TMS 19

929 99 58
                                    

Little reminder:
Next chapter iaitu chapter 07 boleh baca dkt acc lama😌 saya malas nak edit. Again. thanks 💙
l

ittlewardah

•••

"Woi. Bangun lah woi. Dah sampai lah gila."

Hujung lengan baju Hayfa ditarik-ditarik dengan tujuan mahu mengejutkan gadis itu dari lenanya. Lena? Ya, Hayfa tengah sedap dibuai mimpi dikala ini. Sepanjang perjalanan ke sekolah, Hayfa kerjanya tidur sahaja. Qhalish yang tengah ralit main telefon pun tak sedar bila masa budak pendek itu terlena. Eh-eh bila dah sampai sekolah baru perasan sebab nampak kepala Hayfa tersengguk-sengguk ke arahnya.

"Apahal budak ni lena dalam kereta pulak ni? Bukan jauh pun. 20 minit je pun. Mende lah." omel Syed Qhalish sendirian.

Sesaat kemudian, kepala Hayfa elok terlentok pada bahu bidang Syed Qhalish. Tersentak hebat jejaka itu dengan situasi secara tiba-tiba ini. Tertegak terus badan dia yang dari tadinya jatuh.

"Oooi...oit. Apa kau ni? Bangunlah. Menyandar dekat orang pulak." tidak menunggu lama, kepala kecil Hayfa ditolak menjauhinya menggunakan jari telunjuk. Entah kenapa jantung dia rasa lain macam. Tak pernah-pernah dia macam ni. Selalu elok aje bila dia dekat dengan budak pendek ni.

"Hayfa Wadeena. Bangun. Pukul berapa kau nak pergi sekolah gila?" Kali ini bahu Hayfa dicuit-cuit.

Tak jalan. Kepala Hayfa masih elok terlentok pada cermin kereta.

"Tuan Muda, tak nak turun ke? Dah lewat ni." Suara tua Pak Cik Usman berjaya menyentakkan Syed Qhalish yang masih bingung bagaimana mahu mengejutkan Hayfa. Nak jerkah, kang Pak Cik Usman cakap apa pula.

"Ni ha Pak Cik. Minah ni tidur. Kejap eh Pak Cik."

Pak Cik Usman hanya mengangguk pasrah.

Syed Qhalish mendekatkan bibirnya ke telinga Hayfa yang dilitupi tudung itu lalu dihembus kuat.

Terasa kegelian di telinganya, Hayfa terus bangkit dari tidurnya dek terkejut.

PAP!

Kuat kepalanya terhantuk mengenai bumbung kereta. Membulat mata Syed Qhalish melihat keadaan Hayfa. Tercengang.

"Auch! Sakitttt! Huwaaa! Apa tuan Muda ni!" Hayfa mengerang kesakitan. Hujung tubir matanya sudah berair dek kesakitan di bahagian kepala. Ini kejap lagi naik bukit dah rasanya ni. Sakit lah tak guna!

Syed Qhalish serba salah. Tidak semena-mena lengan baju Hayfa ditarik untuk duduk semula. Kepala Hayfa digosok.

"Sakit sangat ke? Sorry. Aku kejut kau, tak bangun." Ucap Syed Qhalish dengan nada kesal bersama tangannya yang masih mengusap kepala Hayfa yang tersakiti. Haha.

Hayfa tarik muka pelik. Tangan Syed Qhalish ditepis.
"Apahal tetiba baik ni? Meremang lah."

Riak muka Syed Qhalish auto dingin.
"Kau nak aku buat macam mana lagi? Kau nak aku buli kau?"

"Tak ada lah. Cuma saya-"

"Pak Cik nak kena ambil Puan lagi ni. Tak nak turun ke?" suara Pak Cik Usman yang memintas percakapan Hayfa, membuatkan gadis itu tersentak.

Dek kerana mahu melarikan diri dari jejaka yang tiba-tiba sahaja jadi baik ni, kelam-kabut Hayfa buka pintu kereta namun sebelum sempat dia turun dari perut kereta, beg sekolahnya terlebih dahulu ditarik dari belakang.

"Yahhhhhh jugulle?!" Terjerit Hayfa dibuatnya, "Apa ni? Janganlah tarik beg orang!"

Lalu Hayfa pun terlentang pada kusyen kereta semula.

TUAN MUDA SAYA (Hiatus)Where stories live. Discover now