01

58 12 10
                                    

" BENCI betullah dengan mereka tu ! Hmph ! " Eun Kyung menghempas buku miliknya di atas meja dengan perasaan geram.

"Itulah. Sesuka hati dia orang saja main halau kita. Tahulah kelas 3-2 tu sudah jadi kelas mereka tapi perlu ke perangai sampai sebegitu rupa ? " ujar Taufan sebelum dirinya melabuhkan punggung pada kerusi yang kini menjadi milik sementaranya itu.

"Kalau ikutkan baran aku, memang biru muka mereka aku kerjakan, " Eun Sun mengepal buku limanya. Mulut disengetkan tanda marah.

"Bukan setakat biru, semua warna pun aku nak 'letak' dekat muka dia orang tu, kasi cantik sikit, " sokong Blaze.

"Kau orang ni. Bawakan bersabar sedikit, boleh tak ? Chill lah, " ujar Halilintar bersahaja.

"Engkau memanglah boleh chill sebab tak kena macam kita orang. Harap budak-budak gedik tu suka kau saja, " sindir Eun Ha pula.

"Entahnya. Kau tengoklah tadi. Sampaikan Eun Ha yang Ketua Pelajar ni pun mereka tidak endahkan. Apatah lagi aku yang jadi penolong ni, " Eun Cha mencebikkan bibirnya.

Geram rasanya apabila mengingat kembali kejadian pada waktu rehat tadi, di mana mereka dihalau dengan sesuka hati daripada kelas 3-2 dengan bekas pelajar-pelajar kelas 3-1. Harap muka saja yang cantik tapi attitude ke laut !

"Aku pun tak suka juga mereka. Gedik sangat bila nampak Solar tadi, " cemuh Thorn. Dirinya terasa menyampah dengan mereka yang mendekati Solar sambil cuba menyentuhnya.

"Betina, macam itulah lagaknya, " sindir Solar. Bukan setakat Thorn, dirinya yang menjadi mangsa turut merasa jijik dengan pelajar-pelajar perempuan tadi. Euw, najis mughallazah.

"By the way, tadi Eunnie kata nak beritahu satu cerita kan ? Haa, ceritakanlah, " ujar Ice, mengingatkan Eun Ha kembali tentang perkara yang dijanjikannya tadi.

"Ouh ye. Baru aku ingat, " Eun Ha membetulkan posisi duduknya sebelum memandang rakan-rakannya yang turut memandang ke arahnya kembali.

"Guys, aku ada dengar yang kelas kita tengah duduk sekarang ni sangat misteri.. " Eun Ha membuka bicaranya.

"Ye ke ? Aku tengok semua normal je. Kerusi dan meja pun ada ni.. " sampuk Eun Cha yang berada di sebelah Eun Ha pula.

" Tapi, kawan aku kata, kelas ni berhantu weh.. " sambung Eun Ha lagi, ingin menegaskan bahawa dia tidak menipu.

" Karut. Kau percayalah cakap penakut² semua tu.. " Solar tidak ingin percaya akan cerita yang diberitahu Eun Ha itu. Pada pendapatnya, hantu-hantu semua ini tidak wujud.

"Eh, mana tahu yang Eunnie ni bercakap benar ke, kan ? " sokong Taufan.

"Kau pernah nampak hantu tak ? " soal Solar kembali. Taufan menggelengkan kepalanya.

"Maksudnya hantu tu tak wujudlah, " sambungnya.

"Ok, biar aku pula yang tanya kau. Kau pernah nampak otak tak ? Tidak pernah, bukan ? Maknanya kau tak ada otak ! " ujar Eun Ha, sarkastik. Gadis itu ingin membalas kembali ayat Solar yang sepertinya menyindir dirinya kerana dirinya mempercayai kewujudan hantu. Apatah lagi ianya berkait dengan dunia paranormal.

Bukannya mereka tidak tahu, Eun Ha ini suka membuat aktiviti paranormal bersama kembarnya Eun Cha dan Eun Kyung, serta Eun Sun. Tidak dilupakan juga Taufan, Blaze serta Thorn yang merasakan diri mereka seorang pemberani itu.

Sedangkan bunyi pasu terjatuh saja mereka bertiga melarikan diri, meninggalkan para gadis semasa melakukan aktiviti tersebut tiga hari lepas di sebuah rumah banglo yang sunyi.

𝙼𝚢𝚜𝚝𝚎𝚛𝚢 𝙲𝚕𝚊𝚜𝚜𝚛𝚘𝚘𝚖Where stories live. Discover now