01 | let it begin

4.4K 468 95
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Ian berhentikan kereta di hadapan pagar rumah Awadah, dan terus keluar beserta dengan plastik berisi kotak kek.

Belum pukul 10 pagi pun lagi,

Si genit tu dah mintak dia belikan kek di kedai. Ian pun turuti jelah, satgi kalau dia merajuk dah lain cerita.

Dan saat itu juga pintu rumah dibuka dan keluar si genit dengan pijama satin biru gelap, dan tanpa memakai hijab.

Terus Ian alihkan mata ke arah lain.

"Awadah. Wear your hijab. Now. Aurat kan tu."tegur lelaki itu tanpa berpaling. Nampak gaya macam Awadah baru bangun tidur ni.

"Allahu- Ana lupa."ucapnya main-main, kemudian si genit dengan tenang berjalan ke dalam rumah, membuatkan Ian hela nafas berat.

Aduhai, cik tunang. Dia selamba je, orang bukan mahram dia ni yang gelabah. Kemudian Awadah keluar dari rumah semula, kali ini dengan tudung sarung hitam yang tersarung.

"Lepas ni jangan gedik macam tu eh? Aurat tu, nanti kena soal dekat akhirat tau."pesan Ian.

Bukannya mendengar, sebaliknya Awadah dengan tenang meledek bicara Ian dan tangan sengaja dibuat gaya mengejek.

"Awadah,"nada Ian berubah tegas.

"Okay, okay sorry."terus Awadah memohon. Sedikit takut dengan perubahan suara tunangnya itu.

"Dengar tak apa aku cakap tadi?"soalnya lembut. Arian Khaisar, definisi lelaki baik yang sopan.

Siapa tak mahu lelaki itu?

Awadah je dulu beria reject.

"Dengar, abang hot meletop saya."sahut Awadah dengan sengih polos yang begitu mengundang.

Mengundang maksiat. Eh silap, mengundang bebelan Ian.

"Jangan suka tayang aurat, tak baik tahu."

"Nanti dah kahwin Ian nak tengok tak aurat saya?"

Hmph, ini maleh ni.

Plak!

Dahi itu disentil kesal.

"Aduh! Ian! Tak baik siot!"bentak Awadah kesal dengan tangan yang menekup dahi sendiri. Sakit lah, kena jentik kut!

"Mulut tu jaga. Ingat, aku ni belum jadi mahram kau. Jangan suka cakap lepas," sekali lagi Awadah dibebel.

"Takyah lah bebel, Ian. Matahari tak keluar, bebel kau dah keluar dulu."omelnya kesal.

Ian terkekeh kecil, dan kepala itu diusap lembut. "Untuk kebaikan kau jugak, sayang."

Awadah memuncung. "Dah bebel, panggil sayang. Fikir cair lah?"tantangnya berani.

"Okay, fine. Kek ni aku puny—"

"Heh naharom! Mana boleh!"Awadah cuba merampas plastik di tangan Ian, namun lelaki itu pantas mengangkat tangannya tinggi.

"Arian! Woi tak lawak lah! Ini sebuah pengghinaan bagi golongan pendek!" ujarnya kesal.

Ian tertawa lucu. "Aigoo kesian. Adik cari siapa? Mak adik mana?"sengaja dia meledek si genit yang sudah berpeluk tubuh kesal.

"Ian tak hensem."ledek Awadah menantang.

Senyum Ian muncul lagi, aduh comel betul lah tunang Arian Khaisar ni. Rasa nak kahwin lari dekat Thailand je.

"Comel,"ucapnya perlahan lalu dia hulur plastik itu pada Awadah. Tak boleh buli lama-lama, nanti nangis.

Bintang Dan Bulan [lengkap]Where stories live. Discover now