🌼BAB 43🌼 Belajar Dan Hukuman?
Meletakkan jarinya di mesin pengesahan jari, selepas berbunyi 'klik' baru Gardenia menolak pintu besar kelas dan masuk secara tiba-tiba bagi mengejutkan mereka.
"Ghah! Terkejut tak?!" tanyanya dengan senyuman lebar dibibir. Seperti biasa suasana ceria menyelimuti tubuhnya. Namun sayangnya tidak dengan suasana kelas yang kelihatan sangat muram dan gelap.
Mereka semua yang di kelas tidak memperdulikan kejutan dari Gardenia, malahan dengan tajam menatapnya yang masuk ke dalam kelas sambil tersengih-sengih tanpa rasa bersalah sedikit pun di wajahnya. Membuat mereka semakin sakit hati tanpa sedar.
"Tch." Alisya mengalihkan pandangannya seolah jijik.
Apa yang salah pun Gardenia tak tahu. Mereka semua kelihatan muram dan murung lebih daripada biasanya. Ada apa-apa yang berlaku ke?
"Selamat pagi semuanya. Kenapa ni? Murung je Cikgu tengok, ni mesti sebab rindu Cikgu, kan?" Gardenia sengaja kata begitu bagi menaikkan sedikit suasana kelas.
"Ceh, siapa yang rindu dia entah. Perasan." Alisya membantah. Gardenia terus buat muka sedihnya.
"Yalah, awak semua tak rindu pun Cikgu. Cikgu je yang rindu semua sampai gembira masuk kelas. Huhuhu." pura-pura menyapu bawah matanya, kononnya ada air mata lah.
YOU ARE READING
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨
Teen FictionNur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendenga...