TMS 05 | JAKUN

551 95 20
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-SEBULAN KEMUDIAN-

 

   "Dah siap semua, Hayfa ?" tanya Puan Hajar sebaik sahaja melangkah kaki dalam bilik anak gadisnya.

Hayfa yang sedang berkemas sekadar mengangguk sebagai respon kepada soalan ibunya. Dia betul-betul berat hati nak tinggal ibu dan kawan-kawannya lain. Sumpah sebak!

"Angguk-angguk. Jawab lah baik-baik ibu tanya ni." Puan Hajar dah cekak pinggang. Senduk dihala ke muka Hayfa yang masih menunduk.

"Dah. Cuma satu je belum." Malas-malas Hayfa menjawabnya. Tangan masih khusyuk melipat sehelai demi sehelai pakaiannya yang bakal dibawanya nanti.

"Apa?" Puan Hajar menyandarkan badannya pada almari baju Hayfa.

"Bra dekat ampaian. Basah lagi, semalam lupa nak basuh." Selamba sahaja Hayfa berkata begitu.

TUK!

Pantas Puan Hajar mengetuk kepala Hayfa menggunakan senduk. Eh-eh bila masa ibu pegang senduk. Dekat tangan dia tu mesti ada je benda. Magis betul!

"Aduh! Sakitlah ibu!"

"Haih! Tak senonoh betul lah kamu ni! Nanti dekat rumah orang, jangan buat perangai macam ni. Malu tujuh keturunan tau nanti !" bebel Puan Hajar. Kepala digeleng bersama keluhan yang panjang. Bukan sahaja Hayfa yang berat hati nak pergi, tapi dia sebagai seorang ibu yang membesarkan Hayfa dari kecik sehingga besar begini, lagilah berat hati nak lepaskan anak gadisnya ini. Dia takut jika ini mungkin akan menjadi kali terakhir dia bertemu anaknya itu.

Hayfa mencebik tapi tak lama kemudian dia baru sedar sesuatu.
"Rumah orang? Hayfa tinggal dengan diorang? Bukan ke ada asrama? Biar betul ibu ni. Hayfa lari rumah
kang!" Hayfa bangun dari katil menuju ke pintu bilik namun Puan Hajar lebih pantas, dia menarik kolar baju Hayfa sehingga anak gadisnya itu tercekik.

"UHUK! UHUK! IBU! " Terbatuk-batuk Hayfa dibuatnya.

"Jangan nak mengada. Dah lah sekolah tu mahal. Orang siap sponsor lagi yuran segala mak nenek, pastu tinggal dengan diorang lagi .Takyah dah fikir pasal duit. Nanti kalau duduk asrama, kena bayar kan? So? Terima je lah."

"Tapi, Hayfa tak kenal diorang sangat . Tiba-tiba kena duduk sekali dengan diorang. Ibu ni..." Hayfa memuncungkan bibir bak itik nila .

"Tapi ibu kenal sangat." Puan Hajar tak mahu kalah.

"Itu ibu. Ha senang-senang ibu je lah gi duduk sana. Hahahahaha." Selamba Hayfa ketawakan ibunya.

TUAN MUDA SAYA (Hiatus)Where stories live. Discover now