TMS 06 | PERANG BANTAL

732 95 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hayfa mengemam bibir, tangan meramas jemarinya sendiri, kedua-dua belah kakinya tak reti duduk diam. Sekejap goyang-goyang, sekejap bersila, sekejap silang ha semua gayalah dia buat. Haih...entahlah. Dia betul-betul rasa gementar sangat ni. Iyalah, mana tidaknya...pertama kali menjejakkan kaki ke rumah agam mewah bak mahligai ini siapa je tak nervous kan? Ditambah pula, dia baru sahaja kenal dan tahu kewujudan Syed Zulfikar dan Sharifah Humairah.

Dia tak senang duduk. Kalau tadi kaki, sekarang ni tangan pula menggeletar semacam. Nervous satu, dua sebab sejuk gila aircond dalam ni. Tiga, sebab lelaki menakutkan tadi. Entah kenapa ada aura dingin macam Elsa let it go let it go can't hold it back anymore. Ha tibeh.

"Hayfa? Hayfa okey ke tak ni? Sejuk sangat eh aircond? Aunty mintak Tasha tinggikan suhu eh?" tegur Sharifah Humairah yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku gadis itu.

"Eh tak apa, Aunty! Dah-"


"Tasha."

Tak sempat dia habiskan ayat, Sharifah Humairah dah memberikan arahan kepada Tasha untuk naikkan suhu penghawa dingin dengan hanya menyeru nama pembantu tersebut. Tasha yang sedari tadi berdiri di belakang Hayfa, menurut arahan.

"Sudah Puan." Tasha berdiri tegak dibelakang Hayfa sekali lagi dengan posisi yang tegak, kepala diluruskan, kedua-dua belah tangan dicantum . Hayfa pula rasa tak selesa.

"Terima kasih, Tasha ." ucap Sharifah Humairah. Tasha mengangguk .

"Erm Aunty, boleh Hayfa tanya ?" Tiba-tiba Hayfa rasa nak bertanya.

"Sure dear."

"Kenapa akak Tasha ada belakang, Hayfa?" tanya Hayfa sedangkan orang yang dia maksudkan ada je dekat belakang.

Sharifah Humairah dan Tasha bertukar senyuman .

"Mulai hari ni, Tasha akan jadi pembantu peribadi Hayfa. Dan..."

"Hah?" Terus gadis itu berpaling kebelakang memandang wajah Tasha yang ternyata terkejut dengan palingan Hayfa secara tiba-tiba.
Hayfa berpusing kehadapan semula. Wajah hairan ditayang.

"Aunty, tak payah la pembantu-pembantu bagai.Hayfa okay je. Buat kerja sendiri baru best ."

"No, this is my decision with Uncle. Kitorang dah trained diorang lama dah, hanya untuk berkhidmat untuk Hayfa. Jadi, Hayfa kena terima .Tu je Aunty minta. Boleh?" kata Sharifah Humairah seakan memujuk.

"Jap, diorang?" Hayfa menggaru kepala yang gatal seolah-olah ada kutu tapi tak ada pun.

"Yup, yang tadi ramai-ramai tu...ha semuanya di bawah Hayfa. Kalau apa-apa, Hayfa minta tolong je diorang. Ye?" Sharifah Humairah lorek senyum.

Ternganga Hayfa mendengar kata-kata Sharifah Humairah itu .

"Semua tadi tu?" Hayfa membulatkan matanya.


Sharifah Humairah mengangguk dan tersenyum.

TUAN MUDA SAYA (Hiatus)Where stories live. Discover now