🌼BAB 22🌼 Nasi Lemak Chicken Chop.
"Cik Gardenia, kita sudah sampai."
Mujur pelayan wanita yang dibelakangku memberitahu. Sebab aku sedari tadi berjalan dengan otak yang berterbangan kearah lain, langsung tak sedar yang kakiku sudah berhenti melangkah dan aku baru sedar bahawa di hadapanku ini sudah ada Encik Asyraf dengan sekutum bunga mawar merah di tangannya.
"Kalau begitu, saya pergi dulu." pelayan wanita itu menundukkan badannya ke arah aku dan Encik Asyraf sebelum pergi dengan tenangnya. Meninggalkan aku yang terdiam seperti pantung Annabelle dihadapan Encik Asyraf yang sedang tersenyum manisnya.
"Selamat pagi, Cik Gardenia." Encik Asyraf melangkah mendekati ku. Secara automatiknya membuat aku melangkah mundur kebelakang.
Nampak sangat aku nak mengelak daripada berdekatan dengannya.
Melihat tingkah laku ku itu, tidak membuatnya marah dari raut wajahnya, malahan ia seyumannya semakin naik menatapku yang menatapnya curiga.
"Ini bunga untuk Cik Gardenia."
Ia berhenti dari melangkah mendekati ku, kerana setiap kali ia mendekat aku pasti aku melangkah mundur. Jadi ia berhenti dengan jarak lebih kurang satu meter dan menghulurkam sekuntum bunga mawar merah ditangannya kepadaku.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...