berloya buruk. Stres sangat jawab soalan.

Tidak lama kemudian, aku mula fokus kembali. "Tak boleh tak boleh. Stay focus Ryana." Kepala digelengkan. Berpesan kepada diri sendiri.

Tangan kanan mencapai pensel mekanikal, "Okay jom try lagi sekali."

Baru sahaja aku mahu mengulang membaca soalan, terhenti percakapanku saat kehadiran seorang lelaki di dalam perpustakaan.

Aku memfokuskan penglihatanku, "Tu bukan ke..."

"Sheeeh Mika aku!" Pantas sahaja aku menyorokkan wajahku. Tidak mahu Arden ternampak bahawa aku juga ada disini. Eh sekejap. Suka hati aje aku claim dia tu aku punya.

Aku menunduk memandang kertas soalan. Berdoa dalam hati bahawa Arden tidak nampak akan kehadiranku.

"Eleh...Bukan dia kisah pasal sesiapa pun." Sempat sahaja aku berbisik pada diri sendiri. "Dia tak akan nampak punya-"

"Ada orang duduk sini ke?"

Suara garau itu mematikan percakapanku. Itu...Itu bukan ke suara Arden?!

Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang Arden dihadapan.

Arden Mikael's | Ebook Where stories live. Discover now