05 | sah jadi miliknya

2.8K 353 67
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih

++

Awadah remas bajunya gugup, dan memerhati luar tingkap biliknya selang seminit.

Tadi, Ian call dia. Katanya rindu.

Iayalah, esok mereka berdua nak naik pelamin dah, jadi dari dua minggu lepas buna dan ibu sudah memisahkan mereka. Boleh berhubung melalui talian je.

Dua minggu tak jumpa.

Gian Awadah nak jumpa Ian. Macam tak dapat dadah pun ada gayanya. Jadi, dia dah rangka plan gila.

Dia suruh Ian duduk luar rumah, dan dia akan buka tingkap. At least dapat dia jumpa Ian walaupun bukan berhadapan.

Dah berapa kali dia ulang-alik usyar tingkap.

Telefonnya berdering tanda ada yang menelefon. Terus dia sahut dengan teruja.

"Hai sayang,"

Oh please, Ian. Masa kita berdua tak jumpa berdepan lah dia punya soft tu lain macam.

Butterflies member.

"Hai, I-Ian."

Gagap member kau buat, Yan!

"Sayang dah makan ke belum?" soal Ian lembut.

"Dah, makan nasi dengan sup ayam. Buna masak hehe. Ian dah makan dah ke?"

"Em, belum lah yang. Saya bawak pasta from your favourite place. Wanna eat it with me tak? Saya ingatkan sayang belum makan, saya nak makan together. But kalau sayang full, saya tak paksa."

Oh please lah Arian Aisar! Merah wajah Awadah dibuatnya.

"Boleh sumbat lagi ni."ujar Awadah dengan senyum lebar. Dia kuis hujung baju dengan senyum manis, jelas lagi bersulur bagaimana dia menyukai dan mencintai Ian.

"Sayang, saya dah sampai. Cuba sayang buka tingkap bilik sayang."

"Pakai tudung dulu, Awadah sayang."tambah Ian tergesa. Tahu dah dengan sifat selamba dan pelupa Awadah.

"Saya dah pakai hoodie dahh. Hoodie yang Winnie The Pooh awak bagi saya tu Ian."cerita Awadah teruja. Dia betulkan ikatan tali supaya auratnya tak kelihatan.

"Saya bukak langsir ni eh, Ian?"

"Dah pakai tudung? "soal Ian kembali, bukannya menjawab soalannya.

"Dahh, Ian sayang."

Dia sahut tu santai je, efek tu sampai kan Ian terus biul senyum-senyum sendiri. Senyum macam orang gila sendiri belakang rumah orang.

"Saya bukak eh langsir ni, Ian?"soal Awadah lagi sekali tatkala tiada respon dari Ian sedari tadi. 

Langsir diselak, dan Awadah melihat sekeliling, mencari keberadaan bakal suami kacak dia tu. "Ian~"dia terus melambai mesra pada ian saat sudah melihat kelibat lelaki itu.

Ian terus letak jari telunjuk di bibir, memberi isyarat supaya diam. Ini pertemuan diam-diam je.

"Shhh, sayang. Nanti ibu dengar habis sayang kena piat telinga."

Apa-apa yang Ian lakukan, segala niat baiknya, pasti Ian akan mendahulukan Awadah dan juga Buna.

Betullah kata ibu.

Lelaki yang sentiasa mendahulukan syurga mereka pasti akan melayan buah hati mereka dengan setiap gaya yang serupa.

Tiba-tiba Awadah rasa nak nangis.

Bintang Dan Bulan [lengkap]Where stories live. Discover now