PROLOGUE

86 11 1
                                    

"Aku dengar ada kelas misteri kat sekolah tu.. "

"Misteri ? Misteri apa kau ni ? "

"Setiap malam, akan terdengar bunyi yang pelik-pelik kat dalam kelas tu. Tapi bila guard check, tak ada sesiapa pun dalam tu.. "

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
MYSTERY CLASSROOM
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

"HAH ?! PINDAH KELAS ?! " jerit seorang gadis yang merupakan Penolong Ketua Pelajar yang bernametag kan nama Lee Eun Cha tersebut.

"Ha'ah. Baru je ssaem inform kat aku tadi, " balas seorang lelaki, iaitu Naoki Gempa.

"Aku paling benci kalau kena pindah kelas macam ni, " keluh lelaki yang memakai nametag bernama Kazuo Ice. Dia menekupkan wajahnya di atas meja belajar itu.

"Asal pula kena pindah kelas ? " soal gadis yang memakai nametag dengan nama Lee Eun Ha, kembar kepada Eun Cha dan Eun Kyung, juga merupakan Ketua Pelajar di sana.

"Cikgu kata nak bahagikan kelas depan tu menjadi dua buah kelas, " ujar Gempa, menjawab soalan Eun Ha tadi.

"Habis tu, apa kaitan dengan kelas kita pula ? " soal lelaki yang bernametagkan nama Hideo Taufan pula.

"Kelas kita akan diberikan kepada kelas kedua bila dia orang dah split nanti, " Halilintar atau nama penuhnya, Rieyu Halilintar pula membalas bagi pihak Gempa.

"Pula dah ? Habis tu kita kena pindah ke kelas mana ni ? " soal kawan mereka, Blaze atau nama penuhnya Isamu Blaze. Belakang badannya disandarkan pada meja Ice.

"Setahu aku, kelas yang tinggal ialah kelas 3-4. Jangan bagitau aku yang kita kena pindah ke kelas tuㅡ, " Lee Eun Kyung memandang tepat wajah Gempa sebelum terlihat lelaki itu menghela nafas lalu menganggukkan kepalanya.

"Why kelas tu jugaㅡ, " ujar Yun Aerin sambil memeluk erat kembarnya, Yun Seona.

"Aerin, janganlah peluk aku kuat sangat. Sakit, tahu tak ? " ujar Seona kepada kembarnya itu. Aerin hanya memuncungkan bibirnya.

"Jadi, bila kita kena pindah ? " soal gadis yang berada di sebelah Eun Cha, iaitu Park Eun Sun atau lebih mesra dipanggil dengan nama Sunny itu. Dia menongkatkan dagunya, malas.

"Rehat nanti, " jawab lelaki yang berada di sebelah kirinya pula, Akio Solar.

"Awal-awal lagi dah kena halau ? " soal lelaki yang berwajah polos di sebelah Solar. Jelas di nametag nya bernama Masaki Thorn.

"Nampaknya macam itulah, " sahut Gempa kembali.

"Sekejap, aku tak puas hati lagi ni. Kenapa bukan mereka yang pindah ke kelas 3-4 tu ? " Eun Cha menyilangkan tangannya ke arah dada.

"Dia orang kan pelajar kelas depan. Tak akanlah secara tiba-tiba saja kena pindah ke kelas belakang, kan ? " balas Eun Kyung.

"So, mentang-mentanglah kita ni pelajar yang tak pandai, nak main halau macam tu saja ? " soal Eun Ha, sarkastik.

Sebenarnya mereka bukanlah pelajar yang tidak pandai. Malahan diantara mereka juga ada yang tergolong dalam Top 10 pelajar yang terpandai di sekolah itu.

Namun disebabkan perangai mereka yang susah dikawal, menyebabkan pengetua terpaksa mengambil tindakan dengan menempatkan mereka di kelas belakang.

"Aku nak saman pengetua nanti. Seronok dia saja main pilih kasih ye ? " Blaze mengembungkan kedua belah pipinya, turut merasa tidak adil.

"Biasalah. Siapa saja kita ni dimata mereka ? Inipun bergantung kepada results kita yang boleh tahan cantik. Kalau tidak, bukan setakat pindah kelas. Kena buang sekolah terus, " sampuk Ice pula.

"Sudahlah. Biarkan saja pengetua tu. Aku nak kemas barang-barang aku. Tak hingin aku kalau-kalau ada barang aku yang tertinggal disentuh pelajar-pelajar kelas depan tu. Sudahlah sombong, " Seona mencebikkan bibirnya.

"Betul tu. Lebih baik aku berkawan dengan budak kelas 3-3. Tak adalah sombong sangat, sport rim je dengan kita, " sokong Aerin.

"Aerin, ianya sporting la, " ujar Eun Sun, membetulkan kembali ucapan si gadis.

"Jomlah babe, kemas barang. Lagipun aku ada cerita yang hendak diberitahu kepada kau orang nanti, " ujar Eun Ha.

"Cerita apa ? " soal Eun Cha, bersemangat apabila mendengar perkataan 'cerita' tersebut.

"Nantilah. Bila dah sampai ke kelas 3-4, aku ceritakan, " Eun Ha cuba untuk berahsia.

"Okay ! "

Mereka semua mula mengemas barangan masing-masing dan menanti waktu rehat tiba, waktu di mana mereka perlu berpindah ke kelas baharu nanti.

╭━─━─━─≪✠≫─━─━─━╮
TO BE CONTINUED
╰━─━─━─≪✠≫─━─━─━╯

ㅡ [ 13 November 2021 ]





















_Author Zi_roger and out_

𝙼𝚢𝚜𝚝𝚎𝚛𝚢 𝙲𝚕𝚊𝚜𝚜𝚛𝚘𝚘𝚖Where stories live. Discover now