09 | and if the world was ending

3.6K 327 51
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

2 Bulan Kemudian...

Awadah tatap lama skrin laptop dan kulit kepala digaru dengan kasar. Beberapa kali dia mendengus kesal, dan mengetik keyboard dengan sebal.

"Sayang, apa aggressive sangat tu?"Ian yang baru muncul dari dapur kucup sekilas pundak kepala Awadah, dan menghulur si genit segelas air.

"Thank you, bro."ucap Awadah tanpa berkalih.

Menimbulkan kekehan lucu dari bibir Ian. Dia mengambil tempat di sebelah Awadah, dan menompang dagu memerhati wajah cantik yang sedang berkerut itu. Mati-matian Ian menahan diri dari tidak mencuit pipi gembil itu.

"Sayang buat apa tu?"soalnya ingin tahu.

"Buat report ni ha."sahut Awadah tanpa berkalih sedikitpun. "Dah kali ke tiga kena reject tau. Kalau lepasni kena reject lagii—"

Awadah buat gaya menumbuk meja dan menguis meja kesal. "Saya akan make sure bos saya tu menyesal reject report saya." Ungkapnya dengan bibir termanyun geram.

Ian tak dapat menahan diri, bibir itu diketip gemas. "Letih ya sayang? Meh sini, saya urut bahu."Ian cubit sedikit pipi gembil itu dan dengan manja Awadah lentokkan kepala di tubuh Ian.

"Ayan! Kenapa bos saya ni jahat sangatt!" Dia pura-pura menangis. "Sampai hati dia buat saya yang comel gojes ni!"adu Awadah kesal. Ian usap lembut kepala Awadah, memujuk.

Dia setia mendengar. Sesekali terkekeh lucu.

"Dia cakap saya tak layak ada dalam bidang ni. Excuse me!"Awadah menghentak meja kesal. "Saya dah 4 tahun kerja situ! Dia baru je setahun jagung!"

"Dasar Mariam Khalida poyo! Mentang-mentang saya tak dapat naik pangkat—" Awadah bertindak memukul peha Ian tanpa sengaja.

"Auch, sayang."namun Ian tak membentak, sebaliknya dia mengaduh kecil. "Eh, Ayan. Sorryy."Awadah usap paha Ian sebagai permohonan maaf.

"It's okay."Ian usap kepala Awadah sayang.

Dari gaya cerita Awadah, nampaknya si genit sedang stress dari segi mental. Dan penat dari segi fizikal.

"Nak peluk tak? Saya bagi free hug, pakej kiss pipi."Ian lebarkan tangan, dan dengan pantas Awadah memeluk tubuh itu erat. Menyamankan kepala di ceruk leher Ian.

Tangan besar Ian menepuk belakang tubuh Awadah lembut. Sesekali mengucup pelipis dan hujung kepala Awadah.

"Cantik saya stress ya?"soalan Ian dibalas dengan anggukan kecil Awadah. "Jangan stress stress sangat ya, yang?"

Cup!

Kepala itu dikucup sayang.

Sungguhnya, Ian begitu menyangi Awadah dengan sepenuh hatinya.

"Sorry tau, Ian. Saya cannot be isteri solehah untuk beberapa hari."ucap Awadah polos membuatkan tawa Ian pecah.

"It's okay, yang. Kerja awak bila nak siap ni? Saya nak jalan-jalan ni. Nanti saya kena ngorat—"

"NAK IKUTTT!"

Ian sempat terkejut dengan jeritan tiba-tiba Awadah. "Kerja awak—"

"Biar lah! Jom sayang! Jom, jom, jom!"Awadah bangkit dan dia memegang tangan Ian lalu meloncat kecil. "Jom Ayan jom!"

Bintang Dan Bulan [lengkap]Where stories live. Discover now