TMS 25

183 28 43
                                    


Hai,saya sudah comeback😂
Setelah sekian lama. Rasanya dah setahun. Ke 2 tahun?😭

Anyway, just nak bagitau. Kalau rasa macam pening pening nak faham jalan cerita TMS ni...yes memang pening pun. yela kan sebab ada lagi bab-bab dekat acc lama saya belum pub sini. Malas nak edit banyak sangat. Nanti nanti lah ya.

Bab ni sangat hambar ya sebab ada watak baru muncul. So scene Hayfa and Qhalish and the gang tak ada sangat dalam chapter ni.

btw selamat membaca🫰🏻

****

Hayfa membuang pandangan ke luar tingkap kelas. Fikirannya melayang memikirkan peristiwa semalam.

"Oi, kau okey tak?" soal Syed Qhalish dalam nada risau. Gelabah. Dia bertinggung di hadapan gadis itu. Hayfa punya kelam kabut sampai terlanggar habis si Qhalish tu. Maklumlah, badan keras macam batu.

"Are you okay, Hayfa? Boleh bangun?" Melissa menghulurkan tangan. Hayfa hanya pandang sepi tangan itu. Dia bangun dengan muka beku. Rakan-rakan Syed Qhalish sedikit terkejut dengan reaksi wajah Hayfa.

Iffat gerak pantas. Dengan tenang dia berdiri ke tepi. Malas nak masuk campur. Bosan dengan kehidupan persekolahannya. Macam drama Korea. Contohnya macam depan dia ni la.

"Darling! Boleh bangun tak?" Segera Ali Khan nak hulurkan tangan mahu membantu namun Iffat tahan tangan Ali guna kaki.

"Haramlah, haih. Itu pun nak kena ajar."

Hayfa tidak membalas apa-apa, dia membawa langkah, berlalu pergi dari situ.

Tak tahu la kenapa dia emosi sangat kelmarin. Bukan ada apa pun. Normal lah kan Syed Qhalish jalan sebelah-sebelah dengan ex dia kan? Siapa Hayfa nak rasa tak puas hati pula. Yang pasti dia tak jeles. Ye ke tak jeles?

Berkerut-kerut dahi Hayfa memikirkan perasaan diri sendiri. Tapi kenapa dia nak jeles pula?

PAP!

Nabella yang sedari tadi memerhati Hayfa yang jauh mengelamun, tak semena-mena menepuk dahi gadis itu dengan kuat.

"Auch! Sakitlah Bella!" Hayfa mengaduh sakit. Kali ini Nabella tarik pipi kanan Hayfa. Seronok pegang pipi Si Hayfa ni. Walaupun tak chubby, tapi pipi dia squishy gila macam mochi.

"Termenung jauh sangat tu. Sampai berkerut dahi. Fikir apa?"

"Tak ada apa lah." Hayfa malas layan. Dia menghembus nafas panjang. Dia bosan. Mana cikgu ni? Lambat betul masuk. Haih, cikgu lambat masuk salah...masuk awal salah. Apa yang betul tak tahu lah.

"Syed Qhalish?" tebak Nabella sambil tersenyum sinis. Tersedak air liur Hayfa dibuatnya.

"Mana ada! Kau ni!"

"Cakap aje lah jeles pasal semalam. Malu-malu pula." sakat Nabella. Dilukis-lukisnya pada baju sekolah Hayfa guna jari. Menggeletis betul minah ni.

"Eleh,habis kau tu apa? Ali?" Hayfa tak mahu kalah.

Automatik Nabella tayang muka jijik apabila nama jejaka itu disebut. Terjelir-jelir lidahnya tanda nak tunjuk geli sangat.

"Excuse me? Mamat tu? Walaupun lelaki dah pupus dalam dunia ni. Aku tak kan jatuh hati dengan dia. Sanggup tak kahwin tau. Please lah. Dah lah tak senonoh, perasan hensem pula tu." Bersungguh-sungguh Nabella menafikan sekali pakej mengutuk insan bernama Ali Khan.

TUAN MUDA SAYA (Hiatus)Where stories live. Discover now