03 | arian and paper rings

3K 391 48
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Awadah terbangkit saat mendengar telefonnya berdering nyaring, menanti panggilan itu bersahut.

"Ish siapa call pagi-pagi ni?"kesal Awadah dan dia menjulur tangan ke meja kecil sebelah katil,

Lalu telefon pintar miliknya dicapai, sebelum dia slide butang hijau tanpa melihat si pemanggil terlebih dahulu. Malas, sakit hati, dan stress.

Malas sebab apa? Sebab ini hari minggu.

Sakit hati sebab apa? Sebab Ian dah janji nak date, tapi dibatalkan secara mendadak disebabkan Ian ada pesakit yang perlu diuruskan.

Untuk pengetahuan, Ian itu bekerja sebagai pekerja biasa pada hari biasa dan menjadi pembantu separuh masa di klinik bunda aka bunda Ian di hari minggu.

"Hello?"sapanya malas.

Mata kembali dipejam.

"Awadah? Keluar rumah sekejap, aku dekat depan rumah,"

Suara itu membuatkan Awadah berdecik malas. Dia sakit hati! Dari malam semalam dia dah plan nak pakai baju apa, last-last cancel macam tu je.

"Buat apa? Saya tak nak."

"Awadah, please."

"Tak nak Encik Arian. Pergilah balik, saya tak nak jumpa awak. Malas, buat sakit hati."jujur tak bertapis semua ayatnya.

Sakit hati betul dia.

"Awadah sayang, listen. Keluar dulu sekejap, and we talk about this. Okay?"

"No. Pergi jelah, Ian. Your mother waiting for you,"bukan memerli, tetapi menyedarkan Ian akan hakikat itu. Syurga Ian di bawah tapak kaki bunda, bukan dirinya.

"Sayang-"

"Ian, we talk about this later. Saya penat, saya nak lelap. I'm struggling over my work for this whole week, so please faham ya?"

Lelah, suaranya berat.

"Okay, i'm sorry for disturbing. Get a rest okay? Kalau sayang dah better, I'll text you. Okay?"

"Hm,"

Tiba-tiba Awadah rasa bersalah saat mendengar nada prihatin Ian. Ah, lelaki ni pun satu lah. Selalu tabur janji padahal tak boleh nak tunaikan.

Kan sakit tu, sama lah macam fake hope.

"Okay baby, i love you."

"..."

Talian sepi untuk beberapa saat. Awadah kembali terlelap, dia terlalu letih. Dan secara tak sengaja matanya tertutup sendiri. Dan Ian di talian sebelah sana mengangguk kecil.

"Rest well, princess. Bye,"perlahan perkataan akhir itu diucap sebelum talian dimatikan.

Lelaki itu menatap lama rumah sewa Awadah di hadapannya. Dia tahu Awadah marah, mestilah marah- Dahlah kebelakangan ni dia tak selalu date proper dengan Awadah.

Setakat ambil pulang kerja je.

"Ian? Kau buat apa depan rumah ni?"Raidah yang berniat nak bagi kucing makan berkerut hairan melihat Ian yang terpacak di depan rumah.

Dia tilik jam, 7:30 pagi.

"Kau nak jumpa Wadah ke? Kejap, aku pergi keju--"

"Eh tak apa!"celah Ian pantas. "Nak bagi ni je," dia tunjuk paperbag miliknya pada Raidah. "Buna ada masak nasi lemak pagi tadi, aku bawak untuk korang berdua."

Bintang Dan Bulan [lengkap]Where stories live. Discover now